Wednesday, September 30, 2015

BBQ di Petang Aidil Adha

25/09/2015

Lepas balik dari beraya kat Zoo Negara
kat rumah nenek dah ready berBBQ dan steamboat
memang langkah kanan

BBQ ada ayam, kambing dan lembu 




Steamboat pula ada crab stick, sosej, fish cake, fish ball dan lain-lain


dan si tukang bakar adalah adik ipar
TQ la pakcu sebab sangat rajin mengipas dan membakar 


jemput jiran-jiran dekat-dekat dan semua ahli keluarga mentua yang beraya di KL

anak-anak buah yang kepenatan dan lapar lepas melawat sanak-saudara kat zoo


walaupun raya kat KL kami tetap berkumpul sekeluarga dan bergembira cuma suasana raya seperti beraya di kampung tak da la 



Note; aku bz sikit pagi ni ...up entry pun dah tengah hari ...petang karang baru BW

Tuesday, September 29, 2015

Fahim dan Hari Kelahirannya

kalau ikutkan nak raikan ulang tahun kelahiran fahim adalah malam ni
tapi kami saja je awalkan sehari
malam semalam bawa budak berdua keluar makan malam kat luar
beli slice cakes dan makan kat luar


icha memang manja dengan abang dia 


lepas balik makan terus siapkan goodies bag fahim untuk esok 
dan si kecik icha memang suka "membantu" dalam versi dia 
tapi 60% memang membantu betul-betul la 
"libatkan anak-anak dalam apa jua aktiviti untuk meransang minda mereka"
jangan bisng dan membebel kalau mereka dah besar tak mahu menolong ibu bapa jika pada umur sekarang ini kita menyekat mereka. Play & Learn.


Goodies Bag Fahim 
guna plastik biasa-biasa sahaja
kos lebihkan pada makanan dan hadiah untuk kawan-kawan
lebih baik kan 

pukul 10.00 pagi tadi aku keluar sekejap ke sekolah fahim untuk edarkan kepada kawan-kawan kelas Fahim 
rugi  sangat semasa seluruh kelas Fahim menyanyikan birthday song kepada Fahim aku tak sempat nak rakam

bila tengok wajah kanak-kanak kecil gembira bila aku hulurkan goodies bag kepada diorang memang buat hati keibuan ini puas 
nak raikan majlis di sekolah dah tak boleh dah 
dah besar kan 


balik sekolah singgah Alamanda makan BK
his favorite, cheesy fries


Mrs. K ada tegur anak bujang aku ni gemss ...kiki
sejak amalkan mealshake shaklee memang budak kesayangan aku ni sihat dan membesar 
jangan harap aku nak dapat dukung dia lagi mau membuasir mama
sakit memang susah dah sekarang ni alhamdulillah 

 


Mama's Army Turn 7 Today

29/09/2015

 Adalah ulang tahun kelahiran Muhamad Adib Fahim yang ke 7
Alhamdulillah Fahim membesar dengan sihat dan sempurna 



Happy Birthday Fahim 
mama, abah dan Icha sayang fahim 
kami beruntung sebab ada anak dan abang macam Fahim 
yang sangat baik, mendengar kata, penyayang dan berhati lembut 
Mama doakan Fahim membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat 

my big and hansome boy 


Gambar terbaru Fahim semalam 
semasa keluar makan malam untuk raikan 



Note: aku nak keluar pi sekolah Fahim kejap nak hantar goodies bag kat kawan-kawan kelas Fahim

Monday, September 28, 2015

Beraya di Zoo Negara

25/9/2015
 
Hari Raya Aidil Adha kami beraya di KL
gambar pagi hari raya berbaju raya pun tak ada 
semangat raya tu tak ada sebab kami beraya di KL kot 
siapa cakap KL sepi dan lengang bila hari raya 
jalan sesak hoi 
 
dalam pukul 11.00 pagi kami bawa anak-anak ke Zoo Negara 
saja menziarah ...kui kui 
 
Rombongan anak-anak kami ke Zoo Negara 
Gembira sungguh kanak-kanak ni beraya kat Zoo 



masing-masing beria tengok haiwan
manusia di Zoo Negara punya la ramai 
pelancong luar negara, orang bukan melayu dan Orang Melayu pakai BAJU RAYA juga ramai 
penuh orang, sesak rasanya 
ingatkan kami je yang beraya kat Zoo rupanya ramai yang ada sanak saudara kat ZOO rupanya ...hahaha
 

si badak jantan yang nakal
saja je dia ni tarik perhatian semua orang dengan aksi-aksi dia 
kejap nganga mulut, kejap jelir lidah, kejap menyelam sedangkan waktu itu 'feeding time'
dia seekor sahaja yang tak pi makan 
rupanya ada agenda lain ...dia buat aksi-aksi tu
dibahannya badak jantan ni berak dan mengibas ekornya sehingga taik/najisnya yang berwarna kuning terpercik merata-rata dan ada yang terpercik ke baju dan tudung pengunjung 
sementara badak ni mengibas ekornya tu semua pengunjung terkejut dan bertempiaran menyelamatkan diri...hahaha
memang semua pengunjung tertipu dengan aksi-aksi manja si badak tu ...bijak bijak .... 
nasib baik waktu tu aku dan anak-anak sempat lari.... kah kah


tengah menunggu Animal Show jam 3.00 petang 
Alisha dah mengantuk sangat tapi kena paksa dengan mama untuk berjaga sebab nak tengok anjing laut 



lebih kurang pukul 4.00 petang kami balik 
dan kami banyak lagi yang dalam Zoo Negara ni kami tak lawati 

bagi pendapat aku Zoo Negara ni agak tidak menarik dan harga tiket agak mahal 
RM32.00 untuk dewasa dan RM11.00 untuk kanak-kanak 
harga untuk kanak-kanak tu dah ok dah tapi harga dewasa tu agak tidak masuk akal 
dengan haiwan yang jauh dalam kandang ..nampak sayup-sayup sahaja 
ini adalah kali kedua kami ke sini sejak tahun 2010

kali pertama dahulu pun kami merasakan tidak menarik dan kali kedua pun masih sama 
bagi aku zoo yang menarik dan seronok dilawati adalah ZOO MELAKA dan ZOO TAIPING

oh ya peta kawasan pun kena beli RM1...hmmm
semua makanan dan minuman yang dijual dalam Zoo adalah 2 hingga 3 kali harga asal

harga tiket tidak menjadi masalah kerana aku faham yang banyak haiwan yang perlu diberi makan tapi harga makanan yang dijual tu agak tidak masuk akal walaupun kos sewaan kedai adalah mahal...hmmmm 
tak pe la kiranya sedekah kepada haiwan ja la .... kos sewaan kedai mungkin disalur kepada penjagaan di zoo 


gembira tak kami hari tu .... anak-anak gembira jadinya mak pak pun gembira sebab niat asal adalah gembirakan anak-anak

 

Sunday, September 27, 2015

Sekolah di Putrajaya, Selangor dan KL DITUTUP ESOK

Esok 28/9/2015(Isnin)
 Sekolah di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur diTUTUP kerana bacaan IPU yang tidak sihat



Selamat menyambung cuti sekolah ...
Dan harap jerebu cepat pergi jauh2 dan tidak kembali lagi....

Tips kekal sihat dalam jerebu
1.pakai topeng mulut
2. Makan supplement dan makan tinggi sumber vitamin C
3.minum air banyak lebih dari 8 gelas sehari

 Mai pm eima nk dapatkan SR Vita C Plus dengan harga terbaik....
0129220376



Wednesday, September 23, 2015

Huru-hara sehari sebelum Raya


2 kanak-kanak kecil yang menghuru-harakan mama hari ni 
malas nak cuti sebab bos kerja 
dan hujung tahun nak pi bercuti panjang 
jadinya pening pun pening la ....
nasib baik hari ni pejabat dah sunyi dah 
ramai yang dah balik kampung 

korang balik raya tak ??
kami raya di KL je 

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog Mysweetzlife 



Tuesday, September 22, 2015

Alisha di Kelas Memasak


aktiviti di taska Alisha hari ni sempena Program Cuti Sekolah
kanak-kanak riang tu buat bread pizza
mesti suka sangat Alisha ni 
nampak gembira sangat 

teacher share di dalam whatapps group gambar anak-anak 




mood baik hari ni 

Alisha's bread pizza

sama macam mama selalu buat tapi mama tak pernah bagi peluang diorang mencuba 
sebab anak-anak leka di depan baru mama sibuk di dapur 

program-program macam ni memang buat budak enjoys kan 
esok agaknya aktiviti apa la ... 



Hati-hati Beli Emas Online

sekarang makin aktif perniaagan online 
dari produk kecantikan, pakaian hingga ke emas pun ada 

kalau barangan lain yang dijual secara atas talian ni memang aku percayai kerana risiko kerugian akibat ditipu sebagainya itu sangat rendah dan tidak besar 
tetapi jika EMAS yang dijual atas talian ni 
memang agak sukar aku nak hendak percayai termasuklah KUTU EMAS 

tambahan pulak sekarang ni ramai yang dah tertipu, bukan orang biasa je tokey kedai emas di Kelantan pun dikatakan telah tertipu 

besi disadur dengan emas untuk mengaburi mata pelanggan 
bukan hanya emas perhiasan, emas plat pun sama






gambar ihsan FB

emas yang sebenar tidak lekat di besi berani semasa diuji.

oleh itu bagi penggemar, pengumpul dan penyimpan barangan emas dan plat emas untuk pelaburan sila berhati-hati dan beli dengan agen/kedai yang sah dan terkenal 
untuk mengurangkan risiko penipuan seperti ini.

pada pendapat aku belilah emas perhiasan dan plat emas di kedai emas seperti Wah Chan, Poh Kong, Emas Sri Pinang dan lain-lain, harga upah memang mahal sedikit tapi berisiko rendah 
jika terjadi penipuan seperti ini kita dapat membuat laporan dan bukti resit pembelian dapat kita guna untuk membuat aduan kepada pihak yang berkenaan.

zaman sekarang kita kena lebih berhati-hati dan bijak 





Monday, September 21, 2015

Resepi Kek Coklat Kukus Mudah dan Menjadi

aku ni memang tangan kayu 
bab memasak dengan baking agak keras sikit
sedangkan aku dah belajar memasak dari umur 13 tahun tapi sejak mak aku meinggal dunia, aku habis SPM, aku meneruskan pelajaran dan bekerja 
memang agak lama aku tinggalkan dapur sehingga aku berkahwin baru masuk dapur balik 

aku rasa lebih dari 5 tahun kot ....memang aku lupa semua yang mak aku pernah ajar aku dulu 

bila dah anak-anak dah besar ni 
macam-macam yang diorang request 
tak mau yang kat kedai ...ok mama cuba buat 

aku dulu memang pernah sekali buat kek segera dalam kotak cuma tambah majerin dan telur tu tapi bantat 

tapi kali ni aku try lagi sekali ...resepi ambil dari googles
memang menjadi ...tapi dah lupa kat blog mana aku amik 



KEK KUKUS COKLAT

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko Van Houten 
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
¾ cawan susu pekat manis

Bahan B
3 Biji Telur gred A(suhu bilik)
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
1½  tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara:

1. campurkan semua BAHAN A ke dalam periuk, panaskan dengan api yang kecil dan kacau untuk sebatikan semua BAHAN A. kacau sehingga semua bahan larut dan tutup api. tidak perlu sehingga mendidih.  Kemudian sejukkan.


2.  Pukul BAHAN B  hingga kembang dan masukkan BAHAN A yang telah disejukkan. Kacau dengan whisk sehingga sebati.


3. apabila dah sebati masukan BAHAN C yang telah diayak dan kacau hingga sebati dalam 10-15 minit.


4. masukkan dalam bekas lompang atau bekas acuan kek yang disapu majerin. Sukatan ¾ acuan.



5.  Sebelum masukkan ke dalam periuk pengukus pastikan periuk pengukus telah dipanaskan dan telah mendidih.


disebabkan aku lupa nak beli coklat masakan dan butter....aku tak buat topping ...
aku cuma taburkan coklat rice atas adunan dalam acuan ...janji ada rasa coklat sudah.


adunan ini jika menggunakan acuan lompang dapat lebih kurang 50 biji.



ok next time maybe boleh buat lagi tapi aku nak cari resepi kek kukus vanilla kegemaran fahim pulak.
apa-apa pun kena rajin mencuba dan berani ...aku dulu sebab dah pernah bantat aku jadi takut nak buat lagi sebab rasa menbazir

kiranya resepi ni memang menjadi dan betul sebab orang tak reti macam aku pun berjaya.


 


Friday, September 18, 2015

GIVE AWAY by BUDAK KACAMATA : JANGAN BACA NOVEL NI

 photo GIVE BY bkm_zpshkz0u4oi.png



Hadiah besh gile....sbb smlm si lynn damia baru je review novel ni mau aku tak mau join kot2 dapat....











Kanak-kanak Jatuh dari Apartment Putrajaya

Update: bukan 10 tahun tapi 9 tahun

Seorang kanak-kanak lingkungan usia 9 tahun telah jatuh/terjun dari tingkat 2 kediamannya di Presint 18, Putrajaya 

Kanak-kanak itu dikatakan ditinggalkan bersendirian di rumahnya semasa ibu bapanya keluar bekerja.  Kejadian berlaku lebih kurang jam 2 petang.  Kanak-kanak itu dimaklumkan hanya cedera ringan di bahagian muka dan masih lagi di dalam pemantauan pihak hospital.

Semasa jatuh kanak-kanak itu berulang kali menyebut nak berjumpa dengan ibunya.  Semoga kanak-kanak tersebut selamat dan tiada kecederaan yang serius.


sebab dan kenapa kanak-kanak itu jatuh/terjun adalah tidak dapat dipastikan tetapi dikatakan takut dan mencari ibunya.  Pintu dikatakan dikunci dan kanak-kanak tersebut tidak dapat keluar.


Moral di sini elakkan meninggalkan anak-anak tanpa penjagaan dan pengawasan dari orang dewasa walaupun anak-anak dah besar dan kita yakin yang mereka boleh menjaga diri mereka sendiri.  Sebenarnya pemikiran kanak-kanak ini tidak dapat dijangka apa yang mereka fikirkan dan bakal mereka lakukan. Kanak-kanak kan apa yang kita mampu ramalkan untuk mereka ......

Aku doakan keselamatan kanak-kanak ini dan tiada kecederaan yang serius dan semoga kisah ini dijadikan tauladan kepada aku dan ibu bapa yang lain.