Tuesday, December 8, 2015

Tempat Menarik di Muar | Muar River Cruise

28/11/2015

sekali lagi kami ke Johor
misi mengambil anak-anak buah enPanjang sempena cuti sekolah 

kami sampai di Simpang Renggam dalam pukul 11.00 am berehat sekejap dan terus ke Muar
Muar sekarang ni jadi pilihan sokmo 
sejak jumpa tempat makan best di Muar ni 

kami sampai di Muar terus terus pi makan dulu di Medan Selera Tanjung Emas 




menu aku semestinya asam pedas ikan merah dan enPanjang Mee Bandung Mak Pon dia la 
aku order rojak buah 
ok la tak best sangat sebab rojak buah import
aku kurang gemar sikit 

lepas makan terus ke Muar Traders Hotel untuk berehat

google apa aktiviti petang yang menarik boleh di buat di Muar 
ok jom kita menyusuri Sungai Muar 

Jeti Tanjung Emas ni terletak bersebelahan dengan Medan Selera Tanjung Emas
land mark nampak je buah durian besar ni dah sampai la tu


kesian anak-anak kena paksa ambil gambar dalam silau hahahah


Harga Tiket untuk Muar River Cruise ini adalah :
Dewasa RM12.00
Kanak-kanak RM6.00

Masa perjalanan adalah selama 30 minit

dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang (Selasa - Ahad)
bot terakhir adalah pada jam 5.30 petang 

muatan sehingga 40 penumpang

dapat dok depan sekali tak sia-sia beratur 





tak sampai 15 minit Fahim tertidur sedap gamaknya kena angin petang 
lagipun Fahim bangun awal pagi letih sangat dah tu



Muar Traders Hotel 


kalau datang ke Muar jangan lepaskan peluang menyusuri Sungai Muar 
waktu naik bot ni tetiba teringat pengalaman kami di Sungai Mekong, Vietnam tahun lepas
warna air yang sama penuh kenangan 

13 comments:

mama tisya said...

oh kt muar pn ada river cruise

cik hani said...

kat muar, makanan memang best2..
memang akan pekena mee bandung kalau kat sana

nuyui a.k.a miss YUI said...

bestnya jauh jalan..hihi

idzwa kamaruddin said...

wahhh best nyer muar river! kene try satu hari nanti lah ;)

tiga lalat said...

wahh smpi tertidur tu sedap nyaman angin laut sepoi2 kann ., ;p

Yana Libra said...

best ke river cruise muar? macam takde ape sangat kan?

AnneRaini said...

pernah naik river cruise muar ni. tp ms tu belum ada ank lg. nmpkny dah berkurun tak ke muar.

Nieyl said...

Tak pernah lagi sampai..
InsyaÁllah satu hari nanti...

Kira Sakura said...

kena angin sepoi2 bahasa tu memang best. bukan budak je dengan kita2 sekali boleh tertidur!!! hihihi

JR said...

Masa saya ke Johor hari tu tak sempat makan mee Muar yg terkenal itu. Lepas ni susah dah nak ke Johor sebab anak yg belajar kat Batu Pahat dah habis pengajiannya...

azizah green line said...

baru tahu muar ada river cruise gak..hehe

Chekgu Azrine said...

Blm pnh sampai muar. Huhuhu

hainom OKje said...

Okje kalau Muo mmg susah nak terlepas ke bando Eima...jangan haraplah nak pusing pusing naik bot cenggitu, kena tahan duk rumah dgn mak huhu....