Wednesday, December 2, 2015

Resepi Kek Coklat Kukus Mudah | anak-anak kecil yang tolong buat


minggu lepas anak bujang asyik ajak pi beli bahan untuk buat kek je 
nak makan kek mama buat katanya 

sebab budak berdua cuti sekolah sama-sama bekerja di pejabat dengan aku 
cuma si adik je part time sebelah petang 

tengah hari pada hari khamis lepas bawa diorang ke Aeon Big Alamanda untuk beli bahan-bahan 

kali ni masih lagi guna resepi yang diceduk dari FB 
tapi pilih yang lain pula 
yang ini lagi marvelous 
lebih sedap lebih lembab lebih berkrim/coklat




jom tengok resepi ni 
aku try and error

Kek Coklat Lembab Kukus


Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum diayak bersama :
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla

Bahan D : TOPPING
1 cawan koko
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan minyak masak 
1/2 cawan susu cair

Cara-caranya:

  1. satukan semua BAHAN A di dalam periuk. panaskan dengan api yang kecil dan kacau hingga larut. Tidak perlu sehingga mendidih. agak-agak dah larut. tutup api.
  2. pukul telur dan esen vanilla dengan whisk atau mixer sehingga kembang atau boleh guna gunakan blender tapi pastikan bukannya yang diguna untuk blender cili takut-takut kek perasa cili pula jadinya.
  3. Apabila BAHAN A dah sejuk masukkan BAHAN B dan BAHAN C secara selang seli dan kacau hingga sebati dengan whisk/mixer atau blender.
  4. panaskan periuk pengukus hingga mendidih.
  5. masukkan adunan kek dalam bekas yang sesuai seperti bekas lompang atau bekas plastik yang aku guna separuh bekas sahaja kerana nanti semasa kukus kek akan naik.
  6. letakkan bekas-bekas adunan ke dalam periuk pengukus yang telah mendidih dan kukus selama 10-15 minit.
  7. sambil tunggu kek siap dikukus sediakan topping kek.
  8. satu semua BAHAN D dalam periuk dan panaskan dengan api yang kecil.kacau hingga larut dan biarkan sejuk.
  9. apabila kek sudah masak, sejukkan dan boleh letak topping mengikut kesesuaian dan kegemaran nak sedikit ke banyak ke ...hiaskan ikut kreativiti masing-masing. 
  10. simpan dalam peti ais untuk lebih kenikmatan ketika makan.


2 budak kecik yang dah baring nak tidur jam lebih kurang 10.15 malam
 mama panggil tolong tabur-tabur finishing kek diorang ni 
aku benarkan diorang tolong dari awal 
dari ayak tepung sampai ke topping 
seronok la diorang mencuba sesuatu yang baharu 
kek coklat kukus ni tak de pantang larang ..hentam kromo pun menjadi...



Note; menulis dalam demam dan menjaga anak demam di pejabat...

15 comments:

syawalsimpsons said...

seronok anak2 bantu yee

veesakura said...

nampak sedap! nak kene try gak nih

Norma NML said...

Alahai sedapnya...:)

kak gojes said...

wah..bestnya anak2 bantu
..sy pun wat kek coklat spjg ct sekolah..anak2 kuat mkn kek coklat

JR said...

Tengok gambar pun dah terliur, kalau berada di depan mata mesti habis sepinggan...

AnneRaini said...

ala nak sebekas.. hehe

Diana Rashid said...

wah dapat banyak tu..saya tak berapa reti buat kek kukus.kukus je mesti tak jadi..

nusha fasha said...

Sdpnyaaa tgk..

Asha Lya said...

Ya btl tu klau hentam2 pun tetap mnjdi juga hihi

Lynn Damya said...

Salam, hai kak! hahaha lama xBW blog ko, kak :D
Wahh siap dah buat kek lagi ni haa...sedapnyeee! tercapai hajat bebudak tu nk makan kek mama dia buat ye..hehe :D

Daddy Ziyyad said...

Harapnya keputusan darah hari ni OK....dapat berapa hari MC?

LYAfrina said...

sedapnya..seronok ank2 leh tlg skali..asya pon bila time nk buat cam kuih2 camni, suka sgt nk tlg skali.. hehe

Kira Sakura said...

sedapnyaaaa haaa. memang seronok la bebudak bila dapat main tepung kannn

wahida said...

yeayyyy tq resepi!! nak buat!! nak buat!!

hainom OKje said...

Teringin lak nak buat kek coklat weyh....