Friday, January 30, 2015

Pisang Goreng Cheese Putrajaya | 1st time makan

Hari pertama persekolahan Fahim ari tu
Sebab penat ke hulu hilir nak balik rumah lepas hantar Fahim ke Sekolah KAFA
kami laki bini detim kejap
Sementara tunggu Fahim abis KAFA

Kami pi makan PISANG GORENG CHEESE
1st time aku makan
Walaupun dah lama jd viral di media sosial
Tak pernah teringin
Tapi kebetulan tgh pusing2 kat presint 3
Niat dihati nk singgah bank/asb nk usha dividen asb
Tapi dari jauh dah nampak org beratur sampai terkeluar2
Terus malas....biar la ...tgu org xde baru pi check

Tetiba nampak Gerai Goreng apusang Putrajaya di sebelah Palace of Justice
Berenti makan2 bazir masa sblm masa jemput Fahim balik sekolah


 Pisang Goreng Cheese
6 ketul RM5.00
+coklat tambah RM1.00
Kami x tambah pun sbb x minat manis2
Tatau nk ckp murah ke mahal sbb x penah mkn ok la kot ...cheese kan

 Keropok Lekor 10 batang RM2.00

tp disebabkan kali pertama makan pisang goreng cheese ni
Mmg bukan citarasa aku la
Rasa muak ....aku lebih suka yg original tu....

Disebabkan aku x gemar...aku paksa enPanjang makan haha
Laki ai tu ckp ni pun bukan selera die
In the end cicah dgn sambal kicap nk hilang muak.....sodap plak ....hehe

Sama ada pisang cheese ni kat sini yg tak sedap atau aku ni kampung sangat .....hehe

Nak buat camne org kampung mana pandai mkn cheese2  ni.....


Thursday, January 29, 2015

Tahun 2015 Permulaan Kehidupan Baharu

nak kata ia berita menggembirakan 
for me is Yes
but for the Future 
maybe my new life is beginning to change 
not a little but maybe bigger than i can imagine 

for now i'm really glads that my boss love & appreciate me(as a his PA not more than that)
he got a promotion so he'll bring me along
so TQ my dearest boss
i'll keep it up !!

even little worries comes, what happens next when my boss retirement
what if the next boss bring his/her PA also 
i'll not stay in the current position permanently mean forever
so bertabah la ketika perkara itu terjadi 

tahun ini adalah tahun ke 11 aku bekerja sejak lantikan pertama
bayangkan perasaan aku perlu tinggalkan semua yang aku bina selama ni 
jalinan siratulrahim 
ilmu & pengetahuan tinggi tempat kerja skrg - 11 tahun kan 
my Shaklee Customer, harap diorg tetap cari aku walaupun aku blok lain nanti
so kena mula dari 0 balik 

aku ni jenis yang suka berfikir terlalu jauh 
sampai perkara yang sepatutnya menyeronokkan jadi worse 



Wednesday, January 28, 2015

Promosi Pizza Hut Dilanjutkan | Lebih Jimat

berita baik untuk penggemar Pizza

Promosi Pizza Hut take away only
dilanjutkan hingga ke 31 Januari 2014

Personal RM 5
Regular RM 10
Large RM 15

dengan pilihan 16 jenis topping

 tawaran paling menarik 
dan terbaik 

 Awesome! Tasty Deals


hawaiian chicken with extra cheese


semalam aku beli 1 biji Regular Pizza Hawaiian Chicken kegemaran Fahim + extra cheese 
dengan harga RM14.85 sahaja
dah la dapat pizza saiz sederhana dengan harga pizza personal 
rugi la sape tak grab peluang ni 

memandangkan semalam kami mkn KFC kat alamanda tapi tak mo lepas peluang  beli pizza promo ni 
ade 3 slice lagi ... so pagi ni aku bawa ke opis dan panaskan dalam microwave 
waaalllaaahhh lembut dan sedap mcm baru lepas dibakar ...haha sarapan pagi ni pizza semalam
membazirkan amalan syaitan ....
semalam order tak hengat



tapi promosi yang ni pun besh jugak 
beli 3 Regular Pizza dengan harga sebiji RM 13.66 sen je 
menarik kan bagi yg nak mkn besar dengan kawan/family mmg jimat

Online exclusive 3 Regular Pizza 



Tuesday, January 27, 2015

Skodeng Remaja Beromen di PD | Mandi Laut lagi

stop kejap cerita zon selatan sbb nak beri peluang nak nk up entry hari sabtu lepas kami

24/01/2015

hari sabtu lepas enPanjang plan nak bawa anak-anak die mandi laut 
memasing penat kan bersekolah pagi petang 
bagi diorg release sikit la, hepi sikit reward kat diorg

seawal 4.00 am aku dah bangun sediakan semuanya 
complete siap kemas rumah sekali 

pukul 7.00 am kami gerak dari putrajaya ke PD 
lalu jalan Sepang -Lukut 
lebih dekat dan jimat tol 
tak sampai sejam sampai 

kali ni kami ke Teluk Kemang 
malas nak pi Pantai batu 7 tu 
kat sini lagi selesa, tempat mandi besar cantik dan bersih berbaloi dengan bayaran RM1.00 tu

sampai-sampai je terus budak berdua ni terjun dalam air 
life guard of coz la abah depa
mama dok bawah khemah je 


kemain hepi dapat main pasir

sekarang ni dah buat pembahagian kawasan 
Kawasan Renang 
Kawasan Laluan Bot
ok la lebih selamat
kalau tak situ la jet ski dok main lap
situ banana bot nak lempar orang 
kan banyak kes  kena langgar jet ski la ... bot la....

ni diorg tgh mandi di kawasan yg dikhaskan 

langgar peraturan ... nampak tu bot lalu situ 
orang tu tarik je bot dari belah sana ke situ ... hahaha

pukul 4.00 am aku dah bangun sediakan nasi lemak dan frozen food sikit nak buat bekal picnic
ini pertama kali okey selalunya kami sarapan siap2 sebelum ke pantai
tapi aku rasa cam ni lagi besh .... 
main2 air ...anak2 rasa lapar mai kat mama makan ... pastu main air lagi ....

Nasi Lemak Telur Rebus 
tapi telur xdak dlm gambar

Frozen Food 
Ayam, Popcorn ayamas, hot dog

budak lapar 

budak masam sbb marah die nak makan mama suruh amik gambar dulu

my enPanjang the Life Guard on That Day

round ke berapa tatau la ...asal lapar naik atas 

oh ya kami sewa khemah/kanopi ari tu 
RM25.00
ada letak RM40.00 humaaaiihhh mahal bebenor
tanya orang lain dpt RM25.00
ada lagi kot lagi murah kena rajin bertanya la


sambung main air lagi sampai sunburn 


haaaiii laaa anak muda
berbulu mata aku yang achik² suku umur  ni 
orang tengah beriadah korang tengah berair dalam air
heeeeeeeeeee


jom zoom sikit 
holaa holaaa manja aihhh 
rabun mata mokcik adik oi


awal² pagi dah meraba-raba dalam air 
syok ehhh .... 
malu aku nengok nye ... tapi diorg ni tak malu la plak 
nak kata laki bini takan kot ... hihi 
muda lagi gayanya ... belasan tahun....

dalam pukul 10.30 am gitu 
stop main air ...bersihkan budak² ni 
nak bawa diorg naik keta kuda

Harga 
dewasa RM15
Kanak-kanak RM10

alisha free  

cari keunikan kuda ini 
cer teka jantan ke betina


tapi kesian plak aku tengok kuda-kuda ni 
gaya macam tak berdaya tak terurus
tak bersemangat 
tak cukup makan 
kaki sakit 
ladam kuda dah tercabut 
ladam dah tercabut tapi tuan die tak pasang balik ... kesian mesti sakit kaki die, tgk tapak kaki pun byk pecah2 dah 
 
ikutkan hati tak sanggup kot nak naik ... cam seksakan kuda tu je 
tapi sebab anak-anak beria nak 
terpaksa la 
 

alisha tengah ajuk muka kuda 
yang masam sangat ... nampak sangat cam bibir menjuih 


lepas naik kereta kuda 
berenti sat kat gerai2 kat tepi laut nak cari kudapan 
nantikan cerita dalam entry lain,  aku naik hantu dan kena sawan gila khinzir dengan satu kedai ni 
hahahhaha 



Monday, January 26, 2015

Makan Malam di Restoren Singgah Selalu, JB

26/12/2014

lepas check in di Tropical Inn Hotel, JB 
kami keluar makan malam 
cari di sekitar kawasan tepi laut 

Kami Berhenti dan Makan Malam 
di Restoren Singgah Selalu 

ok la restoren ni 
besar... banyak seat ... dan banyak jugak pilihan makanan


antara menu-menu yangs empat aku amik gambar 




ABC 
sejuk2 musim hujan..memalam buat plak tu makan .....
ok la not bad ... kat Medan Selera Shah Alam lagis edap

Tauhu Bakar 
kudapan sebelum makanan berat sampai 
ok la sos die 
mmg sedap 

budak berdua yang makan yang atas je 
yg bawah2 abah tolong makan 
aku ....tgk je la ... sejuuuukkkk

menu kami sekeluarga malam tu di Restoren Singgah Selalu


 Udang Goreng Butter

 Kailan Ikan Masin


Paprik Ayam 
aku suka sbb sayur segar2

Sotong Masak Kicap 
sotong kurita kot ... besar2
 

Siakap Stim Lemon Pedas

Total Makan Malam tu RM230.00
ok la kot untuk 6 org makan
sbb bukan kami yang bayar tp Pakcu yang bayar ... hahahha 
TQ Pakcu !!

dan ini la Rombongan kami ke Zon Selatan
Family  Kecik Kami
Atok & Nenek
Pak Cu & Cu Farah


sebab aku dah tukar token
nak tak nak icha kena naik jugak keta ni 
sbb mama paksa 
budak mengantuk nampak mainan pun tak selera 
 

komen aku pasal Restoren Singgah Selalu ni
bab kebersihan ok 
makanan sedap dan bersih 
kerusi meja banyak walaupun org penuh 
banyak side order yang boleh kita order untuk kudapan 
masa menunggu pun tak lama ok la 
suasana pun ok la 

nanti maybe kalau ke JB lagi 
mungkin boleh singgah lagi untuk makan malam 

 

Thursday, January 22, 2015

Aiskrim Nestle | Mat Kool Butterfly | Sedap !!

Dalam minggu lepas perasaan kat tong aiskrim Nestle ade aiskrim baru 
Mat Kool Butterfly
So tadi try beli sebab nampak comel


Harga RM1.80
Berperisa strawberri dan anggur
Yang sedap

Aiskrim Mat Kool butterfly 
Kembar 
Ade 2 stick dan boleh dipisahkan sayap rama-rama


Kami kongsi bersama 
Satu stick untuk mama 
Satu lagi untuk Fahim
Wahhh gitu sekali
Kalau untuk pasangan kekasih sangat romantik ok

Dengan warnanya yang pinkish dan rasa yang sungguh sedap ...
Masam-masam manis
Tekstur aiskrim yg sangat soft 
Cair dalam mulut dan tekstur seperti tekstur aiskrim dari yogurt 

Mmg sedaplah.....
Esok nak beli lagi lah



Lori Muatan Berat Langgar Papan Tanda di Putrajaya

Hari ni aku dapat mc 2 hari
Conjuctivitis again

So update dari rumah
Semalam trafik di putrajaya sangat jem teruk
Kes lori besar angkut crane langgar signboard jalan
Menghadang kedua2 belah jalan 
Area lebuh persiaran timur bersebelahan alamanda

Kesan die seluruh putrajaya mengalami kesesakan
Dan jalan balik ke rumah aku memang terjejas teruk
Yang selalunya duration balik rumah jam 5.00pm adalah 10-15minit jadi 1 jam 30 minit

Tapi disebabkan enPanjang maklumkan aku awal
Sharp pukul 5.00 pm aku dah chow dari opis
Tapi 30 minit juga la nak sampai ke rumah yang tak sampai 5 km dari pejabat tu
Nasib baik enPanjang bgtau aku awal lbh kurang pukul 4.00 cam tu boleh aku bersiap sedia nk balik cepat





Sumber gambar dari whatapps group

Mslam tadi jalan dah clear 
Lebih kurang jam 10.00pm

Keadaan trafik smlm patut dapat diatasi lebih awal dan teratur 
Kerana kejadian berlaku sblm waktu puncak 
Tamat waktu bekerja 

Sepatutnya tindakan menutup laluan ke arah laluan kejadian dpt dilaksanakan lebih awal dan pihak berkuasa seperti Polis trafik dan PPJ dapat mengawal lalu lintas..

Tetapi kerana tidak ada tindakan awal
Kesesakan teruk berlaku 

Diharap pihak berkuasa dapat pertingkatkan perkhidmatan masing2

Wednesday, January 21, 2015

Bercuti Ke Zon Selatan | Johor Bahru kami datang


26/12/2014

kami sampai dari Penang lebih kurang jam 5.30 petang 
berehat kejap kat rumah MIL kat KL 
dalam pukul 9.00 pm balik rumah untuk berehat dan kemas baju untuk ke gerak ke Zon Selatan pulak esoknya

kami bertolak ke Johor Bahru jam 2.00 petang dari Putrajaya
Rombongan kali ini 6 Dewasa dan 2 Kanak-kanak 
dengan menaiki Kereta Rasmi untuk 3D2N ni 
BIL sewa Kereta Hyundai Starex Royale RM400 perday
mudah, besar dan jimat sbb hanya bawa 1 kereta je 
jimat tol dan minyak dan cukai kereta di negara jiran
boleh tung tung erti kata lain berkongsi

kereta ni memang selesa sangat-sangat 
luas banyak seats
puas hati la 
mmg tak rugi sewa pun 
kalau sape plan nak ade anak 1team bola tujuh sebelah mmg berbaloi beli keta ni

kami yang excited 

ahli rombongan kali ni 

adek manja abang

 kami sampai di JB lebih kurang 6.30 petang 
kami tak booking mana-mana hotel pun 
memang gamble untuk walk in je 
dan kebanyakkan hotel penuh masa tu 
lebih kurang 10 buah hotel yang kami call penuh di JB dan Skudai
yang kami walk in hampir 5-6 buah hotel penuh 
memang mencabar jugak la
sebab hari semakin gelap
badan dah letih 
perut lapar 

last sekali walk in di Hotel Tropika Inn JB 
lokasi berdekatan dengan Komtar JB 
nampak luaran cam buruk dan bangunan lama
tapi masuk dalam 
ok lobi not bad 
ok la dah pukul 7.30 petang dah time ni 
kami decided pilih Tropika Inn untuk malam ni 

nanti aku review hotel ni berdasarkan pengalaman dan pandangan aku 


negara jiran dari Danga Bay
ohhh dekat je rupanya Singapore ni
almaklumlah ... ini pertama kali aku ke JB 
daerah lain dalam Johor rasanya semua dah aku pernah jejak kecuali JB
dasar jakun .... har har har