Friday, December 11, 2015

Indahnya KL dari atas Menara Kuala Lumpur

ini cerita tengah tahun hari tu 
semasa cuti sekolah penggal kedua yang lepas


07/06/2015

Menara Kuala Lumpur

lepas turun dari Genting Highlands petang sikit kami ke Menara Kuala Lumpur
ini kali pertama kami naik Menara Kuala Lumpur
sedikit excited 
dan kagum dengan liftnya 
laju hoi tak sampai 2 minit dah sampai di ketinggian 276 meter dari tingkat aras bawah ke Pelantar Pemandangan 

Harga tiket ke Pelantar Pemandangan adalah :
Dewasa RM 32.00
Kanak-kanak RM21.00

tapi harga tiket kami pada hari itu adalah :
Dewasa RM15.00
Kanak-kanak RM10.50 
kerana menggunakan kelebihan sebagai warga TM, siapa-siapa pekerja TM wajib guna kelebihan anda untuk naik Menara Kuala Lumpur ini, separuh harga tu

untuk naik ke atas kawasan lobi menara coaster ada disediakan secara percuma


dan harga-harga lain attaraction lain adalah seperti bawah




laju oi lift ni .... bayangkan ketinggian 276m tak sampai 3 minit 
kejap je dalam lift dah sampai 

pertama kali tengok keseluruhan Kuala Lumpur



anak-anak kami 
fahim, icha dan sepupunya

ketinggian Menara Kuala Lumpur adalah 421m



lepas turun dari menara kami jalan-jalan sekitar menara dan terus balik 
tak lama pun atas menara dalam 1 jam je kot ke kurang 
tak ada aktiviti nak dibuat atas tu ...sekadar tengok bangunan tinggi dan KUALA LUMPUR je 

lagi pun pada masa tu ada konsert apa tah buat kat situ 
anak-anak muda remaja dah ramai membanjiri kawasan dengan pakaian menjolok mata 
memang perkara agak tidak sesuai lama-lama kat situ dah 
terpengaruh karang anak-anak dara aku yg meningkat remaja tu 

memandang belah petang tu orang dah beratur panjang untuk turun 
kami decided untuk turun berjalan kaki sahaja malas nak tunggu coaster dah 
boleh tahan juga la jauhnya ...ada kot 1km 
turun tak terasa sangat cuba korang jalan kaki mendaki bukit ke menara ... maunye pancit ....

mungkin nanti boleh datang lagi untuk masuk ke attraction lain di Menara Kuala Lumpur 


13 comments:

mama tisya said...

dpt special rate untungla...pernh naik dlu2 tk ingt dh ms tu brp tiket kena byr

Lea Ismail said...

pergi pergi dan rasa kagum sekejap.lifnya lacu betul. cantik view kl klu melihat dari menara kl

nuyui a.k.a miss YUI said...

hee ok sgt dpt hrga murah gitu...

idzwa kamaruddin said...

ok jugak kan harga dia..nak kata mahal sgttttt pun biase biase la standard.

Qhaifa Nur said...

Harga boleh tahan gak..
selalu pandang dr jauh..nk naik entah bila eima..

wahida said...

kami anak beranak dah pernah naik...
si abang kemain suka naik menara kl ni...

Chekgu Azrine said...

Bestnya separuh harga...
Syiok..kita penah naik skli je menara KL...lama dah kot...masa anak2 kecik lg

JR said...

Kali terakhir saya naik KL Tower lebih kurang 20 tahun lepas, sekarang anak bongsu yang naik KL Tower tu pun dah berusia 16 tahun..

tiga lalat said...

wak suka dtg waktu malam tenok lampu2 kl dari atas menara., chantek gakk., ;p

Puan Kutu said...

kami lglah tak pernah naik kl tower ni..menara aloq setaq pun baru sekali pernah naik.hahaha...

ch@ said...

daku sangat teringin meskipun ada gayat. adeih!

hainom OKje said...

Pernah pergi sekali dulu ....dah lama sangat. Betullah....kat atas tu tengok pemandangan Kl je. Kalau mak, boringlah hihu ....Tp yg kita nak kan experience dia tu so bolehlah....

Kira Sakura said...

tak pernah naik lagi. tapi kalau ada kelebihan staf TM tu memang berbaloi la guna