Wednesday, April 29, 2015

GIVEAWAY DIANARASHID DOT COM DAN KAWAN -KAWAN NYA | Tarikh Tutup dilanjutkan ke 1 Mei 2015

DIANARASHID.COM ada anjurkan satu GA yang diberi nama 
GIVEAWAY DIANARASHID DOT COM DAN KAWAN -KAWAN NYA. 

hadiahnya cukup menarik dan syarat-syarat pulak mudah 
mana tau ada rezeki tak salah mencuba nasib 

 

click banner untuk join

http://www.dianarashid.com/2015/04/giveaway-dianarashid-dot-com-dan-kawan.html 

Senarai hadiah
Wang Tunai RM20 x 1 pemenang
kufi saiz A4 x 2 pemenang
Tudung x 2 pemenang 
5 shishedo mask x 1 pemennang
topup RM10 x 1 pemenang
1 BB cream Seqy Beauty Natural Tone  dan 1 Cleanser Seqy Beauty X 1 Pemenang
Produk shaklee (chewable vita c)  x 1 pemenang
Hijab pins by mommylin x 1 pemenang
Novel (Kalau Sungguh Bagai Dikata) x 1 pemenang
 

Syarat:
1- Buat entry dengan tajuk bebas..lagi mengancam tajuk nya lagi best.. heheheh
2-letak banner kat atas tu dalam entry awak.link kan ke entry GA ni.
3-Wajib Follow dan like semua penaja yang saya senaraikan di bawah.
4-tinggalkan link GA awak di kotak komen di entry ini sahaja.

 Jemput Follow ...

www.aziankhalil.com www.mommylin.com/ www.jendelahidup.com/ mysweetzlife.blogspot.com/ vitamingarage.blogspot.com/ Rafina Mimi Abdullah www.safurara.com/

Jemput like facebook page kawan saya ini..
Mommylinloveandcare
 Kufi Art By Me


Jemput Follow Ig kawan saya ini..
rohaya_yusof Kufi_by_me eima_dealershakleeputrajaya mommylin_loveandcare Safuraonlineshop
Giveaway akan berlangsung selama 2 minggu sahaja.
dilanjutkan ke 1 MEI 2015
Semua di jemput join..hadiah akan diupdate dari masa ke semasa..
letak url www.dianarashid.com di bloglist untuk
update terkini tentang GA ini.

Sekian... 

Tuesday, April 28, 2015

Beli Ellfie Essence Skincare PERCUMA Lipstik Kiss Proof

semua sedia maklum yang sekarang Produk Ellfie Essence Skincare yang diasaskan oleh
memang tengah hot sekarang ni 
dengan harga mampu milik 
ramai yang dah cuba dan rasai sendiri kesan positif
paling penting ia selamat dan ada sijil KKM 

jom tengok sikit ape kelebihan dan perbezaan produk Ellfie Essence Skincare dengan produk lain yang ada di pasaran 

lagipun puasa dah nak dekat
raya bakal kunjung tiba 
siapa tak nak kulit cantik, gebu dan mulus dan menjadi pujian sanak saudara di pagi hari raya kan 
inilah masa yang cukup sesuai kita bertindak!!






Produk ini sesuai untuk:
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Semua jenis masalah kulit
  • Berkesan dalam 3-4 minggu (bergantung kepada jenis kulit dan hormon)
  • sesuai untuk semua peringkat usia 
Produk ini membantu masalah kulit dari segi

  • Masalah kulit tona tidak sekata
  • mengatasi dan menyembuhkan masalah jerawat
  • memudarkan pigmentasi
  • mengurangkan kesan tanda rekahan dan pori terbuka
  • membantu mencerahkan kulit
  • memperbaiki kulit kusam
  • kulit tidak berminyak
Produk ini tidak menggunakan bahan-bahan yang berbahaya seperti MERCURY dan HYDROQUINON yang saat ini banyak digunakan oleh produk-produk kecantikan yang lain.  Zat merbahaya ini dapat menyebabkan KANSER KULIT.  Perlu diketahui ciri dari ubat yang menggunakan Mercury dan Hydroquinon biasanya bila pengguna memakainya, wajah akan menjadi merah dan dilarang untuk terkena sinar matahari.  Tetapi Ellfie Essence tidak demikian, dengan bahan semulajadi, Ellfie Essence selamat digunakan.


 
Kebaikan Ellfie Essence

Cleanser
Membersihkan segala kotoroan dimuka.  Kulit muka akan menjadi lembab dan tidak berminyak.  

Toner
Membantu kulit menjadi lebih lembut dan sekata. Menegangkan kulit muka dan menyegarkan kulit menjadi lebih lembut.

Night Cream
Membantu memulihkan wajah yang tidak sekata, menghilangkan kulit kering, membantu menyembuhkan masalah jerawat dan mengurangkan kesan rekahan dari pori terbuka.

Day Cream
Membantu menjadikan rona kulit sekata dan melambatkan sistem penuaan.  Melembabkan kulit sepanjang masa dan memudarkan pigmentasi.


Cara pemakaian Ellfie Essence

Day
Cleanser, Toner dan Day Cream

Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan towel yang bersih.  Sapukan toner keseluruh wajah.  Semasa kulit masih basah dan lembab sapukan Day Cream.  Selepas itu anda boleh menggunakan loose powder seperti biasa.  Tidak perlu menggunakan foundation.  Make up seperti biasa.

Night
Cleanser, Toner dan Night Cream


Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih. Selepas itu lap seluruh muka dengan towel yang bersih. Sapukan Toner keseluruh wajah. Biarkan kulit kering seketika barulah sapukan Night Cream.
Mudah kan cara penggunaan..... cukup menarik kan ...aku pun dah teruja dah ni
nak dapatkan kulit yang cantik berseri dan Lipstik Kiss Proof percuma dan......

aikk ade dan lagi??
haaa nampak tu ... dan Free Postage ...
mana wei nak dapat dah la dapat Free Lipstik Kiss Proof ni dapat lagi penghantaran percuma 
memang jimat sangat ......zaman GST ni tau

sape-sape nak cantik berseri di pagi raya ini la masanya

Pn. Qema manis bershawl pink 


Whatapps :
019-2782041
Instragram
@qema214

Alisha Bersukaneka ke Berdukaneka ni

25 April 2015

Hari Sukaneka Tadika Vonad 2015

diadakan di Padang Pusat Kejiranan Presint 16
kami sampai pukul 7.30am daftar dan terus sarapan di foodcourt 


mata dok meliar mencari mama
mama ngan Fahim menyorok .... kui kui kui


dah start menangis
langsung tak mau bagi kerjasama 
adui .....

tapi rumah oren tetap menjadi juara acara bawa telur dalam sudu berlari zig zag


mostly semua sebaya alisha menangis
boleh dikatakan semua 
hanya 3-4 orang  je yang cool dan steady 


Alisha mmg excited pada mulanya
tapi bila mama dah hantar die pada teachers 
dengan suasana yang sangat ramai 
dia dah start menangis cari mama 
1. sebab sukaneka digabungkan 4 cawangan termasuk bangi 
2. alisha tak jumpa kawan-kawan die sbb kumpulan ikut warna rumah ....so die cuak kot 

Teacher Amira bagitau yang alisha ni calon harapan 
sbb di tadika die sangat aktif dan lari paling laju 
tapi yang berlaku disebaliknya


tak pe la dik walaupun kamu menangis sesungguh 
mama, abah & abg ayim tetap bagi semangat dan bangga ngan adik tau 

hari isnin smlm kami bertiga berehat di rumah main kolam RM39.90 size mak bapak boleh tumpang berendam sekali sbb budak berdua tu cuti peristiwa

Monday, April 27, 2015

Family Pool Size L2mxW1.5mxH0.5m cuma RM39.90


Hari aku bercuti bersama anak-anak di rumah
Budak berdua bercuti peristiwa sempena hari sukan sekolah masing-masing

3 hari ni budak berdua tu berulang main air sampai 2-3 jam sekali main
Sehari 2 kali 
Kemain seronok

Bertabah la bila hujung bulan nanti bil air melambung 

Hari sabtu lepas lepas balik dari Hari Sukan Tadika alisha 
Kami ke Tesco Kajang
Niat asal hanya untuk membeli kain ela utk Fahim untuk dibuat baju melayu raya nanti

Tapi terlajak masuk ke dalam Tesco usha-usha harga
Wahh banyak promo

Paling menarik of coz la yang ni
Murah sangat-sangat
Sbb besar 




Promosi ni dari 25 april hingga 6 mei 2015
Banyak juga barang harian lain murah seperti sunsilk shampoo rm7.99 750ml





Thursday, April 23, 2015

Kejam potong ekor kucing

Minggu ni agak sibuk 
Sampai aku tak sempat nak buka blogger utk BW dan update entry baru pun aku bertangguh-tangguh
WAIT BECOME NEVER!!

tapi aku terpanggil untuk terus update entry ini bila terbaca satu status Siakap Keli di FB

aduhai sangat sedih bila baca status Siakap Keli
Seekor kucing dikerat ekornya
Kejamnya manusia yang telah menganiaya haiwan
Ekor haiwan seperti telinga manusia
Mengimbang badan
Jika manusia tiada telinga ....kita mungkin tidak boleh berjalan lurus atau tidak mampu berdiri dalam keadaan stabil

Jika luka sedikit pun sakitnya rasa seperti nak hilang suku nyawa tambahan si kucing ini hilang ekornya apa agaknya yang dia rasa ......



  

Semoga Allah balas semula perbuatan manusia yang kejam ini dan manusia ini insaf dan bertaubat.


Wednesday, April 22, 2015

Pengguna akan dikenakan Caj Perkhidmatan | Cakap tidak Serupa bikin


Ini yang aku snap pada 22 April 2015

Ini yang aku snap pada 1 Mac 2015

Cakap tak serupa bikin kan.......


Sakit hati plak aku dengar berita malam ni
Ari tu sebelum GST dilaksanakan cakap hanya satu caj je dikenakan dan caj-caj lain akan dimansuhkan 
Ni bila dah laksana lain plak jadinya
Tatau la nak cakap ape dah

Bagi alasan orang asia ni kedekut nak bagi tips x macam orang barat yang suka bagi tips 
Ayo yo itu ke yang dibincang dan pihak berwajib setuju dengan hotel dan restoren-resroren ni

Aku rasa nak menangis bila rasa macam kita semakin tertindas dengan GST yang dijanji penurunan harga tetapi yang sebaliknya berlaku bila harga dinaikan dan pembeli dikenakan GST
GST dijanji lebih baik dari SST

contoh tadi aku makan di NOODLES, RASA Alamanda 
char kuey teow sebelum ini berharga RM6.50 tetapi hari ini aku makan  dengan harga RM6.90 ditambah caj GST jadi RM7.30

kenaikan harga dan dicaj GST ... yang terasa beban ialah pembeli aka RAKYAT

memang senang bercakap jangan makan luar ..masak sendiri kalau tak nak kena GST....hmmm

Harap pihak berwajib boleh kaji dan membuat keputusan bukan hanya memikirkan keuntungan sebelah pihak.

Sampai bila pun tak abis isu ini.




Friday, April 17, 2015

Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Kaji Mumia Firaun


subhanaALLAH !!
Aku baru je tau mengenai cerita ni ....selepas dengar Al Kuliyyah jam 6.00 pm pada 17/4/2015....

Aku google dan jumpa kisah ini.....

Bagaimana seorang seorang pakar bedah perancis yang beragama kristian memeluk Islam setelah mengkaji mumia Firaun dan mengkaji Al Quran......ALLAH AKHBAR ......

jom kita baca kisah ini .... betapa Hebatnya Al Quran ....



Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

mumia ramses

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!

PLEASE “SHARE” SEBANYAKNYA..cerita kebenaran ini jika anda rasa Islam itu Agama Yang Benar..!!

http://nalurirakyat.blogspot.com/2014/02/kenapa-dr-maurice-bucaille-memeluk.html

Tu diaa kos Sekali masak makan tengahari

Hari ni aku bersiaran dari rumah
Dan hari ni jadi full time housewife 
Ce ce ce....tp syok la dok rumah gini.....gomol2 icha .... icha nk pi skool mama x bagi.....
Kesian budak yg suka sekolah tu kah kah kah
Jadi mangsa buli utk hari ni

Sblm amik fahim tadi ....ke kedai runcit dulu
Beli barang dapur 
Nak ready masak siap-siap sblm fahim si kuat makan tu balik
Kalau lambat2...naik rimas dengar die berzikir lapar...lapar...lapar...cepat...cepat....bila nak siap...bila nak siap

Barang dapur utk hari ni
5 ekor ikan pelaling
2 potong ikan tenggiri
5 batang bendi
Seikat sawi
Segengam cili api
1 asam jawa ekstra adabi
Gula2 alisha

Agak-agak korang brape kos perbelanjaan aku tadi ????
Dengan pembelian barang tersebut
5 barang zero GST
2 barang GST 








































RM 20.95

walaupun banyak beli barang tanpa GST
Tetap berbeza dengan dulu ....

So menu makan tengahari ni
Ikan bakar pemangang ajaib
Ikan tenggiri goreng
Sambal udang
Sup sayur sawi
Bendi goteng telur cikgu azrine
Sambal belacan

Ikut Saranan Pak Menteri | Jom Bertani


Demi ikut saranan pak menteri
Nk kurangkan perbelanjaan harian disebabkan gst
Dan tah bila nk dapat hasilnya ini

Jom BERTANI
bukan sekadar sihat dan dijamin selamat tanpa bahan kimia
Tapi dapat eratkan hubungan suami isteri
Bergurau senda sambil bertani
Beramas mesra ....eh eh eh beramah mesra la
Tolong menolong...manja gedik2 ketakutan bila jumpa cacing dan siput p.i.g ...
Kah kah kah





Beli benih yg dh ade buah dengan harapan dapat tuai hasil cepat...
Jimat duit bayar gst

Oh ye gunakan Basic H Shaklee sebagai pencegah serangan serangga perosak seperti ulat, penyengat dan hama daun dan lain2 serangga dan penyubur tanaman  demi dapatkan hasil yg banyak dan segar serta berkualiti



Cukup mudah digunakan
Hanya bancuh setengah sudu teh basic H shaklee dalam air dan masukkan dalam botol spray seperti ini dan sembur di semua bahagian pokok



Lebihan bancuhan basic H shaklee yg digunakan untuk mencuci sayuran, rendaman pakaian atau utk mop lantai boleh dijirus di pokok untuk menyubur tanaman

All in 1
Sangat jimat dan paling penting selamat kerana ia organik dan tanpa bahan kimia.

Basic H shaklee bukan sekadar pencuci lantai tapi ia pelbagai guna dan sebagai rawatan kecemasan....melecur 
Berdasarkan pengalaman aku....


1 botol boleh bertahan sehingga 7-8 bulan jika penggunaan yg cukup kerap

Mmg sangat jimat!!
Dengan masalah ekonomi sekarang  kena cari sesuatu yang murah, jimat dan paling penting berkualiti dan selamat.



Selamat Bertani dan ber Basic H Shaklee



Mai pm eima utk maklumat lanjut...nak harga special mai pm cepat-cepat : 0129220376






Thursday, April 16, 2015

Tempat Menarik di Kuching, Sarawak | Mira Cake House

20/3/2015


selepas ke Jong's Crocodile Farm & Zoo 
ke Semanggoh Wildlife Centre
di tempat pemuliharaan Orang Utan 
lebih kurang dalam 12 km dari Jong's Crocodile Farm & Zoo


tapi sayangnya dah hampir tutup sedangkan time tu baru pukul 10.30 am 
aku pun tak paham nape nak tutup sedangkan depan kaunter dan pagar depan tulis buka 
sememangnya hari tersebut hari jumaat 
tapi takan kot tutup awal kot 
tapi tak pe la anggap tak de rezeki nak tengok orang utan sarawak 
orang utan sabah dah penah dah tengok ...sama je kan 

cuma rasa rugi je la ...sebab dah sampai kan 

baru nk turun tangga ni 
tetiba pekerja Semanggoh Wlidlife Centre cakap dah tutup ... ceh betui la 





kami terus balik ke Hotel 
berehat sekejap dan keluar semula jalan-jalan ke Merdeka Mall dan Waterfront Kuching 


naik bot di Sg. Sarawak
kemudian kami ke seberang sungai Waterfront 
untuk makan malam dan singgah di Mira Cake House

kami menaik sampan tambang ini 
dengan hanya RM0.50 sahaja seorang pada waktu siang 
dan malam RM0.70 

tak sampai 2 minit dah sampai ... baru nak duduk dah sampai 
laju betul
 


MIRA CAKE HOUSE 

 yang terkenal sini  adalah Dayang  Salhah 
tapi kami tak pergi pun ke kilang dan kedainya 
agak malas .... sbb dah byk dah jumpa kek lapis kat tepi jalan 

lagi pun Mira Cake House ni PM telah datangdan rasmi sempena Perasmian UTC Kuching Bulan Februari yang lepas 



 sbb time kami datang ni dah pukul 8.30 pm lepas makan malam di Food Court Seberang Waterfront 
banyak yang dah kosong abis 
tapi kami beli jugak la sbb nak bandingkan dengan yang kami dah beli


so 3 jenis yang kami beli ari tu 
Hanee, Mira dan  tak berjenama
tp tgk yg tak berjenama tu lagi elok dan kemas susunan lapisannya 


tp untuk dapatkan pilihan kepelbagaian rasa dan pilihan boleh ke Mira Cake House dan paling penting dekat je ...seberang sungai je pun

Wednesday, April 15, 2015

Tempat Menarik di Kuching, Sarawak | Jong's Crocodile Farm & Zoo

20/3/2015

awal pagi lagi kami dah bangun dan pergi sarapan di Mom's Laksa Cafe sebelum bergerak ke 
Jong's Crocodile Farm & Zoo

yang terletak di 

18, ½ Mile Kuching-Serian Highway, Sarawak, 
93250 Kuching, Malaysia

No. Tel : +60 82-863 570

lebih kurang jarak perjalanan dari Bandaraya Kuching Utara ke sini adalah 45 minit ke 1 jam bergantung pada trafik. Kerana hanya 1 jalan sahaja untuk ke sini dari Kuching.
jalan persekutuan tiada lebuhraya.


DIBUKA SETIAP HARI 
9.00 AM - 5.00 PM

HARGA TIKET DEWASA : RM 16
HARGA TIKET KANAK-KANAK :  RM 8




peta lokasi  Jong's Crocodile Farm & Zoo
mmg agak besar dan berpeluh nak berjalan 
bukan hanya ada Buaya sahaja terdapat mini zoo yang menempatkan haiwan-haiwan seperti
beruang matahari, siamang, memerang, spesis ular, kura-kura, coockatoo, nuri, tupai dan lain-lain lagi 



terdapat pelbagai spesis buaya di sini dan pelbagai size 
tetapi yang paling menarik perhatian aku adalah No Tail Crocodile ni 
mmg agak unik 
samada dilahirkan cacat atau memang ada spesis ini aku tidak pasti sbb aku terlupa plak nak amik gambar info mengenai buaya ini 


sekeluarga pakat dok tgk buaya 
credit:  Sha



berehat sebentar kat tengah Jong's Crocodile Farm & Zoo ni 
hilang penat ..amik tenaga sebelum nak teruskan jalan-jalan

spesis ular di sini 

menuju ke Crocodile Feeding Farm





 Tasik Arapaima 
yang tak nampak Arapaima sebab penuh ngan pokok lotus



Kolam Teratai dan Arapaima

agak-agak korang berani ke berdiri lama atas pelantar ni ???
nampak usang dan reput 
bawah dan dalam air tu ada arapaima
ikan yang besar-besar yang juga dikenali sebagai ikan naga 


mana Arapaima ...mana Arapaima ???
hehehe 


di sini juga dibiarkan burung merak, ayam, burung-burung dan itik bebas tanpa kurungan 
tetapi tidak sejinak burung-burung di Kuala Lumpur Bird Park
tetapi jalan sila tengok bawah jika tak mau kasut berbau taik ayam ... keh keh keh


kebanyakan buaya di sini di tangkap oleh pemilik dan ada antara buaya ini telah di tangkap sejak tahun 1990an
mmg ckup besar dan nampak ganas 
tak pasti brape kilogram ayam die makan sehari!!