Friday, May 29, 2015

Alisha Pergi Rombongan Tadika

29 Mei 2015

hari ni tadika Alisha buat rombongan di Putrajaya 
Lawatan di Taman Botani, Taman Wetlands dan Cruise Tasik Putrajaya

semoga perjalanan Alisha dan kawan-kawan dipermudahkan, selamat dan lancar
semoga anak-anak ini juga dengar cakap teachers 
InshaaAllah

ai mak-mak ni memang risau sikit 
almaklumla ini kali pertama Alisha ikut rombongan 

InshaaAllah akan jadi pengalaman yang berharga dan menggembirakan untuk Alisha

Fahim pun excited bila tahu yang adik die akan ikut rombongan 
sbb tempat yang menarik untuk budak-budak 
Taman Wetlands ...dapat tengok Hippo, Buaya dan bagi makan ikan
memang kami selalu bawa diorg ke sini tapi pengalaman pi dengan kawan-kawan tu lain kan 

Cruise Tasik Putrajaya ...waaahhh mama pun tak penah naik lagi tau 
Fahim is jealous .... icha naik cruise 
tak pe nanti kita naik ye .... mana check dulu harga tiket dan cara-caranya
nampak tu dah 11 tahun dok sini tapi tak penah naik cruise 
untung la Alisha 


mama doakan awak selamat dan  bergembira 


Tadika Icha sewa bas Nadi Putra rasanya 
akhirnya Alisha merasa naik bas 50 sen ni 



selamat bergembira mylil angel !!

full update rombangan alisha minggu depan selepas dapat semua gambar dari teacher's alisha
dan bagi full details mengenai rombongan budak2 ni 
lagi pun bahaya kalau ade penculik ke .... pedofilia ke baca entry ni 
tak pasal merisiko budak-budak comey ni 





Thursday, May 28, 2015

Hotel Murah di Perlis | Review Fyna Motel Mesra OKU

14-15 Mac 2015

bulan Mac 2015 yang lepas aku ke Perlis untuk menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu aku dan sekali harung ke Wang Kelian bershopping barang siam

kami menginap di Fyna Motel 
 motel ini menyediakan kemudahan bertaraf hotel 3 bintang 
sangat selesa dengan kemudahan dan fasiliti  yang disediakan serta staf yang sangat peramah 
keadaan hotel yang sangat kemas, bersih dan perabot yang baru 

Fyna Motel ini juga mesra OKU
kemudahan yang disediakan hingga ke dalam bilik penginapan adalah sangat mesra OKU
fasiliti yang disediakan dan ruang yang luas di laluan serta susunan perabot di dalam bilik sangat mesra OKU 
ruang di dalam bilik yang luas memudahkan OKU yang menggunakan Kerusi Roda untuk bergerak 
ruang bilik air yang luas dan mempunyai kelengkapan khas untuk OKU juga disediakan 

harga bilik termasuk dengan sarapan pagi
bersarapan pagi di Cafe yang selesa dan mempunyai suasana yang ceria 
pilihan makanan juga menarik dengan kadar yang dicaj


erti kata lain Fyna Motel ini sangat selesa untuk orang awam dan OKU 

Kadar Bilik juga sangat berpatutan 
harga bilik termasuk sarapan pagi 

kadar bilik jenis Deluxe RM160.00 pada hari minggu 


bangunan luar Fyna Motel
ruang parking yang banyak 

gambar Deluxe Romm dari web motel fyna

hiasan dan susunan Deluxe Room kami  

bilik air yang sangat mesra OKU 
kelengkapan seperti tandas OKU

TV LCD with Astro Channel

Kemudahan Iron disediakan di laluan ke bilik-bilik 

ruang rehat juga disedaiakan 

oh ye di Motel ini walaupun hanya 2 tingkat perkhidmatan lift disediakan 
bestkan hotel bajet tapi ade lift

Sarapan pagi di Cafe disediakan 
ruang kafe yang agak terhad tetapi ceria dan bersih


Cafe
gambar cafe dari web Fyna Motel


Sarapan yang disediakan agak menarik dan mempunyai pilihan dari segi makanan , minuman, kuih, muih dan pencuci mulut
menu pada hari tu nasi goreng, kueh teow  goreng, nugget, telur mata, donut, kaswi, buah anggur hitam dan hijau, air jus epal, susu segar, kopi & teh dan bijirin sarapan pagi 

gambar tray makanan aku tak ambil orang tengah ramai 


ruang lobi dan kaunter reception yang sangat kemas dan cantik 

sofa english style


hiasan lebih kepada english style 

ruang rehat di kawasan luar hotel 


Lokasi :

FYNA MOTEL
Owned by: AMD Mega Sdn. Bhd. (1032785-W) 
No. 6, 8, 10, Jalan Satu, Taman Desa Repoh, 
Jalan Kangar-Arau, 02600 Arau, Perlis. 
Tel/Fax: +604-9766 175 
HP: 011-12564900



Recommended by me 
kalau korang yang masih mencari hotel yang selesa dan bajet yang kurang di Perlis






Wednesday, May 27, 2015

Dari Jauh Kami Datang | Kenduri Sepupu

hari ni nak cerita sikit pasal cerita bulan Mac 2015
punya la dah lama baru nak cerita 
almaklum la sejak dok opis baru ni 
ai is a lil bz dan suka sangat bertangguh nak buat entry 
kalau dulu kat rumah memalam layan HP .... draft entry 
tapi sekarang non hado 
dalam dok pegang HP tengah dok baca Komik Hikayat Maharaja Qin tu aku boleh terlena 
sedar-sedar dah pukul 3.00 am 

nampak tu Allah kejut suruh bangun tahajud ...... tapi setan lagi kuat .... adui la 

banyak malam dah aku termiss makan nasi 
mampuih kuruih la lagu ni 
bukan tak nak makan time budak2 i tak tido lagi 
mama makan tak kenyang kalau diorg ni ada 
time tu la ade yang berak la, nk tumpang nasi mama, nak itu ini 
so solution nya aku suka tunggu diorang dah tido baru aku makan kaw-kaw 
tapi kalau aku sama tertido jawabnya tak makan la.....

selalunya anak-anak ngan abah diorg je makan ...aku tengok diorg makan sambil suap icha makan
pas ni kalau aku suka lagi tertido sebelum makan aku... kena ubah la cara  makan aku ni ..... bahaya ni dah la dekat dengan puasa ... sblm puasa ni la nk ternak isi dan lemak .... yang bakal susut semasa bulan puasa nanti .... seperti biasa bulan puasa berat aku akan susut sehingga 3-4 kg dlm sebulan dan nak naik 3-4 kg ni adalah perkara paling susah nak dicapai ...... pheeewwww


tu dia ape yang aku melalut ni ..... aku nak cerita pasal kami pi perlis la !!


_________________________________________________________




lepas check out kami terus ke Rumah kenduri ...penat berjalan membeli kat Wang Kelian tak abis lagi
kelam kabut

rombongan pengantin lelaki


ape la icha nengok mama tu ...kuikui 
nampak tak betapa tingginya enPanjang ... dok kat bawah masih die lagi tinggi dan besar 
tenggelam pengantin 
pengantin lelaki ni adalah adik sepupu kesayangan aku yang aku anggap seperti adik kandung aku 
anak kepada maksu aku ...iaitu adik arwah mak aku 
nape aku sangat sayang sgt dengan pengantin lelaki ni 
sbb waktu die berusia 1 tahun 2 bulan ayah die iaitu arwah paksu aku meninggal dunia sbb eksiden moto 
so azam ni panggil abah aku sebagai abah, menumpang kasih sayang  ...dan aku membesar bersama dia .... sbb tu aku sayang lebih sikit sepupu aku yang ni .....
dan maksu aku menamatkan zaman bujangnya selepas azam berusia 18 tahun 
ibu tunggal selama 17 tahun .... i adore u maksu !!

lauk kenduri simple je 
tapi sedap baq hang ..... lauk kampung ja 


ikan masin talang masak sambal ...Thumb up!!
kurma daging tu sedap ....


kami tak lama pun kat kenduri 
abis makan beradap pengantin kami balik 
sbb nak pi Bukit Kayu Hitam 
almaklum la tak penah sampai ...nama je orang kedah .....
kami lalu jalan belakang dr Perlis ke Changloon 
jaraknya lebih dekat dan tak sesak 

si kecik yang mentido tiap kali masuk keta .... 

nak ke bukit kayu hitam pun kena melalui Kompleks Imigresen jugak 
so bertabah la berjem kat sini nak patah balik dah tak boleh dah 

rupanya.. Bukit Kayu Hitam ni dah tak se gah namanya
kat sini memang dah tak maju dan banyak kedai tutup 
buat penat je datang ...katanya akan dibuka satu kompleks baru untuk peniaga2 di sini 
masuk jem berejam ... nak keluar pun jem berejam jugak bertabahlah 

dari bukit kayu hitam terus ke SP rumah  abah aku 
malam kita pekena Char Kueh Teow


oh ye ... ni gambar semasa kenduri di Langkawi 
kebetulan pada hari kenduri ada pertujukan LIMA 2015
dan timing diorg tengah dok photoshoot tu ade show tgh dok buat asap love tu 
vavavava dan gambar ni hot jugak jadi viral kat fb.  siakap keli dan friend of barisan nasional share kat  page diorg 
maybe photografer diorg kot yg share 
lokasi gambar diambil di belakang rumah tok aku

aku tak dapat balik time ni sbb flight aku sama tarikh ngan kenduri die 
ok la tu kan attend jugak yang belah pompuan kan ....


walaupun dah hampir 2 bulan diorg kawen 
sempat lagi kot aku ucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia hingga ke jannah 










Tuesday, May 26, 2015

Syurga Shopping Barang Siam di Wang Kelian, Perlis

15/3/2015

bulan mac 2015 yang lepas aku sekeluarga ke Perlis 
untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku tapi belah perempuan 
sbb aku tak dapat balik ke Langkawi sbb majlis perkahwinan sepupu aku tu taikh sama aku fly ke Kuching 

Wang Kelian, Perlis 

ini adalah kali pertama aku ke Wang Kelian walaupun aku adalah orang kedah 
dan jarak Perlis dengan kampung tok aku yang terletak di Gunung Keriang, Kedah 
tak jauh pun cuma jalan agak jem bila hari biasa

baru aku tau yang jalan dari Arau ke Wang Kelian ni berbukit bukau 
ingatkan jalan kampung biasa je '
rupanye macam nak naik genting cuma tak setinggi genting je 

setiap hari sabtu ahad boleh terus masuk tanpa check in kat kaunter imigresen Thailand 


aku memang dah berjanji dan niat nak beli apa-apa mainan yang budak-budak ni suka kat sini 
so pilih je la ...mama bayar selagi tak over budget

dok pujuk fahim suruh beli helicopter control ni tapi budak tu tak mau la plak 

banyak la jugak mainan tapi harga kena pandai bargain la .... klu tak rugi lagi 

banyak porch bag yang sama design macam yang kami beli kat Vietnam tapi low quality 
made in Vietnam lagi cun quality nya 


panjang betul pasar ni 
kami berjalan separuh je sebab nak kejar masa untuk check out hotel dan nk pi kenduri kawen sepupu aku 

abaikan aku pakai tudung kontra gitu 
malas nak mengodek tudung dalam beg sarung je ape yang ada ....kah kah kah 

askar jaga sempadan 

kami tak beli ape sangat pun
belikan budak-budak ni mainan ape yang diorang nak, ikanbilis, dan tilam single kekabu

kami kat sini dalam 2 jam tapi tak dapat ronda sampai hujung 
agak2 dalam 4 jam kot klu nak jalan sampai ke hujung 

kat sini mmg syurga tilam kekabu, beg2 ciplak, periuk belanga, baju bajan jersey 
boleh datang lagi la nanti

cuma yang tak best nya bila matawang RM jatuh 
peniaga di sini adalah kebanyakan orang siam yang asek dok ulang bila kita minta tawar 
DUIT MALAYSIA jatuh ....DUIT BAHT tinggi ...kalau bayaq ngan duit baht ok boleh kurang 

tapi agak menyakitkan hati membeli sini seperti kita oarang Malaysia ni dihina berulang kali bila dok sebut duit Malaysia rendah ..... 

dahulunya RM adalah lebih tinggi dari baht tahun lepas sama nilai .... tapi sekarang ni .... kita lebih teruk dari Thailand ....

hmm harap-harap bila matawang kita dah naik .... mood nak membeli akan lebih syok 

Monday, May 25, 2015

The Best Char Kueh Teow in SP Town | Bang Chik Char Keow Teow Telur Dibasuh

kami setiap kali balik ke rumah abah aku kat Sungai Petani 
memang harus cari Char Kueh Teow (CKT)
makan kegemaran Fahim dan enPanjang 

buat masa ni CKT paling sedap in SP Town 
harus la Abang Chik Char Koew Teow Telur basuh 

udang yang fresh dan rasa yang terbaik 
dulu aku dah penah review gerai ni 
rasa tetap sama  macam dulu 




CKT malam tu 
nampak huduh gini tapi rasanya memang terbaik 



gambar dari entry 2011

memasing tengah menunggu ketibaan CKT 

memang dalam sejarah sbb icha dapat habiskan satu pinggan CKT pada malam tu 
sama ada sedap di tekak die atau die terlalu lapar 
letih bershopping di Wang Kelian Perlis siang tadi 

 budak ni dari memula sampai .... dari sebelum order ...
asik sebut lambatnya ...lambatnya 
dah tak sabar sangat nak makan CKT idaman hati 

malam tu fahim makan 2 pinggan CKT 
puas hati die 


memang wajib singgah sini bagi penggemar Char Kueh Teow 
terbaik dari segi rasa dan harganya 




Lokasi :

lebih kurang 2 km dari Central Square Sungai Petani 
bersebelahan dengan Petron Jalan Bakar Arang


lebih kurang 3km dari plaza tol Sg. Petani Selatan menuju ke Bandar Sg. Petani 

Friday, May 22, 2015

Pisang Kembar


Selalunye jumpa telur kembar, bawang putih kembar dan bawang kembar

Tapi kali aku jumpa pisang kembar
Menarik betui
Ini pertama kali





Untung tau tau makan pisang ni
Bayar 1 dapat 2

Tapi aku tak makan pun
Aku cuma gigih amik gambar je 

Korang penah jumpa yg kembar-kembar ni??




Thursday, May 21, 2015

Jom Uji Minda Anda 1

hari ni agak bz 
dan firefox buat hal 
so mood agak merundum tapi BW berjalan seperti biasa 


jom kite ujian minda hari ni 


agak-agak korang berapa jawapannya 

jom gegarkan otak secara sihat 



Wednesday, May 20, 2015

Joint aktiviti bersama Tadika Alisha | Say No to Cavity

pagi ni ada Ceramah Kesihatan Gigi di Tadika Vonad anjuran Klinik Pergigian Presint 18/9 Putrajaya

Ibu-bapa dijemput hadir untuk memberi kesedaran betapa penting penjagaan kebersihan mulut dan gigi

Budak bad mood 
Memang suka mengada-ngada kalau mama is around 

Puppet Show by Dental Nurses

Budak manja teacher...
Selamba die pi berdiri atas teacher macam tu nak tengok puppet show

Hari ni juga ada sesi pemeriksaan gigi untuk semua murid tadika vonad
Alisha ni memang penakut ...adoi la

Tengok tu erat die peluk tak nak baring atas kerusi 

Puas juga nak pujuk die

Paling senang bagi mama yg pangku
Haaa ok je die nganga untuk misi check gigi

Pengaruh cite Mr. Bean la ni
Yang animation dan real tu buat budak jadi penakut

Done!!
Dapat badge Senyuman Manis dan belon
Hepi sangat die


Semoga mama akan lebih gigih menjaga kebersihan mulut dan gigi alisha dan fahim 
Dan slisha juga lebih rajin tanpa banyak songel untuk berus gigi setiap hari






Ahli keluarga Baru kami yang Comel

Alhamdulillah semalam dapat anak buah baru
Tahniah kepada adik ipar dan isteri atas kelahiran zuriat pertama
Baby boy seberat 2.78kg

Biras aku tu 4 hari lg nk masuk 38w
Waktu checkup untuk book spital untuk bersalin hari sabtu lps
Gynea bgtau yg baby besar dan jalan dah buka 3cm
So smlm kena serah diri kat spital
Contraction xde tapi jalan dah buka 
Nak tak nak kena induce 

Lebih kurang pukul 11.00am lepas aku call biras nk bg semangat dan petua supaya dia tak la rasa nervous sgt utk kali pertama ni

Pukul 2.00pm lebih dah bersalin dah
Waahhh cepat ...bdnnya lbh kurang size aku....sgt aktif mcm kakak biras die ni
Alhamdulillah dipermudahkan proses bersalin die

New family members
Welcome to the world si comel

Gynea kate baby besar tapi berat die sama mcm fahim waktu lahir dulu 2.78kg
Kadang kala mesin pun boleh salah kan.....


Note: cerita majlis perkahwinan adik ipar ni aku x up pun dlm blog ....lupa ...betapa gigihnya kakak ipar die menjaya majlis perkahwinan adik bongsu ...ai kan xde adik so adik enPanjang mmg aku syg mcm adik sendiri.