Thursday, December 17, 2015

Pakej Home Phototherapy untuk Bayi Jaundis

Home Phototherapy 

Kebanyakan bayi baru dilahirkan akan menghadapi masalah jaundis atau lebih dikenali sebagai demam kuning 
hal ini berlaku kerana kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah dan hati bayi belum matang untuk menyingkirkannya sendiri

untuk  menurunkan kandungan bilirubin dan kuning bayi digalakkan meneruskan penyusuan susu ibu secara kerap dan galakkan bayi anda untuk terus aktif dan tidur 
tetapi  jika kandung bilirubin semakin tinggi dan tidak menunjukkan perkembangan untuk beransur kurang dengan nasihat doktor perkhidmatan Home Phototherapy akan disyorkan untuk membantu menurunkan kuning 

ini adalah pengalaman anak buah saya di usia 6 hari 
atas nasihat doktor dan perkhidmatan ini disyorkan 


Pakej Home Phototherapy ini adalah RM485 untuk 3 hari
pakej  ini didatangkan lengkap termasuk katil, lampu, tilam bayi dan penutup mata 
penutup mata akan disediakan 2 keping tetapi jika yg ke2 digunakan akan kenakan bayaran sebanyak RM25. Mengikut pengalaman satu sahaja penutup mata cukup dan tidak rosak pun 
penutup disediakan 2 sebagai persediaan jika hilang atau rosak 



En Shafiq Saad dari Home PhotoTherapy Services ini akan membuat pemasangan dan penerangan mengenai peralatan 
En. Shafiq akan membuat demo cara untuk memakaikan bayi penutup mata dan cara untuk meletakkan bayi di dalam katil  






Katil Phototherapy
katil portable boleh alih ke mana-mana 
cara pemasangan yang mudah dan  peralatan tidak banyak 


en. Shafiq akan menerangkan risiko dan mengambil detail bacaan bilirubin anak 
dan menerangkan tempoh mininum dan maksimum bayi akan diletakkan di dalam katil phototherapy

tempoh minimum untuk pakej 3 hari ini adalah 30 jam 
sehari perlu dapatkan 10-12 jam tempoh bayi diletakkan di dalam katil ini
setiap sesi adalah 2 jam secara terus menerus dan rehat 1 jam untuk penyusuan/tukar lampin dan lain-lain 
untuk dapatkan kesan yang cepat dan kadar penurunan kuning kena la ikut tempoh minimum phototherapy ini







untuk maklumat lanjut boleh la hubungi en Shafiq Saad 

Perkhidmatan Pakej Home Phototherapy ini sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, PJ , Sungai Buluh, Selnagor, Seremban

Daptkan nasihat Doktor Bayi anda dahulu sebelum cuba menghubungi perkhidmatan ini



7 comments:

Kakcik Nur said...

Bagus ada perkhidmatan ke rumah macam ni. Cuma sediakan ongkosnya saja, kan? :)

syawalsimpsons said...

wahhh..dah ada sekarang service ni yee

Bunda_nora said...

wah! dah ada cara moden dan canggih dah sekarang bagi bayi yang kena jaundis...
Tapi costnyer pun boleh tahan..

najwa zahid said...

canggih btul skrg. perkhidmatan mcm ni pon ada. baru tau

hainom OKje said...

Wah.....senangnya lahai zaman sekarang ni. Tak payah dah nak susah susah buat rawatan kat sepital.
Keluar duit jer.

hainom OKje said...

Wah.....senangnya lahai zaman sekarang ni. Tak payah dah nak susah susah buat rawatan kat sepital.
Keluar duit jer.

Puan Kutu said...

zaman dah canggih cuma kosnya tu la klu yg mampu oklah..lebih kurang je cara yg lebih kurang sama diguna klu kt hospital..masa Aiman dulu pernah melalui proses lebih kurang gini