Monday, August 31, 2015

Selamat Menyambut Hari Kemerderkaan Malaysia kali ke 58
Sehati Sejiwa 

dan semoga Malaysia terus aman dan seluruh Malaysia dan rakyatnya bebas dari dijajah 
dari segi ekonomi, minda dan sosialitinya 


Pesanan dari Captain Malaysia 

#SehatiSejiwa
Selamat Hari Merdeka ke 58



Thursday, August 27, 2015

Ransang Minda Anak-anak Dengan Alphabet Puzzle

Adek Icha 
sangat manja
sangat garang
sangat petah bercakap 
sangat pandai memujuk 
dan banyak lagi sangat 

budak manja mama sorang ni  
kalau bermain mainan die 
memang die tak suka menyimpan 
jenuh la mama ni mengemas balik 
sehari berkali die main mainan kegemaran die tu 
so puas la mana tertonggeng kemas 
bukan tak ajar dari kecik .... kecik-kecik je rajin 
bila dah banyak akal ni ... banyak la akal die auta mama tak nak kemas 
mangsa paksaan mama kena kerahan mengemas 
abang la... si Fahim yang akur je perintah mama selalunya 
jarang die membantah .....Fahim memang jiwa dan hatinya lebih lembut
kesian abang bila kena kerahan mengemas kecahan si adek .....





ni la mainan kegemaran alisha 
small alphabets puzzle ni 
kadang-kadang susun susun huruf a-z
kadang-kadang susun ikut warna
kadang-kadang susun ikut huruf dan nombor yang sama 
kadang bina kotak dan rumah 

mainan seperti memang ikut kajian dpat meransang minda kanak-kanak lebih kreatif
sbb ada berwarna-warni, berbentuk pembelajaran
berkos rendah dan selamat 

gadget tetap main 
tapi bila tengah main mainan ni ... teringat ipad ditanggalkannya berterabur 
pastu main balik 
suka hati adik la ....
kami kat rumah pun bukannya marah dia pun menyepah tu 
janji adek suka ...abang ayim kan ada .... har har har

Wednesday, August 26, 2015

Hanya Berurusan 2 Minit Sahaja di Kaunter JPJ

hari sabtu lepas kami ke Mini UTC Sentul untuk berurusan dengan JPJ 
urusan pertukaran nama pemilik kenderaan 

kami hanya berurusan tak sampai 2 minit dah selesai 
memang cepat tak sempat panas bontot nk duduk 
baru duduk dah panggil
dah boleh balik ...singgah sarapan nasi lemak bungkus RM1.50
memang kaw-kaw pedas tapi sedap.....

total masa yang digunakan berada di Mini UTC Sentul lebih kurang 25 minit termasuk parked kereta dan naik lift
nak tips pantas ni ????
jom scroll down ....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.

jadilah orang pertama yang sampai dan beratur di depan pintu JPJ

 Waktu Beroperasi Kaunter 



datang lebih awal dari masa beroperasi 


dalam hayat berurusan dengan mana-mana kaunter kerajaan atau agensi
ini la kali pertama aku dapat no.1 
kah kah kah kah 



Monday, August 24, 2015

Free anak-anak Malaysia wristband


dapatkan free anak-anak malaysia band 
yang ditampal pada surat khabar star 
dan boleh share gambar anda memakai wristband tersebut #anakanakmalaysia ata boleh share terus di www.anakanakmalaysia.com





sape nak free band ni boleh la beli STAR 

Saturday, August 22, 2015

Astro bagi tengok FREE seminggu

Astro akan bagi tengok channel free dari 22 hingga 31 Ogos 2015
Jom pakat pulun tengok....

start 22 ogos  sehingga  31 ogos 2015 astro akan buka semua channel secara "PERCUMA" tidak termasuk astro first,astro best, WWE, senanta HD Dan golf channel..

selamat menonton�




Wednesday, August 19, 2015

Bawa Kereta 4 Bulan takde Road Tax

dasat betul la 
kami laki bini langsung tak perasan yang dah bawa keta 4 bulan road tax expired
insurans hidup lagi cuma road tax je dah expired
lupa yang ari tu cuma renew 6 bulan je 

selamba badak je balik kampung dan merata pi 
nasib baik tak jadi apa-apa
banyak kali jugak polis buat road block 
nasib memang baik, sekali pun polis tak penah tahan
polis sebuk dok tahan budak motor
alhamdulillah kalau tak terbang RM300 nak membayar saman


 enPanjang perasan yang road tax expired hari selesa petang 
so semalam pagi-pagi dengan rasa berdebar-debar bawa keta 
ye la bila dah tahu memang cuak dan risau dan bawa keta pun sangat careful 
aku ke pejabat pos untuk renew road tax
tetiba tak boleh pulak sebab dah lama sangat expired
insurans pulak ade 2 bulan lagi 
(minimum renew road tax adalah 6 bulan) 
so kena extend insurans 4 bulan lagi 
so memang tak boleh buat di pejabat kena buat di HQ/agen insurans 
mula tu aku minta enPanjang buatkan dengan agen tapi amik masa lama sangat untuk dapat pengesahan 
aku call sendiri HQ etiqa dan buat pembayaran melalui online 
dalam masa 2 jam terus dapat confirmation dan boleh terus renew road tax di pejabat pos atau JPJ berdekatan 

jadikan cerita aku ni sebagai pengajaran 
jangan renew roadtax 6 bulan kalau terlebih makan semut
tak pasal je nak kena extend insurans lagi 4 bulan 
almaklumla gaji minggu depan ...hehehe


Monday, August 17, 2015

di Akhir Syawal 1436H

15/08/2015

hari Sabtu lepas 30 syawal 1436H yang lepas 
banyak jugak dapat jemputan Open House Aidilfitri terakhir 
tapi terpaksa tolak kerana Adik Ipar aku buat kenduri Akikah anak sulung dia 
minta maaf ye kawan-kawan

perjalanan kami ke KL lebih kurang 2 jam 
jem agak teruk 
aku syak la ... ni mesti semua pakat keluar pi open house di hari terakhir syawal 


sekitar majlis 

kami sampai lewat sikit dalam pukul 2.00 petang lebih 
orang dah ramai dah 
majlis marhaban pun dah abis dah ....

sedap jugak catering yang adik ipar order ni 
2 ekor kambing 
1 kambing bakar 
1 kambing kari, ayam masak merah, dalca, acar & oren
kuih muih & laksa (MIL tunggu aku nak suruh masak tapi enPanjang kerja, sorry ye)

aku cuma makan nasi tomato ayam masak merah dan laksa je 
yang lain tak sentuh


cubaan merasa kambing bakar 
hmm memang tak leh masuk .... tatau la nape ... 
aku cuma rasa 2 hirisan kecik tu dan bg kat anak buah hantu kambing tu abiskan 



Icha, anak-anak buah dan sepupu enPanjang 

Icha dan sepupunya


majlis meriah dan makanan sedap 
budak-budak la seronok sangat dapat jumpa sepupu bermain sampai lupa mama dah 


Tuesday, August 11, 2015

Feeling WAHM memang best

Update di depan pintu pagar sekolah fahim
Hari ni aku mc sebab x berapa sihat
Lepas makan ubat tadi badan dah rasa segar 
Terus buat kerja rumah memasak
Feeling WAHM = work at home mother

Dah siapkan lauk kegemaran Fahim dan lauk aku dan enPanjang

Kurma' ayam
Snap dr dlm kuali


Fahim sejak dah sekolah ni dan minum meal shakes dah banyak dah pilihan lauk dan makanan yang dia makan
Kalau x dulu dia cuma makan nasi putih lauk sup dan ikan/ayam goreng
Mee/bihun sup/goreng

Sekarang dah banyak dah request
Tomyam 
Kurma'
Masak lemak kuning
Daging kicap
Macaroni goreng
Carbonara
Speghetti

Dan byk lagi 
Meal shakes shaklee memang banyak membantu anak-anak aku kekal sihat dan cergas di samping menambah selera makan diorang



Nak tau lebih lanjut mai pm eima 0129220376



Note: aku pubslish cite ni semalam ... tapi hari ni pun tak keluar kat dashboard blogger bak pe tah ... lahai .....

Monday, August 10, 2015

Klinik Wakaf di Kuala Perlis | Klinik WAQFEYA

balik dari Langkawi musim perayaan Aidilfitri lepas 
aku dah keluarga demam dan kurang sihat 
aku google klinik berdekatan dengan Kuala Perlis 

kami memilih Klinik Waqfeya kerana keunikan namanya dan salah satu klinik panel syarikat 
seperti klinik biasa yang lain tetapi bila aku mula bosan sambil menunggu giliran 
mata meliar mencari sesuatu untuk di baca dan aku nampak notis ini dan aku perasan satu notis ditampal di pintu luar setiap hari JUMAAT perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, screening gula dalam darah dan tekanan darah PERCUMA

sesuatu yang menarik bagi aku ...dan ini adalah kali pertama aku jumpa klinik wakaf seperti ini.  sambil mendapatkan rawatan sambil beramal.  Semoga pengusaha dan doktor di sini dirahmati dan diberkati.


ihsan google 





DR. yang merawat kami pada hari itu juga sangat tertib, bersopan dan beretika.


bagi golongan yang kurang berkemampuan di kawasan Kuala Perlis boleh la dapatkan rawatan dan membuat pemeriksaan kesihatan percuma di Klinik Waqfeya ini 

bagi yang berkemampuan boleh juga ke sini dengan niat untuk mendapatkan rawatan dan beramal ..... 

Lokasi :

Klinik WaqfeyaTaman Bukit KubuKuala PerlisPerlis

** sederet dengan 7 Eleven Kuala Perlis 
** Dari Jeti Kuala Perlis terus hingga jumpa 7 Eleven.  Cukup mudah nak cari lokasi klinik ini





Thursday, August 6, 2015

Beli Ikan Segar di Jeti Kuala Selangor

sambung entry semalam 

lepas turun je dari Bukit Melawati kami terus ke Jeti Kuala Selangor cari ikan segar 

memang segar dan sedikit murah dari pasar 
cuma klu ikan besar-besar tu tak leh nk potong-potong kena beli seekor 
tu yang tak best tu ...kalau dibeli seekor besar tu jenuh pulak nak mengabiskannya

aku beli ikan kecik kegemaran aku je 
ikan kembung .... goreng sodap makan ngan air asam ....
udang laut kaki merah
sotong 
cencaru 

ahli kumpulan yang lain .... memang borong sakan la 

  


aku beli makanan laut jenis kecil sahaja 


yang besar macam ni tengok saja

budak-budak suka sangat datang sini 
sebab macam-macam jenis ikan diorang boleh tengok 
dari yang hidup dan dah mati 


belakang 
predator fahim cakap

yang ni bukan budak je yang jakun 
mak budak pun sama jakun 
penyu hidup ....1st time aku tengok ni
yang macam batu tu dalam tong air tu adalah tiram yang ada mutiara 
kata penjual ikan tu 


lain kali kalau ke Kuala Selangor ni boleh la pi lagi jeti ni 
syok tengok ikan segar, keras, mata cantik harga pun ok la ...murah sikit la 









Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015




Jom ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan di blog Sayaiday.com dan Ayueidris.com 
Antara hadiah yang ditawarkan adalah :





+ 1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor *
+ 2 keping tiket Aquaria KLCC
+ Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365
+ RM30 Voucher Parkamaya
+ RM150 Voucher Parkamaya
+ RM50 Voucher Pak John Steamboat
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle)
+ Outdoor Photoshoot by Islam (Website)

+ 5 set Chrochet Heart (5 pemenang)

Seramain 15 Pemenang Bertuah dan Contest berakhir pada 19 August 2015.



Anjuran blog : www.sayaiday.com, www.ayueidris.com, akumohdfakhrulislam.blogspot.com



Klik Link ini untuk join contest : http://goo.gl/H0lgNa

Wednesday, August 5, 2015

Saya Nak Masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015

 http://www.lyssasecret.com/


Blog saya mengenai macam-macam kadang-kadang cerita pasal anak kadang-kadang cerita pasal diri sendiri kadang-kadang cerita pasal trip jalan-jalan makan angin kadang-kadang cerita pasal tempat makan besh tapi selalunya saya suka share ape yang suka .... nak lebih lanjut mai la baca kat http://mysweetzlife.blogspot.com

sape yang tak nak masuk dalam bloglist Lyssa Faizureen 
mesti la kite nak .....




Bukit Malawati, Selangor | Pusing-Pusing Naik Tram

ni cerita sebelum raya berbulan-bulan lepas

10/05/2015


selalunya setiap hujung minggu jika enPanjang tidak bekerja
kami akan ke rumah MIL aku kat KL lepak sana


tetiba SIL ajak ke Bukit Melawati 
laju je setuju sebab aku dah banyak baca review tapi tak penah lagi sampai 

singgah minum dulu kat Cendol Bakar Kuala Selangor
sedap tekak dapat minum ais tengahari terik cam ni ....pheeewww

pengat pisang, kerepok lekor, sata dan otak-otak


abc icha ...makan sesuap je pun 
beku otak aku makan abc ni .... sbb aku mmg x berapa sangat ais2 gini

cendol 


lepas je sejukkan badan 
terus gerak ke Bukit Melawati 
beratur lebih kurang setengah jam
harga tiket aku dah lupa dah .... murah je ....





kami semua tak turun pun kat atas bukit Melawati 
sekadar pusing-pusing naik tram je 
memasing tak sanggup berpanas 
cuaca terik sangat

memang banyak spesis ni 
cam ganas jugak bila nampak makanan
asek la dok hulur tangan kecik die tu .....

singgah kat Akuarium Air Tawar
jalan-jalan buang masa sementera tunggu tram
memang tak de pepe 
kawasan pun macam tak terjaga 

budak-budak asek bertanya nape tak nampak pepe dalam kolam ni .... hahahaha

balik dari Bukit Melawati singgah jeti cari ikan segar 
next entry 

Tuesday, August 4, 2015

Char Kueh Teow Sg. Dua | Akhirnya dapat merasa

7 Syawal 1436H

kami keluar dari Langkawi naik Langkawi Ro Ro 

terus singgah beraya di Kampung sebelah abah aku di Alor Setar 
kalau ke sini ....memang lama .....
lama tak jumpa kan ....macam-macam nk diboraknya 

pukul 7.00 petang baru gerak ke Sg. Petani 
rumah abah aku sekejap sebelum balik Putrajaya 
kalau ikutkan hati nak je lajak sampai hujung minggu 
memandangkan hanya aku dan Alisha je bercuti 
si fahim dah 2 hari ponteng sekolah 
enPanjang juga bekerja esoknya
nak tak nak .... kita balik .....


tiap kali balik ke Utara ni ...aku tatau la nape
mesti tak kena timing ..... asal singgah je Sg, Dua 
mesti tutup Char Kueh Teow Sg. Dua 

Alhamdulillah kali ni ada rezeki nak merasa Char Kueh Teow Sg. Dua yang glemer itu 

enPanjang waktu study kat kepala batas sokmo ke sini 
aku je yang tak penah lagi merasa 


gambar tak clear sebab tengah kelam kabut nak melintas jalan berdukung adik icha
nak melintas pun punya la sesak 
jalan utama .... tapi sikap pemandu P jugak
nampak kita nak melintas lagi kuat die tekan minyak ...berdesup
tak seperti kita di WP/Selangor ni
sikap .....maaf ye pemandu P ye ... ini yang aku nampak mengenai kamu 
sama ada di tanah besar atau di pulau .... 


lepas menunggu tak lama 
Alisha dah mentido ...penat sangat travel dan bermain dengan 2 pupu die siang tadi

tido beriba mama ..... makan pedo-pedo(bhs kedah) takut kena alisha

Char Kueh Teow Sg. Dua

peminat Char Kueh Teow ni order yang besar untuk dia 


pendapat peribadi 
enPanjang cakap yang dulu-dulu zaman die dok kepala batas 
lagi sedap
bagi aku pula biasa je ...sedap lagi Bg Chik Char Kueh Teow SP

tak pe nanti kita mai lagi sekali ..... 


Monday, August 3, 2015

Beraya di Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise


5 Syawal 1436H

beraya dan melawat sanak saudara kat Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise
setiap kali balik Langkawi mesti ke sini 
suka betui budak-budak ni 

Harga tiket Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise dah naik dah 
hujung tahun 2014 hari tu 
dewasa RM15
kanak-kanak RM10


tapi kali ni tahun 2015 ni dah naik dah 

Dewasa RM 18
Kanak-kanak RM12

ape nak dikata ....

aku memang suka bawa anak-anak aku ke tempat enjoys & learning cam ni
diorang happy sambil tu diorg belajar sesuatu 
memang aku nampak perubahan dan perkembangan ketara anak-anak aku ni 
7 bulan lepas kedua-duanya sangat penggeli dan agak takut 
tapi kali ni 

semua haiwan kat sini diorang berani pegang dan usik 
jangan kata si abang tapi si adik juga 
selalunya mama je over nak pegang-pegang 
kali ni diorang pun dah keturun skills mama 

ular sawa ni pun fahim berani pegang
mula-mula tu dia dah tunjuk dah berani die dok sua tapak tangan berisi fish pallet kat flamingo


comey sangat ular daun ni rasa nak bela seekor kat rumah 
badan die sangat soft ...licin-licin dan sejuk
fahim pun ade pegang tapi aku tak amik gambar ...suka sangat die ular ni dok menjalar sampai ke kepala die 

dah hilang dah rasa geli burung nurri dok mematuk tapak tangan die makan samba

kemain happy dapat pegang ular sawa ni 


adik icha pun tak lepas peluang 
yang selamba pegang bila pekerja kat sini hulur 
icha cakap baby ular ni sangat comey

kalau dulu fahim cuma tengok dari jauh je ... takut binatang-binatang ni gigit tangan die 

memang aku bangga dengan anak-anak aku 
sapa lagi nak bangga kan 
perubahan yang cukup ketara 

TQ Shaklee 
Fahim dan icha pengguna tegar Omega Guard(fih oil) dan Meal Shakes (multivitamin+protien)
memang nampak perubahan their brain develop 
badan sihat dan minda cergas