Tuesday, June 30, 2015

17 Hari Lagi Nak Raya !!

17 Hari Lagi Nak Raya !!
fahim cakap .... setiap hari tiap kali aku jemput die balik sekolah ....
ape tah yang diborak dengan kawan-kawan die kan 
gembira betui anak bujang tu .... dah 13 hari puasa penuh 




bulan puasa ni aku mati kutu kejap nak update blog 
sebenarnya banyak betui entry tertunggak entry cuti sekolah hari tu pun banyak 

so korang kena rajin update sebab aku sangat suka blogwalking 
kadang-kadang sempat tinggal jejak ... kadang tu tengah syok dok baca ade plak orang datang terus lupa nak komen ... huhu

persiapan raya untuk anak-anak dah lama dah siap 
sebelum raya lagi kami dah beli 
malas nak bersesak-sesak 
baju baju mak pak sedondon anak-anak pun dah beli dah minggu lepas
baju raya sorg sehelai je 
kami memang tak pakai sangat baju kurung/melayu 
pakai pagi raya je 
pi jalan rumah orang ai pakai jeans ngan blouse ...kuikui



alhamdulillah ...masih kekalkan tberbuka makanan homemade 
kalau jemu masakan sendiri berbuka kat luar terus 
nak ke pasar ramadhan ai is malas 
makanan bukannya sedap pun ...kebersihan belum tertentu terjamin 
hari pertama tu je ke pasar ramadhan dekat ngan rumah MIL 
untuk beli pesanan ipar duai 
pastu beli roti john ...tukang bungkus roti john kuku jari panjang seinci 
kuku ibu jari dan kelingking 

putus selera .... esoknya aku buat sendri roti john 
bukan susah pun ... tak sampai 10 minit termasuk menumis rencah dagingnya
hari ni dah 13 Ramadhan 1436H dah 
sekejap je kan 




__________________________________________________________



Shaklee tawarkan nilai hebat untuk SET KULIT CANTIK sempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang
Vita-C Plus & Vita E Complex 
untuk anda semua 

HARI INI hari TERAKHIR untuk Tawaran Supplement Kulit Cantik ni 
jangan lepaskan peluang nikmati nilai yang hebat bersyarat ini 
syaratnya cukup mudah jimat berpuluh ringgit tau .. bukan sikit-sikit jimatnya 

cepat-cepat PM eima 

dan tawaran paling best adalah percuma Vita-Lea bernilai RM94 dengan mendaftar Ahli RM69 dan membuat sebarang pembelian apa-apa produk Shaklee 

Untuk maklumat lanjut dan harga meletup boleh hubungi eima : 0129220376



Monday, June 29, 2015

Tarikh Tukar Duit Raya 2015



seperti tahun-tahun lepas aku akan share tarikh tukar duit raya di Putrajaya 


jom kita tengok tarikh-tarikh tersebut


Tarikh Tukar Duit Raya di Putrajaya 2015

Bil.
Bank
Tarikh Mula Pertukaran Duit Raya
1.     
BIMB
29 Jun 2015
2.     
Bank Muamalat
29 Jun 2015 (pemegang acc shj)
3.     
Maybank Berhad
30 Jun 2015 (9.15 am – 12.pm)
4.     
AmBank
1 minggu sebelum Raya
5.     
CIMB
2 minggu sebelum Raya
6.     
Public Bank
30 Jun 2015
7.     
Bank Rakyat P.8
29 Jun 2015 (8.15am – 12.00pm)
8.     
Bank Rakyat P.15
25 Jun 2015
9.     
Bank RHB
Belum ada maklumat
10.  
BSN
Belum ada maklumat
11.  
Affin Bank
29 Jun 2015


kebanyakan bank di Putrajaya dah start pada hari ni 
sesiapa yang dah ada cash boleh terus gerak ke bank-bank yang berkenaan untuk tukar duit tengah hari ni 

harap bank hari ni tak sesak 

Jom pi Tukar Duit Raya dan selamat beratur


Saturday, June 27, 2015

Serunding Kelantan Dijamin Sedap

Hanya tinggal lebih kurang 20 hari lagi kita akan menyambut syawal...kemeriahan telah terasa...
Shopping complex sungguh meriah ... semua pakat keluar mencari baju raya....

Kuih-kuih raya pun ramai yang dah tempah
Kebanyakkan persiapan raya ramai yang dah start beli sejak gaji masuk..

Serunding untuk makan dengan ketupat di pagi hari raya korang dah beli ke belum??
Kalau hilang selera di pagi time sahur makan dengan nasi panas-panas pun membangkit selera

Kalau belum mai aku nk promote serunding homemade Kampung Laut Kelantan oleh Puan Alia seorang ibu tunggal yang mencari pendapatan dengan menjual serunding dan produk makanan lain  yang berasaskan serunding 


 Serunding Daging

Serunding Ikan


Serunding Ayam



Mini Popia

Mini Karipap



Produk : 
serunding daging tempatan 250 gram RM18 serunding ayam 250 gram RM18 
serunding ikan 250 gram RM12 
mini karipap RM32 sekilo 
mini popia RM32 sekilo


Untuk order boleh hubungi puan alia melalui whatsapp 0129218016 atau boleh jengah ke blog  atau FB pn Alia

Marilah kita sama-sama membantu Puan Alia seorang ibu tunggal ...tambah-tambah nak raya ni banyak nak guna duit dan untuk membesarkan anak-anaknya. 

Apa ertinya syawal jika kita melupai dan mengabaikan kesusahan orang lain....


Friday, June 26, 2015

Shopping Raya di Lazada 2015


Lazada Malaysia akan mengadakan jualan eksklusif raya selama sebulan bermula 11 June hingga 15 July 2015  dan SPECIAL "Riang Ria Raya - Jualan Terhebat" bermula 24 June hingga 26 June 2015 iaitu 24 hari sebelum perayaan Syawal. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 3 hari untuk membantu persiapan raya nanti. 

Boleh mula shopping raya dengan klik Riang Ria Raya 2015 :
Dapatkan apa yang di inginkan untuk musim perayaan ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen koleksi raya, barangan rumah untuk dekorasi raya. Meriahkan raya anda dengan Lazada!  

Boleh mula shopping raya dengan klik Riang Ria Raya 2015 : 



bila tengok hadiah yang ditawarkan aku terus rasa nak try la ....
syok gile kalau dapat Gopro 4 ...tak dapat GoPro 4 dapat duit raya pun best ....

aku memang suka contest ...suka mencuba nasib ...mana tau berjaya ...melaram sakan .... 


website LAZADA ni memang aku selalu usha ...syok tengok macam barang dalam tu paling besh barangan elektrik dan baju-baju ...cun cun ....
ni salah satu baju yang aku suka sangat-sangat .... boleh tambah koleksi baju raya aku ...melaram sakan time berkunjung ke rumah sanak saudara 







hari minggu yang lepas sedang syok dok vacuum rumah tetiba je bau hangit rupanya Vacuum aku yang dah berkhidmat selama 5 tahun dah rosak ...so aku memang tengah dok sediakan bajet untuk beli vacuum baru .... buka kat Lazada.com.my terjumpa vacuum kuning yang comel ni ...... murah plak tu ..... 




budak berdua kat rumah tu sangat behave sesangat sekarang ni .... Fahim pun tak tinggal lagi puasa .... Alisha pulak sangat-sangat memberi kerjasama time mama memasak untuk berbuka dan berbuka puasa dengan aman dan budak susah makan tu skrg ni sangat selera makan time sama-sama berbuka puasa ...macam die pulak yang puasa ....
so aku nak reward budak ni .....satu untuk fahim satu untuk alisha...








hadiah yang ditawarkan sangat-sangat memberansangkan 


Tempat Pertama  : Gopro 4
Tempat Kedua      : Duit Raya Cash RM150
Tempat Ketiga      : Duit Raya Cash RM100
3 x Duit Raya Cash RM50
aku klu dapat GoPro 4 ni ... memang penuh wall dan IG ngan gambar selfie aku ...kuikuikui

teruja tak ..... kalau korang nk try nasib boleh try di sini  RIANG RAYA LAZADA 2015.. click link Riang Ria Lazada 2015.......
wish me luck !!



Thursday, June 25, 2015

Bangunan Kerajaan Presint 1 Putrajaya Takde Aircond

Fuhhh... lap peluh ....
hari ni hari kedua opis aku berpanasan 
memang dugaan bulan Ramadhan betul la 
memang rasa sesak nafas, tak cukup oksigen, rimas, panas, pening abis semua la 
dengan bau hapak... berkepuk lagi dalam bilik ... bau karpet paling kuat sekali
bukan la merungut tapi mengeluh je 
bila agaknya dah siap maintenance repair paip bawah tanah main cooler aircond untuk presint 1 ni 
dengar cerita Everly Hotel & Alamanda turut terjejas 

dimaklumkan mungkin sehingga 26/6/2015 masalah gangguan penyaman udara akan berlarutan di Kompleks A, B, C, D & E presint 1 Putrajaya

Yang aku tak paham kenapa mesti guna main cooler untuk seluruh presint 1
Cuba bayang jika ada terrorist atau pengkhianat atau orang yang cuba sabotaj ...melepaskan sesuatu gas beracun atau toksik ke dalam sistem penyaman udara....agak-agak ape yg bakal terjadi keseluruhan kompleks-kompleks kerajaan dan bangunan yang menggunakan sistem ini....

Kompleks A jabatan perdana menteri juga....
Tapi x pasti la kalau bangunan perdana menteri kita menggunakan sistem ini

Semua mati???
Semua sakit??
Semua cacat otak???

Bayangkan.....


bertabah la ....


kesiannya anak-anak di taska di semua kompleks kerajaan presint 1 
semalam dengar cerita dari rakan-rakan sepejabat 
anak-anak di taska menangis je 
sebab tak tahan panas 

kami yang dewasa ni pun tatahan ni kan pula anak-anak kecil 

pagi ni aku akan ke sekolah fahim untuk report card day 
dan petang ni tatau la bertabah ke tak ...nak datang kerja


Wednesday, June 24, 2015

Fenomena Roller Sneaker 2015

fenomena kasut beroda zaman kecik-kecik aku dah kembali lagi
dulu-dulu aku pun ada sepasang 

aku pun tak pasti mana budak berdua aku tu boleh tahu pasal kewujudan kasut beroda atau lebih dikenali sebagai Roller Sneaker ni 

hari-hari berbunyi nak 
ok nanti mama belikan berjanji kosong sebenarnya 
sebab aku pun tak sure kat mana yang ada jual 
kebetulan buka blog & FB Mrs.K si dealer ephyra putrajaya tu 
rupanya hubby die Mr.K ade jual roller sneaker ni 

tunjuk kat fahim dulu 
si Fahim setuju aku order satu dengan Mr. K 
dan Alisha punya aku beli di BATA Alamanda jenama bubblegummers harga RM85.00 
dan Fahim punya dengan Mr. K 
boleh tengok jenis dan corak di blog Mrs. K 
harga dijamin lebih rendah 



kemain suka dua beradik ni dapat kasut pra raya ... 

tapi nk kena praktis lagi budak2 ni pakai roller sneaker 
sbb tak pandai imbang badan lagi ....
sangat comel dan kelakar tengok diorg bila tengah nk meluncur ....





Tuesday, June 23, 2015

Bawang Kembar Siam

semalam berbuka di rumah kami, berempat je ....
alhamdulillah kenyang 
walaupun simple je 
aktiviti memasak semalam dalam keadaan cukup rileks je tak terkejar sebab juadah kami mudah sangat-sangat 

mee goreng basah penuh ngan daging, ayam, udang & sotong 
cucur kurma 
homemade roti john
ayam masak kicap untuk fahim 

semua juadah tu simple gile tak perlu nak terkejar2 
pukul 6.45 baru aku start memasak 
pukul 7.00 pm goreng mee .... risau mee tak basah lg dah klu goreng awal 

gambar memang aku tak amik la ...sebab dah siap masak siap hidang azan berkumandang 

hari ni gayanya berbuka kat luar.... malam karang nak pi beli barang basah dah abis dah 
malas nak pi pasar ... sbb tukang bayar dan tukang angkut pi kerja 


semalam time dok kupas bawang 
aku jumpa bawang putih kembar siam 
tapi tak la aku guna untuk memasak 
tapi excited je lebih 


dah kupas kulit ade lagi satu kulit kat dalam
 jakun kejap 
hahahhaa 




orang tua cakap nak anak kembar makan makanan yang kembar-kembar  macam ni 





___________________________________________________________________


Shaklee tawarkan nilai hebat untuk SET KULIT CANTIK sempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang
Vita-C Plus & Vita E Complex 
untuk anda semua 



dan tawaran paling best adalah percuma Vita-Lea bernilai RM94 dengan mendaftar Ahli RM69 dan membuat sebarang pembelian apa-apa produk Shaklee 

Untuk maklumat lanjut dan harga meletup boleh hubungi eima : 0129220376

Monday, June 22, 2015

Nikmat Berbuka Puasa Bersama Keluarga

syoknya cuti 2 hari 
berbuka puasa ramai-ramai dengan keluarga mentua 
meriah sangat ... berbaloi walaupun agak penat 

hari sabtu  MIL masak bubur lambuk pantai timur & kueh tiau goreng udang dan juadah dari param 
sebab menantu yang rajin menolong lambat sikit sampai  aku le tu
enPanjang kerja dan nak pi mendaki bukit kat taman rumah aku ni ..mecari daun pucuk paku merah 
bahan asas dan paling penting dalam bubur lambuk pantai timur 


hari ahad semua juadah adalah homemade with love dari aku, MIL dan SIL 
dari pagi dah start bantu sikit2 dah MIL buat kerja 

menu berbuka semalam 
Laksam - 75%
Mee Sup Tulang - 65%
Carbonara
Karipap - 50%
Roti John - 100%
Kuih Bom inti ikan
agar-agar roti
Kek Besday 

semua homemade dan hanya kek je beli ....
yang ada % tu semua aku yang tolong ...kuikuikui

roti john kecik guna roti hotdog 
kalau ade sos cheese tu lagi sedap kot 
yang ni tak sampai 5 minit pun nak buat ...
dekat2 nak berbuka baru aku masak .....


aku memang tak tak pandai kelim karipap klu guna acuan pandai la cuma bila goreng suka terbuka dalam kuali
semalam puas jugak mil aku ajar ... hahaha 
mula-mula tu memang tangan kayu betui aku ni
bila dah dapat rentaknya ... ok cuma kena perbaiki cara kelim supaya kemas lagi le 


Fahim pun dah 4 hari puasa penuh 
budak tu memang tak banyak songel .... tidur tak payah ... kerjanya main je 
kuat betul la .... dulu-dulu waktu aku baya si Fahim ni 
banyak melepek dari bangun 

Alhamdulillah berkat mama istiqomah bagi Mealshakes campur susu setiap lepas sahur 
alhamdulillah demi sekesihatan anak-anak berbelanja lebih sikit tak ape la 


lepas berbuka sesi anak-anak bermain bunga api 
gembira betui diorg 
seronok rasanya jadi kanak-kanak 

ramai lagi korum diorang ni ... tapi gambar dalam HP aku cuma ni je 
HP enPanjang banyak



----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shaklee tawarkan nilai hebat untuk SET KULIT CANTIK sempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang
Vita-C Plus & Vita E Complex 
untuk anda semua 



dan tawaran paling best adalah percuma Vita-Lea bernilai RM94 dengan mendaftar Ahli RM69 dan membuat sebarang pembelian apa-apa produk Shaklee 

Untuk maklumat lanjut dan harga meletup boleh hubungi eima : 0129220376





Friday, June 19, 2015

Projek Tengah Hari | Kuih Tepung Pelita | Resepi

Projek lunch hour hari ni

Kuih Tepung Pelita


Buat kuih yang mudah tapi sedap dimakan
Nak jimat masa dan tak nak buat yang remeh dan memenatkan

Bahan yg mudah dan ada di rumah
Tak sampai setengah jam pun nk buat kuih ni
Memang mudah sangat



Jom tengok resepi kuih tepung pelita bagi 10 bekas dadih kecil


TEPUNG PELITA

Bahagian bawah (hijau) 

2 cawan tepung beras
2 setengah cawan air
Setengah cawan gula pasir
1 sudu kecil pewarna hijau pandan

** kalau daun pandan boleh blend dgn sedikit dan ambil jusnya utk bau wangi dan sedap

Cara-caranya:

1. bancuh semua bahan.
2. kacau hingga sebati dan larut.
3. tuangkan di dalam periuk masak hingga pekat, likat dan berkilat.
4. kacau dengan kerap untuk pastikan tepung masak sekata dan tidak berketul.
5. tuangkan di dalam bekas dadih yang telah di isi gula pasir sebanyak separuh sudu.


Bahagian Atas (putih)

2 sudu tepung beras 
2 cawan santan 
1 sudu kecil garam

**saya gunakan santan kotak , saya larutkan separuh kotak untuk dijadikan 2 cawan santan.

Cara-caranya:

1. bancuh semua bahan.
2. kacau hingga sebati dan larut.
3. tuangkan di dalam periuk masak hingga pekat, likat dan berkilat.
4. kacau dengan kerap untuk pastikan tepung masak sekata dan tidak berketul.
5. tuangkan di dalam bekas dadih yang telah di isi dengan bahagian bawah(hijau)

**selepas disejukkan boleh dimasukkan di dalam peti ais untuk rasa lebih sedap




untuk pastikan tepung telah masak sekata ia berkilat, pekat dan mendidih meletup buih yang besar2


selamat mencuba 

Membazir Masa di Genting Highlands

07/06/2015

Genting Highlands 

awal pagi kami dah gerak ke Genting Highlands 
musim cuti sekolah memang niat nak bawa anak-anak berjalan je .... kebetulan pula memang time tu sepupu-sepupu Fahim ada di rumah nenek kat KL 
boleh la  diorg bergembira, kawan ramai 

bawa budak-budak naik skyway 

2 beradik yang selalu buat mama geram sorang-sorang tengah malam 
bau masam yang selalu mama rindu 

Fahim dan sepupu-sepupunya


Outdoor Games tengah dibina semula entah bila nak siap ...
dikatakan akan didirikan Warner Brother Studio
ok tak sabar .....harap lagi besh dari USS 

niat nak bawa diorg main kat indoor games tapi ramainya orang 
banyak cha ya nun alif 
penuh .... next time la anak ....

kita turun singgah kat Strawberry Farm Genting Highlands kat Goh Tong Raya 
bayaran tiket masuk ke sini .... rasa seperti tidak berbaloi 
sekadar nak tengok pokok strawberry dan landskap tak seberapa 
dan gerai jual barang makanan dan cenderamata yang agak pricey 
yang kita boleh dapat kat Cameron Highlands dengan harga 3 kali ganda lebih murah
maybe bagi orang jarang-jarang naik ke CH 
akan beli kot ... macam kami yang sokmo naik ni memang takan beli la 
gile mahai kot....
Strawberi coklat 3 cucuk RM18...peerrggghh
klu kat CH 3 cucuk RM5
hmmmmm



sayur genting highlands tapi tak sure kat mana kebun sayur diorang 
harga lupa ... tapi rasanya la sebungkus RM5 kot sbb aku ingat aku ade bisik kat laki aku ....mahainye sayur ....


keluar je dari Starwberry Farm kami terus balik rumah nenek 
petang tu bawa anak-anak tengok Kuala Lumpur di ketinggian 421 meter



selamat berpuasa uoll