Tuesday, November 17, 2015

Mee Bandung Muar Sedap di Medan Selera Tanjung Emas

9/11/2015

dalam perjalanan pulang dari Skudai selepas percutian di Legoland Malaysia 
tiba-tiba terasa nak makan Mee Bandung Muar 

dengan bantuan googles dan wave kami sampai di destinasi 
walaupun agak mencabar dengan bandar Muar yang terkenal dengan satu hala dan jem tu 

dalam googles dan review dari blog ramai yang cakap Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah paling sedap dan terkenal 
jom cari 

kedai dah jumpa kat Jalan Abdullah  tapi parking tak ada, jem pula tu jalannya 
2 kali pusing merempuh jem 
kami mengalah!!
googles lagi mana tempat best nak makan mee bandung muar ni 

Medan Selera Tanjung Emas, Muar 

Taman Sri Tanjung, 
84000 Muar, Johor, Malaysia

lokasi di tepi sungai muar boleh guna bantuan google dan wave untuk ke sini



kami order 
Mee Bandung Muar
Nasi Ayam
Asam Pedas Muar

memula sampai tu terus cari kedai yang jual Mee Bandung 
aku nampak 2 kedai yang ramai pengunjung 
Mak Pon Mee Bandung Muar dan Abu Bakar Hanipah Mee Bandung Muar 
kali pertama aku beli adalah Abu Bakar Hanipah lepas tu nampak pulak yang Mak Pon 
dua-dua aku beli sebab nak cuba 
orang dok review kesedapan Mee Bandung Abu Bakar Hanipah
tapi aku penah beli rempah kuah mee bandung segera Mak Pon sebelum ini 


Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah RM5.00
pandangan aku : kurang umphh mengikut selera aku dan enPanjang sebab kuah yang manis, manis gula. kurang rasa manis udang tu. 



Mee Bandung Mak Pon RM5.00
Pandangan aku : memang sedap dan terbaik. kuah yang pekat, rasa manis udang. cukup rasa. memang sedap. kalau datang lagi sini memang cari Mak Pon punyalah.

Nasi Ayam RM5.50
fahim cakap ok la ...

memandang aku macam teringin sebab nampak orang dok makan asam pedas 
rata-rata kat sini orang order asam pedas dan mee bandung je 
memang nampak pinggan atas meja tu je menu diorang 
memang boleh agak kat sini memang menu ini sedap 

aku ada nampak banner JJCM TV3 kat satu kedai ni tapi aku malas nak pi beli kat situ sebab nampak kedai satu pakcik ni hujung sekali 
ramainya orang pi beli asam pedas dengan dia 
pakcik tu dah baya-baya atok dah .... tua dah berkopiah putih 
macam sedap ja 


Asam Pedas Ikan Merah D'15  RM6.00 termasuk nasi putih
ini asam pedas pertama aku 
aku memang tak penah makan asam pedas, orang kedah mana makan asam pedas kami makan gulai aka kari tapi sekali makan jatuh cinta wo0o
sedapnya asam pedas ni rupanya 
masam-masam, pedas-pedas, cukup rasa ..sampai aku hirup kuah wei

hari tu kat D'15 Asam pedas ni ada 3 pilihan ikan 
ikan pari, ikan baung dan ikan merah 
tapi sayangnya ikan merah tinggal bahagian ekor je, aku tak suka bahagian ekor
puas pakcik tu cedok nak cari bahagian isi tengah kat aku 


Kedai D'15 Asam Pedas

Kedai Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah

Kedai Mee Bandung Muar Mak Pon

sebab sedap sebelum balik beli sepeket rencah kuah segera mee bandung Muar Mak Pon RM8.00

dua beradik kesayangan ini 
di tepi sungai Muar

inshaaAllah kalu ke Johor lagi aku nak ajak enPanjang singgah lagi sini 


17 comments:

Nieyl said...

sedapppnyer...

nuyui a.k.a miss YUI said...

tgk gmbr yg kdua tu mmg nmpk mnrik.. hihi

sdpnya..lama xmkn..

Eintan Nurfuzie said...

nyum2.. sedap nampaknya

AnneRaini said...

feveret aku ni mee bandung. aku kalo teringin mee bandung aku mkn kat restoran brothers kat abu bakar baginda tu. bolehlah untuk lepas ngidam mee bandung.

Chekgu Azrine said...

sakannya ia berjalan ek...hehehehe
semua makanan tu terliur aje

Nafira usof said...

terliur pulak tgk mee bandung nih.. makan panas2.. sedapnyeee.

Kira Sakura said...

kira tak makan mee bandung tapi tengok yang mak pon punya tu macam sedap. yg first tu macam banyak sgt kuah dia

Diana Rashid said...

kat rumah saya wajib masak asam pedas seminggu 2 kali..hahha..kalau kat utara ni asam pedas kita bukan kaler merah gitu.kita punya asam pedas warna oren kuning2 ,pakai cili padi..tak pakai cili kering macam depa..selalu buat kita boh keladi..kadang2 boh ubi kayu..

eima said...

DIANA klu yang tu aku panggil pindang ...sedap tu wei ...fav aku tu ...kuah dia aku suka hirup sedap ...lama tak mkan sejak dok sini ... laki aku plak jenis tak makan ikan .... anak2 plak tak mkn pedas ... jadinya lauk mak dia ikut selera anak ngan laki la ... klu jenuh plak aku nk memasak ye tak ... hehehe

mama tisya said...

mee bandung fav juga..

Nad MamaZN said...

tgk gmbr mi mak pon pun nampak sedap dah banding ngan lg 1. heyyy, nape xtau korang g jb lg ni? syoknya jenjalan..! ai is jeles sangat!

JR said...

Orang Kedah pun makan asam pedas juga tapi kuah asam pedas Kedah cair (orang Kedah panggil ceroi..), campurannya tak banyak macam asam pedas Johor dan kurang rasa asamnya.
Walaupun berasal dari Utara, tapi kalau diberi pilihan saya lebih suka asam pedas Johor dan Melaka berbanding asam pedas Utara. Orang Utara jangan marah nooooo..

Qhaifa Nur said...

Dtg muar x kena mee bandung x sah eima.....nmpk sedap tull

TunSha Ayunie said...

Opah aku orang kedah makan pe asam pedas... tapi kari tetap no.1 lerrr.... haaa aku sokong bro JR.... orang kedah punya asam pedas ceroii je... tak pekat macam Johor... tapi memang best... lelagi kalau asam pedas letak sayur sawi jeruk... perghhh !!!

awattttlaaaa aku bukak blog kau waktu aku tengah lapa?? mencikkk

tiga lalat said...

untungla ade enPanjang., sedap mee bandung tuu ;p

Inani Hazwani said...

Sedapnyaaa, lapar terus dibuatnya :)

hainom OKje said...

Ohhhhh.....tempat kelahiranku......selalu kalau balik kg, okje mmg makan Asam Pedas kat sini. Kalau mak makan mmg kuah banjir le curah pulak kicap manis .....mmg perghlah hihi.....

Mee bandung yg sedap kat deretan kedai tu Eima, kalau org luo mmg susah nak jumpalah kot, tp lama dah okje tak makan kat situ.

Makan kat area rumah jer Nora Cafe, tp cafe tu bukak ptg sampai mlm jer.

Cendol yg okje cite tu kat tepi jalan depan padang futsal diraja....hala hala tanjung Mas. Tak jumpa hari tu ek?