Tuesday, March 31, 2015

Telur GST | Persediaan Menghadapi GST

Hari ni bz sikit 
Update pun guna hp je ni


Boleh apply untuk berjimat sempena GST nanti
Walaupun telur dan makanan asasi tidak dikenakan GST 
Berjimat ttp kena berjimat
Sbb banyak perkhidmatan dan barangan lain dikenakan GST 

Esok permulaan baharu dalam kehidupan RAKYAT MALAYSIA

Selama Datang GST !!


Monday, March 30, 2015

Konvoi Keta Kuda Bikin Panas | CH lagi

entry jalan-jalan ke Kuching pun tak sempat lagi aku habiskan 
biasa la bila dah bertukar tempat kerja ni 
bebanan kerja lebih sikit dari dulu 
selalunya pukul 11.00 am lebih baru aku boleh bernafas sedikit 

aku akan teruskan juga menaip entry Kuching tapi hari ni aku bagi laluan pada 
Percutian Singkat ke Cameron Highlands lagi 

18/3/2015

seperti biasa aku akan bangun jam 4 pagi setiap kali nak pergi mana 
dah jd kebiasaan dah 

kami bertolak awal pagi ke KL untuk jemput MIL dan sepupu MIL 
permintaan MIL sebenarnya untuk ke CH 
saja nak bawa sepupu MIL, Mak Jie jalan-jalan 
last mak jie follow kami ke CH dulu rasanya tahun 2010 kot 

walaupun baru sangat lagi kami naik ke CH CNY bulan lepas

Alhamdulillah perjalanan smooth je 
almaklumla bukan cuti sekolah 
tapi di atas sana tu sesak la jugak 
kiranya setiap hujung minggu mmg org bercuti ke CH gamaknya
jem jugak tp tak la mcm cuti sekolah sampai 2 jam dari Brinchang ke Kea Farm
kali ni 30 minit gitu je 


lepas kali ni kami pilih Star Regency
faktor harga dan lokasi 
sbb sangat dekat ngan pasar senang MIL aku nk pi Pasar Malam 
almaklumla CH kan jem memanjang kena cari lokasi yang boleh berjalan kaki je la 

oh ye, Star regency Apartment nampaknya banyak boleh tambah baik apartment die 
makin cantik .... kalau tak tahun lepas last check in 
alahai usangnya ...sofa buruk, cat kusam, TV kotak xde astro, langsir pun usang sangat 
tapi kali ni aku rasa ade perubahan yg baik 
xde gambar apartment..sorry


lepas check in kami terus ke Kea farm
layan MIL membeli dan anak-anak

sblm tu singgah tengah2 jalan otw ke kea farm dari Brincang beli air Kelapa Laut 
sbb terpengaruh dengan longgokkan buah kelapa laut 
dan kereta yang berenti



rasanya terlalu haevy dengan rasa gula melaka la 
hmmmm not my taste 



jagung wajib kena beli 
tapi kali ni aku dah tak beli dah jagung mutiara ka madu ka 
aku cuma beli jagung Susu je 
rasanya lebih manis, wangi dan sedap
serius tak tipu
sbb bln lps kan baru pi CH kan 
dah memborong jagung 
pilih 2 jenis mutiara dan susu
ternyata susu lebih sedap, ttp manis walaupun dah direbus
tapi harga lebih mahal
4/5 batang RM10
berbanding jagung mutiara 8/9 batang RM 10

cam biasa anak-anak aku 
harus la nak ke Butterfly Farm lagi 
setiap kali pi mesti nk pi 
tak jemu²


Omey, Alisha dan Fahim 
saje bawa sepupu Fahim ni 
bagi Fahim happy sikit ade kawan



ada banyak perubahan kat Butterfly Farm ni tau 
nanti aku review dan tunjukan gambar 2013 dan 2015 
mmg banyak berbeza 
dan paling penting budak2 sangat enjoys

hari ahad 29/3/2015
pagi2 lagi kami dah bangun 
siapkan anak-anak dan check out 
puku 8.00 am tu dah check out dah 
terus ke Pasar Pagi tepi Pasar Malam 
beli belah lagi mak-mak
terus ke Kea Farm cari ape yg patut lagi 

tetiba hangin dan menyampah plak ngan Konvoi Orang Kaya Singapore ni 
datang negara orang buat cam negara die pulak 
menyampah betui
atas bukit jalan berbengkang bengkok boleh pulak diorg ni potong memotong test power keta kuda depa tu 
tahu la keta hebat 
tapi boleh tak datang negara orang buat cam datang negara orang 
hormat sikit, malu-malu sikit 
ni tak mengundang bahaya kat pemandu lain plak 
yg aku prasan semuanye Cha Ya Nun Alif 



beratur nk memotong test power 
aku rasa lebih dari 15 biji kot
yang cam ni la kena CUKAI mahai sikit  bukan rakyat marhean
diorg mai sini semua untung ...isi minyak harga warganegara 
bayangkan kapasiti tank keta kuda tu 
dah beratus dah rugi duit minyak utk diorg ni 

aku bukan racist tapi tah la menyampah je 
kah kah kah 

sblm balik singgah tanah rata
si Fahim nak ke sini lagi 
suka sgt ngan buah-buah besar

lebih kurang pukul 12.30 pm kami sampai di KL 

tamat sudah percutian terakhir bulan Mac 2015
ade 2 cerita lagi jalan2 bulan Mac yang aku tak sempat nak buat 
Bumi Kenyalang dan Utara


Friday, March 27, 2015

Alat Kencing Berdiri untuk Perempuan

byk betui kejakunan aku ni 
smlm jakun lain ni hari ni tambah lagi 
kah kah kah 
 
 sedang elok dok usha groupon
aku terjumpa satu alat ni 

waaaahhhh canggih betui 
untuk kegunaan di hutan mmg diakui sangat selamat
mana tau ade serangga ke ...pacat ke ....naya jugak kan 

tapi kalau disalahguna oleh golongan kekeliruan jantina  untuk masuk ke tandas jantina berlainan tu aku rasa mmg tak patut 
nak berbelagak sebagai jantina tersebut kan 

tapi tak dapat plak nak teruskan memikirkan
cara  penggunaannya

hahahahahah


jom usha Alat Kencing Berdiri Untuk Wanita 
tengah promosi ni 



Thursday, March 26, 2015

Jakun Nampak Normah Medical Specialist Centre

aku rasa sekarang ni ramai peminat Drama TV 
tengah dok gile ngan Drama Teman Lelaki Upahan kat TV3 jam 7.00 pm tu kan 

aku ni jarang benor nak tgk drama Melayu 
tapi kebetulan nya time Ayah si EL eksiden masuk ke Normah Medical Specialist Centre Petra Jaya, Kuching 
banyak kan scene kat situ 
dan kebetulannya pulak dalam minggu yang sama Flight kami ke Kuching 
bila nampak Normah Medical Specialist Centre, Kuching waktu OTW ke Muzium Kucing
aku jadi jakun sikit 
kah kah kah 
terkesan dari drama tu
sabo je la 



amik gambar dari dalam kereta je pun 
 

nak kata aku minat sangat ngan drama Teman Lelaki Upahan tak la 
tengok gitu2 je ... tak ikut pun hari-hari 
kadang tak de buat pepe antara jam 7-8 pm tgk la 
klu tak ..tak tgk 
tapi sbb sblm fly ke Kuching ade tertengok scence kat NMSC ni 
terbawa-bawa plak 
kah kah kah

Wednesday, March 25, 2015

Tempat Menarik di Kuching | Peminat Kucing Wajib Datang Ke Muzium Kucing, Kuching Sarawak

19/3/2015

Muzium Kucing
 di Petra Jaya Kuching Sarawak

terletak di aras bawah dalam bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Bangunan DBKU di atas puncak bukit 
di Kuching Utara 

untuk makluman Bandaraya Kuching dibahagi kepada 2 iaitu Kuching Utara dan Kuching Selatan 

TIADA bayaran dikenakan untuk melawat Muzium Kucing tetapi  dikenakan bayaran untuk semua jenis gajet berkamera

HP - RM 3.00
Kamera - RM 3.00
Kamera Digital - RM 4.00
Kamera Video RM 5.00

 
gambar ihsan google 
tak sempat nak amik gambar di sini sangat 


bagi peminat kucing mungkin akan HAPPY di sini 
sebab mmg banyak gile KUCING 
macam-macam ada 
gambar, patung, kucing betul yang diawet, poster, arca dan souvenir berbentuk kucing 
seriously aku tak banyak amik gambar di sini 



adik icha yg hepi sbb dapat poww mama beli key chain kucing purple

 Kubur Kucing 
klu tak salah kucing owner muzium ni kot 


antara  kucing yang diawet 
seriuosly agak menyeramkan la 
hehehe sbb mata kucing tu macam tak diawet betui2 

bagi pengunjung yang sangat minat dengan kucing dan mungkin nak buat research mengenai kucing amat digalakkan untuk datang ke sini 

bagi kami ni so-so je la 
lagi satu aircond tak kuat sangat so agak tak happy nak menjelajah dan tengok dan baca dengan teliti 
faktor persekitaran pun penting juga untuk membuat kita rasa berminat 



Tuesday, March 24, 2015

Tempat Makan Best di Kuching | Mee Kolok Sedap | Kak Bedah Cafe

sepanjang percutian kami di Kuching pada 19-21 Mac 2015 yang lepas
kami dok ulang makan Mee Kolok je 

dah kate dah berjalan dan nak makan makanan yg glemer di situ kan 
so banyak jugak restoren yang kami terjah 
tapi penilaian lidah aku mengatakan Mee Kolok Kak Bedah Cafe antara yang terbaik
cukup rasa, sedap dan memenuhi selera lidah tekak aku la 

sebab apa aku cakap mee kolok Kak Bedah Cafe tersedap sepanjang 3 hari aku mencuba makan 
mee dia cukup rasa ...makan saja tak bersup pun sedap
sambal die lain dari yang aku dok makan kat kedai lain .... lebih pekat dan gelap ... pedas kawww
sup warna hitam dan mmg kombinasi yang cukup hebat bila digabungkan dengan mee
hmmm sedap !!
 

Teh C Peng 
Teh Ais Special 
rasa sama macam Teh 3 Layer Mamak tu 
ade rasa gula kabung/merah/melaka tu 

di Kuching Teh C Peng dikatakan Teh Special 
tapi kita kat semenanjung biasa-biasa je kot kan 
hehehe 

tapi aku dok ulang order plak sepanjang kat sana ...hehehe
 
 



http://3.bp.blogspot.com/-IEccm5CtSTo/UKSe5gBsO2I/AAAAAAAAA9I/6KTTKYBKkyU/s1600/2012-10-27+11.34.45.jpg 
ihsan Google
aku tak sempat pun nak amik gambo kedai 


Alamat Kedai :

Kak Bedah Cafe
10-14, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, 
Bormill Commercial Centre, 
93200 Kuching, Sarawak, Malaysia

aku dapat alamat ni kat FourSquare 

Jari Manis Alisha Tersepit Katil

Ya Allah luluhnya hati aku bila tengok tangan adik icha ni
Hati seorang ibu 
Mana mungkin sanggup melihat setitik darah mengalir dari tubuh anak tersayang

Walaupun ini hanya cedera ringan
Tapi aku sangat sedih

Jari kecil alisha kesakitan
Deria jari kecil tu menahan kesakitan


Petang semalam
Parked je kereta di porch 
Fahim berlari keluar
X sabar2 je riak muka die
Aku pelik....ape hal ni

"Mama jari icha luka!!"

La kenapa pulak ni...
Dalam rumah alisha dah lembik letih asik menangis 
Beriba atas enPanjang
Nampak mama lagi kuat die merengek
Dipeluk dipujuk
Reda sekejap rengekkan sakit die

Bertubi 2whatsapp dari teacher playschool alisha
Mohon maaf 
Jari alisha tersepit pada celah katil di taska

Aku ingatkan hanyalah berdarah sedikit dengan kesan tersepit
Rupanya jari manis alisha luka
Kulit sedikit terkoyak 

Patutlah die menangis dari petang hingga ke malam 
Mesti sakit sangat la tu

Aku hanya berpeluang untuk buka handyplast bila alisha dah nyenyak tido
Untuk cuci luka dan biarkan luka tu terbuka berangin

Sebelum tido aku bg alisha ibuprofen utk tahan sakit....
Alhamdulillah nyenyak tido 




Kite yg ibu2 ni mmg emo lebihkan kalau tgk anak sakit kan....
Itu la kelebihan wanita...


Monday, March 23, 2015

Percutian Ke Kuching, Sarawak

19/3/2015

Kuching, Sarawak


Perjalanan kami kali ni semperna Ulang Tahun Kelahiran enPanjang pada 18/3/2015

Flight kami pada 19/3/2015
adalah pada jam 8.45 am 

seawal 4.00 am aku dah bangun 
mandi dan siapkan anak-anak 

pukul 6.00 pagi kami gerak ke ERL station Putrajaya 
naik KLIA Transit pukul 6.35 am 
parked kereta kat ERL station je 
murah sikit 
3 hari baru RM10.00 je 
berbanding park kat KLIA 

sbb kami penah parked kat KLIA 2 RM170 untuk 4 hari .... 
gile sawan nak bayar sbb mesin autopay tak mo terima duit plak  

lebih kurang pukul 7.00 am kami dah ade kat KLIA 
bersedia untuk check in dan pi sarapan dulu kat KFC sambil bg budak main playground


ready to board 

 enPanang tak penah main game die pi layan game sbb bosan 
menunggu masa untuk di serve mknan

tah ape tah si Fahim dok bercerita ngan adik die 
pasal game Brother in Arm 
game perang 

ini adalah kali pertama naik MAS 
so pengalaman pertama naik Boeing 
sedikit berbeza dengan AirBus 
bagi aku la ... org lain aku tatau 
lagi best naik AirBus untuk domestic flight ni 
selesa tak berdengung, tak pening dan tak de bunyi angin yg kuat 

sbb ini juga pengalaman pertama 
aku rasakan Flight Attendant MAS ngan yg private 
aku rasa yg private lebih efisyen kot ....
ni pd pandangan aku yang aku nampak 


Menu on Flight that day 

Sausage With Omelet + wedges 
for Icha & Fahim



Nasi Lemak Sambal Udang 
for enPanjang dan Aku 
 
hmmm tasteless la 


Flight Kami MH 2504 
selamat sampai di Kuching jam 10.30 am
lewat 20 minit dari jadual



 seperti kami ke Kota Kinabalu, Sabah Mac 2014 semperna ulang tahun kelahiran aku
baru tau nak masuk Sarawak pun kena amik Pas Lawatan Sosial (visa) ni 
valid 90 hari dan paling penting jangan hilangkan 



sampai je di Kuching kami di jemput oleh sahabat lama aku 
Sha terus bawa kami pekena dan merasa makanan kegemaran orang sarawak 
Mee Kolok di Kedai  Kak Bedah Cafe




ni la sahabat lama kami laki bini 
Sha berhijrah dan berkahwin dengan jejaka dari Sarawak

TQ dear sbb sudi luangkan masa sepanjang kami kat Kuching 


banyak lagi entry bakal menyusul bertabah la korang 
dan harap aku jugak dapat masa yang banyak untuk menaip kat blog ni 


Saturday, March 21, 2015

babai Cat City

Selamat tinggal Kuching
Jika ade umur panjang dan rezeki lebih kita berjumpa lagi



Alhamdulillah selamat sampai di KLIA jam 3.20pm

Pukul 4 pm lebih dah sampai rumah

Friday, March 20, 2015

Teh C Peng | Minuman Spesial di Kuching


Masih di sini....
Cat City

Mencuba makanan yang famous di sini
Yang menarik perhatian aku
TEH C PENG


Jom try nanti aku review ape rasanye 

Thursday, March 19, 2015

Bumi Kenyalang Kami Datang

19/3/2015


kami akan fly ke Bumi Kenyalang pada 8.25 am 
dan inshaa Allah akan kembali semula ke semenanjung pada 21/3/2015 nanti

doakan perjalanan kami pergi dan balik selamat
inshaaAllah
 




Wednesday, March 18, 2015

salam Takziah Seluruh Keluarga enPanjang


Salam takziah untuk seluruh keluarga enPanjang
Ibu sedara tercinta Mak Tam telah kembali ke ke Pangkuan Pencipta Yang Maha Esa

Pada jam 1.19 pm tadi

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Ini ibu saudara kedua yg pergi meninggalkan kami dalam masa yang cukup singkat
Selang 2 bulan sahaja ....

Janji Allah itu pasti...bila tiba masanya ....pasti ditunaikanNya

Hari ini hari lahir enPanjang tapi hadiah berita yang cukup mengejutkan dan sedih sangat...

Bertabahlah wahai seluruh ahli keluarga...

Arwah sakit diabetes yang kronik dan sakit saraf yang telah menyebabkan otot kaki arwah tidak boleh kendur. 
Buah pinggang rosak teruk.



Komik RM9.50 tapi hanya bayar RM2.50 Sahaja di MPH

13/3/2015


Hari jumaat lepas aku bawa fahim  sebagai peneman ke alamanda nk pi pos barang SHAKLEE
Memang aku pilih syarikat kurier di alamda tu utk pos barang jimat masa dan tenaga dari beratur panjang  di pejabat pos

Saje nk reward Fahim dan nak buat bekal sepanjang perjalanan ke Perlis esoknya pada hari sabtu tu....

Singgah MPH pilih komik fav fahim
Dah siap pilih dan nak bayar cepat2 sbb enPanjsng tgh tgu dalam kereta nk pi solat jumaat

Tiba-tiba ade seorang adik manis tegur


Adik manis : Kak harga buku tu brape??
Aku : rm9.50.
Adik manis : kak sy nk guna baucar buku 1Malaysia.akak tambah yg tak cukup je....syg la klu burn cam tu je
Aku: yaAllah ...terima kasih

Banyak kali aku ucapkan terima kasih kat adik tu
Adik manis tu pelajar UITM Dungun ade trip di Putrajaya

TQ dik...


Oh ye aku cuma topup RM2.50 sahaja 
RM 7.00 adik manis belanja
Semoga Allah murahkan rezeki kamu dik


Alhamdulillah rezeki ditengahari Jumaat
Allah nak bagi rezeki dalam pelbagai cara
Tiada siapa tahu...syukur Alhamdulillah


Komik RM2.50


Note : skrg ni aku bz gile ...huuuwaaa 

Monday, March 16, 2015

Kapal Terbang Acrobatic LIMA 2015 terhempas di Kampung Aku

Rasanya semua dah tahu dan dgr berita mengenai kes kapal terbang terhempas di Kg. Gelam, Pulau Langkawi semalam


 2 buah Jupiter Indonesia semasa Pertunjukan Acrobatic LIMA '15
Terhempas dan salah satu jatuh di atas sebuah rumah sedara aku
Rumah Pak Talib Boom gelaran die di Kampung kami
Anak die kawan sekelas aku aku Sekolah Rendah dulu

Aku harap mereka sekeluarga bertabah
Dan aku bantuan dan pampasan dapat disumbangkan secepat mungkin

Sedih dan terkejut sbnrnya bila smlm waktu kami tgh menghantar rombongan pengantin di Perlis masing2 dok share video rumah terbakar dan kapal terbang terhempas









Sepanjang LIMA diadakan di Pulau Langkawi sejak 20+ tahun lepas
Tak pernah lg kejadian seperti ini berlaku
Dulu2 waktu aku kecik2 setiap 2 tahun sekali
X tenang hidup pada sebelah siang
Bising dan bingit
Tapi kami enjoys tgk jet pejuang, kapal terbang, helikopter lalu lalang dan buat
Pertunjukan di atas bumbung rumah kami....

Nasib baik x jatuh kat rumah tok aku
Sbb tok aku dh tua dan x leh berjalan....
Alhamdulillah

Friday, March 13, 2015

Aku Alami Loss Memory Short-Term ke ??

bila tah aku pun dah lupa
yang aku ingat hari tu hari cuti hujung minggu 

tengah sedap dok makan kacang putih mekah 
tetiba enPanjang panggil 
minta ibuprofen (ubat tahan sakit)
kaki sakit sbb terlebih terbang waktu jadi goal keeper

aku masuk bilik amik ubat letak kat tangan 
pastu tetiba aku hilang ingatan 
sindrom ni mmg sokmo berlaku 

aku sambung krup krap kacang putih balik 
tiba-tiba mulut aku pedar, kebas-kebas, lidah kesat² rasa cam makan tanah pun ye jugak 

otak aku dengan confident nya sahkan yang aku dah termakan tanah 
ye la dalam kacang kan kadang-kadang ade tanah yang dah keras kan 
otak aku buat rumusan tanpa usul periksa 

bila aku pi ludah kat sinki 
aiiiikkkkk warna putih 
ape mende yang aku kunyah ni 
lepas 3 saat kot 
aku dah sedar dan dah  tau ape mende putih tu 
ibuprofen laki aku suruh amik tadi 
kah kah kah 
gitu rupenye rasa ubat ni rupanya
ingatkan pahit cam Panadol


mana nak sedar aku dok kunyah krup krap 
size sama je ngan kacang tu 
nasib baik la ubat klu mende lain 
yang beracun ke hape ke 
tak ke naya aku ni 

ni salah satunya 
selalu aku lupa mcm
dh kunci rumah belum, dah tutup plug iron blum, dah tutup api dapur belum ... hissshhh semua la ....sedangkan semua tu aku dah buat tu .... mcm tak ingat nape tah .....

nampak sangat aku  kena tambah DHA dalam bdn aku ni 
kena amik supplemen yang ade minyak ikan untuk jana minda aku balik ni 
 supaya aku lebih fokus dan cergas minda 
dah masuk 3 series mmg kena amik mcm2 untuk cover balik 
sumber2 yg hilang dari badan kite 
dari sebab faktor penuaan dan mencegah lebih baik dari mengubati

Fahim dan alisha pun makan omega guard shaklee ni 
utk fahim 
ekzema, asthma makin berkurangan dan terkawal dan lebih fokus dalam PdP



jom makan Omega Guard



Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                


Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?


Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Omega Guard Shaklee -DHA dan EPA


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
Sumber : Shaklee Malaysia




Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil


 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu


 Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan


Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.


Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke
Mai PM eima untuk maklumat lanjut : 0129220376