Monday, November 23, 2015

Menyelusuri Tasik Putrajaya dengan Perahu Dondang Sayang

15/11/2015

setiap hari minggu kami akan cari masa untuk luangkan masa berkualiti dengan anak-anak 
walaupun tidak keluar dari Putrajaya macam-macam aktiviti boleh buat
Putrajaya ni pun banyak tempat menarik untuk dilawati dan  beriadah 
dari yang perlu mengeluarkan belanja hingga yang percuma

minggu lepas sarapan kami ke Taman Botani Putrajaya 
beriadah, ambil angin, tengok pemandangan dan berjalan kaki 

dan kami juga mencuba sesuatu yang baharu 
bersiar-siar dengan Perahu Dondang Sayang menyelusuri Tasik Putrajaya
dengan kadar yang murah dan berpatutan 




 cantik dan indahnya Putrajaya dari sisi pandangan dari tengah tasik 
waktu dalam perahu ni aku sangat mengagumi TUN M dan berterima kasih kepada beliau untuk ideas beliau yang hebat ini 

memang tiada galang gantinya TUN M 
pemimpin yang mempunyai visi masa depan yang hebat.


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit 
bermula dari Jeti Taman Botani Putrajaya hingga ke Monumen Alaf Baru Putrajaya
dan membuat U-turn untuk kembali ke Jeti Taman Botani 
cuaca sangat cerah 
pemandangan cukup indah 


Jeti Taman Botani Putrajaya

Kos menyelusuri Tasik Putrajya adalah RM40 untuk keluarga kecil kami 


Harga tiket :
Dewasa RM10
Kanak-kanak RM10
bawah 3 tahun percuma

harga yang berpatutan dan lebih murah berbanding jika menaiki di Jeti Cruise Tasik Putrajaya area Masjid Putra


Cruise Tasik Putrajaya

11 tahun tinggal di Putrajaya 
tahun 2015 ni baru kami aktif bersiar di Putrajaya 




14 comments:

MizzTina said...

teringin nk naik.. tggu danish besar ckit kot..

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

last week aku pegi taman wetland yang ada lampu2 tu jer

Khai♥Rin : anies said...

bila cuaca baik mmg sesuai naik bot cm ni ;-)

JR said...

Sesekali bersantai bersama famili di lokasi setenang itu pasti mendamaikan jiwa...

Kesuma Angsana said...

Salam n happy Monday. Wah menarik ler, boleh cuba ler nanti, tq share yer

Puan Kutu said...

tu la kan yg jauh kita nampak..padahal yg dekat byk lagi tempat belum teroka..untunglah dekat dengan putrajaya..byk lokasi menarik..taman botani tu di shah alam kan..ada juga ye serbis perahu camtu..baru tahu.hehe

eima said...

Puan kutu ni taman botani putrajaya la...yg shah alam tu sy tak penah pi

Nadratul Syazwana said...

Eee classic gila perahu! Baru tauuu. Haha macam best je naik benda traditional camni dekat bandar. Nak tryyy.

Suria Lekatlekit said...

harga tiket lebih kurang taman rama rama kat KL jer.. kira dalam kemampuan lagi la untuk 3 beranak

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

Wahhh..menarik..unik.n klasik perahu tu..^_&

Kira Sakura said...

cantiknyaaaaa tapi rasanya kalau untuk kanak2 tu buat separuh harga ok jugak kot. hihihihi

hainom OKje said...

Kalau bagi tahu Pak Jilap pasal perahu Dondang sayang ni mesti dia pun nak naik Eima...
Tp mak takut terjungkit perahu tu kang camne....ko yak perlah Eima keluarga selim melim hihi...

Lynn Damya said...

Salam,wahh berdondang sayang lah kan...murah je haa rm10 sorang, okay sgt utk cuba aktiviti baru..best2! anak2 kau bertuah sbb ada memori mcm ni..nice childhood (n_n)

LYAfrina said...

menarik jglk..slama ni pergi x pnh nak perahu ni