Friday, November 6, 2015

Suami Benci Isteri Check Handphone

semalam waktu tengah stalked dan tengok new feed kat FB 
ternampak la satu share ni 



kisahnya seorang kawan yang prihatin ingin dapatkan pendapat dan pandangan di media sosial
pasal PRIVASI seorang suami 

bini kawan mamat ni suka Check HP 
baca whatapps dan mesej 
pastu mungkin si laki tu pi mengadu kat mamat ni yang bini dia suka check HP 
dan akhirnya timbul perasaan benci  laki ni terhadap bini dia

amboi!! baru check HP dah benci 
dulu-dulu waktu nak kahwin berjanji nak hidup semati nak susah senang bersama
alah takat check HP je pun 

agak-agak kalau si laki tu sakit ke jatuh susah ke bini ke kawan yang akan berada di samping si suami tu 

tapi yang pelik tu kan .... kenapa mamat ni plak yang over 
siap sanggup taip post nak tanya pandangan umum ???
ada apa-apa ke mereka berdua tu ???
zaman sekarang ni aku tak syak yang laki dia nak ada skandal lain atau mereka berdua tengah plan nak pi menggesel kat Danok/Golok

tapi mereka berdua ni yang something wrong ...kah kah kah 
serius memang kes ni kelakar sangat 

aku memang tak pernah check HP laki aku pun 
kadang aku main ambik dan terus main HP laki aku kalau HP aku bateri habis ke 
aku tengah buat sesuatu dengan HP aku tapi aku nak kena guna kalkulator ke 

sebab aku memang bukan jenis wanita cemburu buta
dan aku ni boleh jadi partner laki aku usha dan komen-komen wanita cantik dan seksi 
kah kah kah kah 

mungkin faktor usia aku kot 
mungkin juga aku kenal siapa laki aku tu kot
tapi mana tahu satu hari nanti minda aku berubah tu aku tak tahu la 

tapi kes di atas ni sampai benci isteri kerana check HP tu memang tak patut la 
isteri anda tu ambil berat dan sayang kan kau sebab tu dia buat macam tu 
perempuan ni macam-macam cara dia buat untuk tunjuk kasih sayang dia

women is unpredictable 
their can do anything that comes to their mind and their can change it anytime their want 



17 comments:

Norma NML said...

Suami akak takde pula check hp akak tapi kdg2 tu ada la dia minta nak pjm sbb hp dia lpa nk top up..kalau dia check pun Allahualam tapi akak tak kisah sbb tiada rahsia antara kami...even akak pun selalu jgk check hp dia..bkn psl tak percaya..kdg nk baca yg group family in law..nk tgok gmbr..tak terlintas pun yg psl2 negatif ni..nauzubillah..

SalbiahM said...

perempuan kalau kuat sangat jeles, suami menyampah jugak.elok-elok dia tak buat, terus buat..huhu.

Khai♥Rin : anies said...

sy rs mrk ni masih muda lg kot... rs nyer kalu dah berusia x de laa perangai smpi mcm tu kan..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

Gp wasaap laki byk sgt saya pon mls nak cek..kekekeke..cume klu kebetulan tgh pegang nset die pastu msg masuk maka terklik lah jugak..kuikui..

Nway psl emas online tu ok jek harga die..yg saya beli masa tu die jual rm176 segram takde harga upah..^_^

Suria Lekatlekit said...

malas nak komen isu2 macam ni. lelaki kalau dia nak buat hal.. macam2 cara. So, pasal laki x bagi check hp bagai bergantung jugak. tak semua jenis yang kaki perempuan.Manusia.. ada perkara dia perlukan privacy termasuk kita yang bergelar isteri. Kita pun ada perkara yang kita nak privacy

Cik Ash said...

Kalau ekin selalu chek hp abg hihihi..

nuyui a.k.a miss YUI said...

kalau xde buat salah takpayh tkt kan..huhuh..

Diana Rashid said...

kan??memula baca pun saya rasa macam sesuatu sangat..apasal dia pulak nak sibuk..Tak de salah nya bini check enpon..bila bini ambik enpon dengan niat nak check mesti ada sesuatu yang laki dia buat yang buat dia curiga..betul tak...
kalau tak salah apa , buat apa sampai nak benci bini ambik enpon..patut nya dia buat rilek dah la kalau tak de apa2 nak sorok..kan??pelik2 je..

Qhaifa Nur said...

Slalu gak check tepon hubby...tp dia x tahu huahua..
rasanya kita blh tahu klau laki kita lain macam kan eima...mnta dijauhkan

Hajar Shikin said...

Saya rasa yang post status ni mesti perempuan,lepas tu dia ada something dengan laki tu..hehehe. Gurau aje

Eintan Nurfuzie said...

bagi cik en, senang je, klu rasa syg kita jgn buat hal.. klu kita nk control sgt pon xleh.. klu dia nk buat boleh je dia beli enset lain..

Zie Azi said...

bg k.zie ats dasr percaya, kita pergi kerja dia pergi kerja, tak tahu pe yg berlaku. yg penting ingt tgjawb msing2,ada life,kids & family.

LYAfrina said...

huhu..
xtau nk komen apa..
tp apabila memilih utk mjd psangan isteri, pttnya tiada rahsia...

TunSha Ayunie said...

Aku dengan laki aku masing2 takde nak check henpon memasing.... kekadang je aku usik dia "nak check enpon hang bley? mana tau hang curang ke? " tak pasal aku kena bodo... hahaha ntah.... aku mungkin macam kau... faktor umur.... aku kenal laki aku siapa.... walaupun laki aku umur 36, aku 25, tapi dia boleh ikut peel bebudak aku....

ehh macam larik tajuk je.... haaa apapun..... Pakcik yang over siap kuar statement, awak tak payah laa over sangat.... kbai

dalila said...

ehhh..pehal plak xbole?suami die xbising ko plak lelebih siap suruh up status..perghhh..
*tp sy suami yg rajin check henset sy..hihi..tp sy xrasa pape pun..

Kira Sakura said...

ada gak terbaca aritu. yg post ni lelaki ke? ingtkan perempuan. sibuk pulak dengan hal rumahtangga orang. ntah2 laki tu dah pernah buat perangai. maka si isteri dah tak percaya sepenuhnya. tp memang tak boleh letak 100% percaya pada lelaki pun. lain lah kalau dah hidup bertahun2 dgn dia.

Lynn Damya said...

Salam, hahahaha bace kak ulas kat bawah tu baru aku tahu, lelaki rupanya yg nak up post tu, mati2 aku ingat pempuan..hahaha so, no komen...entah...yg mamat tu over pehal pulak...hahaha