Saturday, October 31, 2015

JDT CHAMPION AFC CUP 2015

JDT Juara AFC CUP 2015
TAHNIAH!!

kami rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian terhebat ini
Pasukan kelab pertama yang berjaya capai kejayaan peringkat Asia Tenggara

Tak sia-sia pelaburan besar TMJ untuk membeli player dan coach
Berjaya mengangkat nama Malaysia di peringkat Antarabangsa dan naikan ranking bola sepak Malaysia 
TAHNIAH PASUKAN JDT - TMJ



Friday, October 30, 2015

Alisha dapat subang baharu

Alisha dapat subang baharu 
hadiah dari abah 
2-3 hari lepas saja jalan-jalan ICM dengan niat untuk potong rantai tangan baharu aku 
ada orang buat kejutan tapi tangan bini kecil 


Subang Alisha sedia ada dah pakai lebih dari 2 tahun dah kot
enAbah nak tukar yang baharu 
layankan aje ..rezeki jangan ditolak 
anak dara tu gembira la dapat subang baharu

subang yang sebelum ini sama je pattern nya cuma ada lain sikit ja
yang dulu bebola kat subang tu satu je yang baharu ni dua



rupa-rupanya aku tak pernah pun cerita pasal Alisha kena tindik bila aku cari entry dalam blog aku ni 
aku pun tak ingat umur berapa ...tahun bila Alisha kami bawa ke kedai emas 
yang aku ingat kami tindik sebab nak beli sudang raya untuk Alisha 
menangis sepanjang hari kot masa tu ...kejam betul mama ko ni  kan anak oi ...
nak melawakan anak sampai tebuk telinga dia
tapi bila fikir balik baik buat time kecil senang uruskan tak tahu apa-apa kan 

aku rasa masa tu umur alisha 1 tahun lebih tahun 2012 kot

tak apalah ...janji Alisha kini gembira
Alisha ni pun macam mami jarum juga suka barang kemas 
perempuan kan mana boleh pisah dengan emas kan 
tambah-tambah pula keturunan orang utara ni 

tapi aku memang tak bagi Alisha pakai barang kemas kecuali Hari Raya itu pun untuk masa yang sangat singkat 1-2 hari je 
tanggal dan simpan yang tinggal pun hanya subang pakai hari-hari
zaman sekarang ni bahaya 
semua benda, semua perkara kena hati-hati dan bersyak wasangka kepada orang yang tidak dikenali
semua orang tidak boleh dipercayai 

Thursday, October 29, 2015

Lintah Bulan Serang Rumah Aku!!


laman belakang rumah aku diserang lintah bulan!!

aku akui sejak jerebu ni aku dasar pemalas nak ke belakang rumah membajak tanah dan menengok hasil tanaman aku ...aku biarkan gugur ke tanah je cili-cili aku tu 
rumput semakin tebal tetapi tak sampai meninggi 
cuma tebal je ....aku rajin mencabut rumput dan menyangkul rumput sejak  perkhidmatan memotong rumput ditanggung sendiri...aku dasar kedekut nak bayar ke bangla RM20 untuk tanah sekangkang kera tu
cangkul dan cabut sendiri dapat juga keluarkan peluh toksin aku yang aku jimat-jimat tak mahu keluar bersukan tu 

2 hari lepas tak tahu sawan apa mendatang 
aku sinsing lengan baju kurung moden buka pintu belakang pi mencabut rumput 
melompat ahkak bila nampak binatang kecil ni 


google

menggelikan !!

aku tangkap dia dan panggil anak-anak
"abang....adik ... mama dapat tangkap lintan bulan...cepat-cepat mai sini"

sesi mengenal haiwan invertebrata
Fahim agak excited sebab dia memang sukakan sains dari cara dia tu ...suka tanya soalan yang sukar mama jawab ....
conthnya : mama matahari ada lidah tak??
mulanya aku jawab tak ada ...rupanya ada mama baru tahu.....
Fahim ada baca waktu kat Plenatarium 

aku bukan nak boleh jawab sebarangan sekarang ni ...anak makin membesar info kena betul.

berbalik kepada slug si lintah bulan ni 
memang meremang juga tengkok aku 
tapi lintah bulan ni bukan haiwan yang berbahaya kepada manusia, tidak beracun tetapi ia memudaratkan tanaman subur aku tu
lintah bulan haiwan perosak yang sama jenis dengan escargot si siput babi

yang suka makan dan sedut pokok dengan mulut berlendir dia tu sampai mati
aku pernah cabut semua pokok serai aku dan tanam semula sebab escargot ni la... dok bersarang dalam pokok serai aku sampai kering mati habis serai ni 
selalunya sesi pembunuhan beramai ni diuruskan oleh askar aku 
Komando Fahim untuk lepaskan taburan garam 
berbuih-buih la escargot ni 

fahim ni bijak juga bab ini ...dia  kenal 
escargot dan slug ini adik beradik cuma tak bercengkerang 
sebab tu aku cakap kartun tak semestinya memudaratkan minda kanak-kanak 
ibu bapa kena la tapis yang mana bagus yang mana tidak 
Fahim belajar info slug dan escargot ni dari episod Adventure Time Fin and Jake 
aku pun suka siri ni 
fahim taburkan garam ....mati la riwayat slug berlendir ni
sebab dalam siri tu jake ada lempar sebutir garam kepada slug waktu dia tengah menggila sebab semua escargot betina tak nak bercinta dengan kerana dah tahu dia slug

aku selalu cuba menjadi ibu kegemaran, ibu yang cool, ibu yang sporting, ibu yang berkawan dengan anak tetapi tegas untuk fahim dan icha.  Kalau semua ciri ini korang ada confirm korang ibu paling cool dan hebat pada pandangan anak!!

semalam aku proses lagi laman belakang tu ... menyangkul rumput sampai togel
tapi tak lama la ...nyamuk aedes kemain dok menghurung aku 
bahaya!!

Lintah Bulan pun boleh jadi entry panjang lebar...kuikui



Wednesday, October 28, 2015

Tempat Makan Sedap di Paka, Terengganu

ada yang tanya tak penat ke pergi Paka, Terengganu 2 hari 1 Malam ni
jawapannya tak penat pun sebab hanya lebih kurang 3 jam sahaja perjalanan dari Putrajaya ke Paka melalui lebuh raya LPT2 dengan kadar Tol RM21.00

ada yang sedia maklum ...macam tak ada tempat lain je nak pi bercuti 
tahun 2014 aku rasa sekali je kot aku pi Terengganu berbanding tahun-tahun sebelumnya ...hehehe
Terengganu kami suka ke sini sebab makanannya 
semua sedap-sedap dan best kot 

dari keropok lekor, ikan celup tepung, sotong/udang celup tepung sampai la ke kuih muih semua best la 
sebab tu kami suka kot ...cuma kali ni tak dapat la nak singgah chendor tempat paling heaven beli keropok dan keropok lekor paling sedap gentel-gentel terus goreng tu ...hmmm nikmatnya kalau teringat sebab kami lalu lebuh raya 
kelebihan lalu lebuh raya ni masa jimat, tenaga pun sama tak letih badan 
malam tu boleh lagi bantu fahim ulangkaji untuk exam

kami minum petang di kedai tepi laut sebelah The Qamar Hotel, Paka 
kami terlambat sikit time ni dah pukul 5.00 petang lebih dah 
banyak dah habis
yang tinggal ini je .... ikan/udang dah tak ada
sotong tu memang sedap sebab lembut dan segar


keropok lekor yang banyak ikan ,,, sedapnye ....


lepas makan teman adik icha main pasir sekejap

kalau ke Kuala Terengganu memang kami ke Pantai Penarik untuk makan celup-celup tepung ni 


Untuk sarapan pagi pula kami ke Kedai Makan Lembah Bidung, Paka 
mudah je nak cari kedai ni 
masuk ikut jalan balai IPD Paka dan berada di tepi jalan, jalan ke The Qamar Hotel Paka 
kat sini ada macam-macam jenis makanan terengganu
nasi dagang
nasi minyak
nasi lemak
laksam
kuih-muih tradisi 
lauk-pauk



nasi minyak kari daging untuk aku 
jangan ditanya mana acar aku ....aku tak makan acar





Kuih pasung ...memang sedap ...aku suka 
sama seperti Kuih Talam tapi lebih wangi kerana di balut dengan daun pisang 

satu lagi tempat makan malam sedap di Jeti naik ikan Paka
semua segar-segar 


Terenggau juga boleh dikatakan syurga makanan macam Penang juga 
sebab kat sini banyak makanan best sebab tu kami tak penah jemu nak pi lagi dan lagi ... mungkin akan ade tarikh terdekat kami akan Terengganu lagi ... mungkin!!

aku memang suka makan tapi sayangnya badan aku tak nak membesar
 lagipun harga makanan kat terengganu tak mahal 
memang jimat la bercuti hati senang perut kenyang 


Tuesday, October 27, 2015

Berhujung Minggu di Rumbia Resort Villa, Paka

24 - 25 Oktober 2015

Percutian hujung minggu di Paka, Terengganu 
tiba-tiba terasa nak makan keropok lekor dan sotong goreng tepung pula 
moh la kita ke Terengganu 

kami menginap di Rumbia Resort Villa, Paka Terengganu 
nak tengok bagaimana resort ini boleh baca review di bawah

untuk kali ketiga rasanya

so far so good la Rumbia Resort Villa ni 
penginapan yang selesa, luas dan bersih 
budak-budak gembira sebab dapat bermain, berlari-lari satu keluarga berkumpul bersama 
memang best la ..kalau hotel ruang bilik kan agak terhad walaupun pilih bilik jenis connecting


budak berdua ni jarang kami bagi kebenaran mandi kolam 
tambah-tambah bila ramai orang 
tapi pada hari kejadian tak ramai orang menginap mungkin belum cuti sekolah dan sekarang ni minggu peperiksaan ... orang belum start pergi bercuti kan lengang la resort ni 

budak berdua yang asyik buat aksi melompat terjun kolam 


kemain abang Fahim .... main...main juga jangan lupa yang kamu tu ada peperiksaan minggu ni 
Fahim yang gembira bercuti tapi kena paksa ulangkaji pelajaran 
nasib la kan ... bercuti, bergambira tapi pelajaran tetap kena ingat 

Semoga Fahim dapat menjawab peperiksaan minggu ini dengan cemerlang dan tenang.
hari ni paper BI dan PI
Good Luck Fahim !!

Monday, October 26, 2015

Bergaya ke Pejabat | Dorothy Perkins

Salam!
Aku rasa ramai yang mencari baju kerja yang cantik, bergaya, trendy dan tampak segak untuk bebas bergerak dan selesa untuk ke pejabat? Bagi mereka yang sedang mencari pakaian Pakaian Pejabat, plus suka beli secara online, mari aku tunjukkan few design Pakaian Pejabat Dorothy Perkin yang dijual di Zalora kali ini.


Pakaian Pejabat Dorothy Perkins



Kelihatan bergaya di pejabat adalah kemestian bagi semua wanita bekerjaya terutama sekali mereka yang sentiasa berhadapan dengan pelanggan dan orang awam. Biasanya pakaian seperti baju kurung, kemeja dan blazer hitam merupakan antara jenis pakaian yang kerap menjadi pilihan para wanita untuk ke pejabat. Tidak dinafikan bahawa berikut adalah jenis pakaian pejabat yang paling ‘selamat’ dipakai tetapi kelihatan terlalu ‘biasa’.  Wanita bekerjaya hari ini seharusnya kelihatan lebih bergaya dan bijak memilih koleksi pakaian yang terkini agar kelihatan lebih menyerlah di tempat kerja.  Oleh kerana itu, jenama antarabangsa Dorothy Perkins kini menawarkan koleksi pakaian pejabat Dorothy Perkins Online untuk para penggemar setia jenama ini yang juga merupakan golongan wanita bekerjaya.







Koleksi outerwear atau blazer seperti berikut merupakan alternatif terbaik untuk menggantikan koleksi blazer hitam yang kerap anda gayakan ke pejabat.  Dengan rekaan yang lebih moden dan penggunaan fabrik yang lembut, anda akan berasa lebih selesa seharian di pejabat.





Atau anda juga boleh keluar dari zon selamat dengan menggayakan koleksi blazer bermotif corak bunga seperti ini untuk penampilan yang lebih ceria dan bertenaga.  Tenaga dan aura positif memberi impak yang besar dan kuat terhadap pekerjaan dan penilaian terhadap terhadap kerjaya kita.  Sebab itu pakaian memainkan peranan penting dalam kerjajaya kita.  Kita boleh dinilai dengan penampilan sama ada kita seorang yang kemas, berkebolehan atau sebaliknya.





Begitu juga dengan pelbagai koleksi blouse dan kemeja yang berkualiti dengan rekaan corak dan pelbagai pilihan warna yang menarik. Anda juga boleh padankan koleksi blouse ini dengan memakai seluar slack atau skirt labuh. Tampak manis dan bergaya.




Dan untuk wanita yang ‘daring’ atau berani untuk tampil lain daripada yang lain, koleksi jumpsuit seperti ini juga boleh anda gayakan sebagai pakaian ke pejabat.  Nampak smart dan lebih berkeyakinan dengan menggayakan koleksi dari Pakaian Pejabat Dorothy Perkins.






Friday, October 23, 2015

Petang yang penuh debaran | BAJET 2016

Aku perasan skop kerja aku ni tiap kali jumaat dan isnin mesti sibuk sampai tak sempat nak buat benda lain kecuali kertas-kertas atas meja dan arahan-arahan

Bila hari semakin petang ni semakin berdebar-debar pula menunggu bajet 2016 yang akan dibentangkan

Aku rakyat marhean mengharapkan kelainan di dalam bajet kali ini.

1. Had maksimum kenaikan yuran taska seiring dengan kadar ekonomi(supaya pengusaha tidak menaikan yuran sesuka hati)
2. Bantuan taska perkapita isi rumah RM6500
3. Bantuan persekolahan diteruskan dan dinaikan
4. BR1M dikaji semula.  Kami tak nak BR1M tapi nak subsidi yang berterusan.
5. harga ubatan dan perkhidmatan kesihatan tidak dinaikkan disebabkan TPPA yang bakal dimeterai.
6. Jangan lupa kenaikkan gaji dan bonus penjawat awam ^____^

Ini yang aku harapkan ....kalau korang tak setuju itu pendapat masing-masing

Masih berharap yang MALAYSIA TIDAK AKAN MENANDATANGANI TPPA yang mungkin menyebabkan negara kita kembali terjajah



Thursday, October 22, 2015

Beriadah dalam Jerebu dan Promosi Air Asia Serendah RM29

18/10/2015

hari sabtu lepas tak perasan pun yang kat luar dah jerebu teruk 
kami sepanjang hari dok dala rumah je tak keluar-keluar
dah keluar rumah baru nampak yang cuaca amat tidak sihat 
anak-anak dah asyik sebut "ala...ala"
kesian punya pasal ....kami bagi la juga walaupun sedar dengan keadaan cuaca dan risiko-risikonya 

dulu mungkin aku akan bantah 100% sebab tahu keadaan Fahim yang memang ada asthma 
sejak Fahim amalkan SHAKLEE dan memang nampak perubahan sangat ketara 
aku berani bagi kebenaran tapi untuk jangka masa yang pendek sahaja. 
walaupun 95% bebas dari asthma tapi risiko kesihatan lain yang disebabkan jerebu tetap ada kan 
kena ambil kira juga perkara tu
nak info dan maklumat lanjut boleh PM eima 0129220376

beriadah di dalam jerebu...korang jangan tiru ..sangat berbahaya ni 
risiko tanggung sendiri 

meluncur laju di laluan curam 
jangan tiru aksi bahaya ini ...tak pandai control memang tersagat lutut

jerebu yang kelabu 


Alisha yang gembira 


abah rajin melayan budak berdua ni 
tarik jangan tak tarik 

semua kualiti gambar tak cantik sebab kelabu begini 
sebelum siapkan anak-anak dan berjanji nak bawa diorang beriadah kena pastikan cuaca di luar elok 
musim jerebu sekarang ni kejap elok kejap teruk 


masa macamni la rasa mcam nak bercuti kat negara yang tak dilanda jerebu ...rindu dengan langit nanbiru dan mentari  yang terang tambahan pula sekarang ni Promosi Air Asia Serendah RM29
jangan lepaskan peluang untuk buat tempahan sekarang


Wednesday, October 21, 2015

Smart Phone anda memang canggih kalau boleh buat 8 perkara ini


aku mula pakai handphone waktu umur 17 tahun selepas SPM tahun 2002
time tu tengah hot NOKIA 3310 
siapa yang pakai HP ni memang hebat la
siap boleh letak atas meja tengok dia Vibrate memang syok tengok member ralit dok main game snake ...memang legend betul 

tapi tahun 2002 tu belum mampu lagi pakai HP NOKIA tu harga RM400 lebih kot  masa tu 
dari dulu sampai sekarang aku suka selit duit merata-rata kadang tu sampai lupa kat mana aku selit...
dan waktu tengah tunggu keputusan SPM keluar aku ada buat part time kat kilang dan sebagai jurujual kat pasaraya so dapat la kumpul duit dan beli HP pertama iaitu ALCATEL dengan hasil selitan duit dan gaji pertama
 tak lama lepas tu aku dapat masuk poli ...aku pakai HP ni sampai semester 2 sebelum boyfriend aka enPanjang aku bagi HP NOKIA 3310 dia kat aku dan aku pakai hingga la keluarnya HP NOKIA berwarna, itu pun enPanjang yang bagi so tak ada cerita aku habiskan duit PTPTN aku beli HP sebab semua HP aku enPanjang yang sponsor

aku masih lagi ingat masa ni aku selalu dok berangan kan best kalau  HP boleh ambil gambar 
skrin berwarna ...pastu boleh tempek gambar aku dan enPanjang sebagai Screen Saver (tetiba rindu kenangan bercinta dulu ....kikikikiki)
tak lama lepas tu keluar pelbagai siri HP yang canggih bermula dengan tambahan kamera, games dan macam-macam lagi hingga zaman kenaikan jenama SAMSUNG dan apple keluarkan iPhone 
dan sekarang dunia tidak boleh hidup tanpa gajet dan HP  yang canggih 

tapi zaman serba moden dan canggih ni pun kita masih berharap smartphone kita boleh buat 8 perkara hebat ni memang awesome! lah

bermimpi yang smartphone kita boleh 8 perkara hebat tu jom tengok apa yang honor7 boleh buat!!


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY

GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY





JOM MERIAHKAN SEGMEN 
KLIK BANNER SEGMEN UNTUK INFO LANJUT

DETAIL SEGMEN

** 19 PEMENANG DI CARI
** MULA : 21 OKTOBER 2015
** TAMAT : 31 OKTOBER 2015




GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally,  Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.

Aku dan Hadiah Edisi Terhad Petronas

ada yang masih ingat dengan PAYUNG petronas tahun 2014
punya aku gigih mendapatkannya 
gigihnya aku mengisi minyak di Petronas dan mengumpul resit dan cop
aku masih ingat meninggalkan nombor HP dan gigih menghubungi Petronas Dagangan untuk mendapat info tarikh penghantaran payung tersebut 
nampak tak betapa gigihnya aku nak dapatkan Payung edisi terhad dari petronas ni 
dan akhirnya aku dapat..  YEAY!




tahun ni Petronas buat lagi Promosi tebus hadiah edisi terhad dengan corak yang sama 
memang cun la hadiah-hadiah tu
jom tengok apa PETRONAS nak bagi lagi
 3 Hadiah Edisi Terhad PETRONAS, Jom Tebus
aku sudah pasti akan gigih seperti tahun lepas lagi
syok wei dapat hadiah edisi terhad macam ni ... orang tak ada tapi kita ada ...unik kan

[REDEEM NOW] Championship merchandise exlusively for MESRA card members. Quick, it's limited!

Deria Rasa yang keliru dengan mentos Incredible Chew!


dari dulu-dulu lagi aku memang sukakan mentos 
sebab rasa yang sedap 
dari perasa mint sampai la ke sour 
semua best 
tapi kali ni lagi best bila mentos keluarkan Incredible Chew! ni 
memang aku lagi suka 
sedap wei ...kurang manis dan kenyal 

memula kunyah tu aku keliru kejap ni aku tengah kunyah gula-gula getah ke gula-gula ni 
sampai aku suruh anak aku stop dulu jangan masukkan dalam mulut 
biar mama pastikan ni gula-gula getah ke gula-gula 
haa sampai gitu sekali kau !!


mentos Incredible Chew! berharga RM1.95 di Tesco
dengan 3 jenis rasa iaitu green apple, grape dan strawberry
yang strawberry tu aku jumpa di tesco ICM tapi tak beli beli sebab Q panjang sangat 


green apple & grape flavor 

satu kelainan dengan mentos kan 
bila sebut mentos mesti terbayang gula-gula keras dan bulat 
tapi yang ini lain 
memang korang kena try la ....serius memang sedap 



Tuesday, October 20, 2015

Berbowling di Hari Cuti Jerebu

19/10/2015

semalam cuti jerebu ke5 semalam aku pun cuti juga 
rasa kurang sihat sedikit tapi fast recovering dengan Vita-C Plus Shaklee 
rasa sakit tekak dan macam selsema ringan 
lepas telan 2 biji Vita C semalam setiap 5 jam 
pagi ni rasa segar sakit tekak pun dah hilang 
memang Vitamin c ni membantu menguatkan imun badan kan 

petang semalam bawa anak-anak jalan-jalan ke IOI City Mall lepas makan di Medan Selera Presint 8
aku suka makan kat situ sebab ada menu utara kegemaran aku 
Cucuq udang kuah kacang
bihun sup utara
dengan Char Kueh Teow

saja pusing-pusing dalam tu 
bosan terkurung di dalam rumah 

bawa budak-budak ni main boling pertama kalinya 






kat IOI City Mall tu tak ada tempat riadah yang sesuai untuk kanak-kanak, boling pun boling la 
tunggu Kidzoonia je la buka nanti 

aku macam biasa malas nak main ... hahaha 
dok tepi tengok je ... ada sekali dua kot tolong lempar bola 
rasanya dah 12 tahun kot tak sentuh bola boling ni 
sejak tinggalkan sekolah 

Fahim cakap penat sebab bola terlalu berat...paling ringan pun  no 8 sama dengan 8 kilo 

ok la ada la juga aktiviti regangan otot selepas mama asyik suruh ulangkaji dan buat latihan untuk persediaan peperiksaan minggu ni 



Monday, October 19, 2015

6 jam tunggu demi buku merah

Buku merah kami dah tamat tempoh awal bulan oktober ari tu
Pulun la pi buat cepat-cepat sebelum tok jib umum bajet 2016
Kot-kot harga buku merah naik tahun depan 
Tahun 2015 untuk memperbaharui dan buat pasport cuma RM200 untuk dewasa dan RM100 untuk kanak-kanak bagi tempoh 5 tahun  

Kali ni kami buat di UTC Kuala Lumpur
Kami sampai di UTC lebih kueang jam 9.00am dan dapat ambil nombor giliran pukul 10.00am
Dan giliran no dipanggil jam 4.00pm
Lebih kurang jam 6 jam kami menunggu dengan kos bayaran parking RM17.80
RM11.00 di UTC dan RM6.80 di Multilevel Parking kat petaling street



Puas menunggu...hampir putus asa nak menunggu...
Tapi alang-alang menyeluk perkasam biar ke pangkal lengan
Dah separuh hari menunggu ...memang kurang cerdik la balik....


Proses untuk perbaharui pasport ni x sampai 10 minit pun.kejap je tapi disebabkan kuantiti orang yang ramai sebab tu jadi lambat.
Walaupun orang ramai macam-macam peel tapi pegawai imigresen ini sangat profesional dan cool. Kalau kita pegawai barisan hadapan begini mesti hilang akal juga kalau orang tak putus-putus.

Kalau tetiba terplan nak pi negara jiran...tak la terbantut...macam hari minggu lepas....
Balik Langkawi hujung tahun ni boleh terjah wang kelian sekarang ni nak masuk ke sana kena ada pasport dah sejak kes kubur  rohingya 





Thursday, October 15, 2015

GIVEAWAY DIANA RASHID BERSAMA MAMALINK DOT COM.

Assalamualaikum..







Hari ini saya nak jemput semua blogger untuk sama-sama meriahkan Giveaway saya .Hadiah berupa   beberapa produk Mustela yang bakal di berikan kepada 10 pemenang.Saya dan Mamalink.com.my selaku penaja utama give away ni   ada juga menjemput beberapa penaja lain untuk sama2 memeriahkan Giveaway kali ini.



Untuk melayak kan kawan2 semua menyertai Giveaway ini ada beberapa syarat mudah yang perlu kawan-kawan patuhi..Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.





SENARAI HADIAH


*Mustela travel pack x 10 pemenang

setiap pek mengandungi :-

  • Mustela Dermo Cleansing 50ml
  • Mustela Cleansing Milk 50ml
  • Mustela PhysioBebe 50ml
  • Mustela 1-2-3 Vitamin Barrier Cream 10ml
  • Mustela Soothing Comfort Balm 3ml
  • Mustela Cold Cream 5ml
( Baca disini maklumat mengenai produk Mustela)



*Wang tunai Rm30 x 1 pemenang



*wang tunai Rm20 x 1pemenang



*sehelai instant shawl + broach x 1 pemenang



*1 set produk kecantikan x 2pemenang



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN



-Like facebook penaja.

Asyalya

Mamalink





-Follow instagram penaja.

@mnizamyusof

@dianarashid80

@safurara




-Follow blog penaja

Bahejabella

Safurara.com

Dianarashid.com

Asyalya



-Buat satu entry khas dengan tajuk GIVEAWAY DIANA RASHID BERSAMA MAMALINK DOT COM.



-copy codding di bawah dan paste kan di html blog post anda.



<div dir="ltr" style="text-align: left;" trbidi="on">

Assalamualaikum..<br />

<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">

<a href="http://1.bp.blogspot.com/-MQlQxpHKJfY/VgySnCkWP4I/AAAAAAAAkGY/46Q7ypxaeuU/s1600/20151001071835.png" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="320" src="http://1.bp.blogspot.com/-MQlQxpHKJfY/VgySnCkWP4I/AAAAAAAAkGY/46Q7ypxaeuU/s320/20151001071835.png" width="320" /></a></div>

<br />

<span id="goog_554192491"></span><span id="goog_554192492"></span><br />

<br />

Hari ini saya nak jemput semua blogger untuk sama-sama meriahkan Giveaway saya .Hadiah berupa &nbsp; beberapa produk Mustela yang bakal di berikan kepada 10 pemenang.Saya dan <a href="http://www.mamalink.com.my/" target="_blank">Mamalink dot com</a> selaku penaja utama give away ni &nbsp; ada juga menjemput beberapa penaja lain untuk sama2 memeriahkan Giveaway kali ini.<br />

<br />

Untuk melayak kan kawan2 semua menyertai Giveaway ini ada beberapa syarat mudah yang perlu kawan-kawan patuhi..Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.<br />

<br />

<br />

<b><span style="color: #cc0000;">SENARAI HADIAH</span></b><br />

<b><br /></b>*Mustela travel pack x 10 pemenang<br />

setiap pek mengandungi :-<br />

<ul style="text-align: left;">

<li>Mustela Dermo Cleansing 50ml</li>

<li>Mustela Cleansing Milk 50ml</li>

<li>Mustela PhysioBebe 50ml</li>

<li>Mustela 1-2-3 Vitamin Barrier Cream 10ml</li>

<li>Mustela Soothing Comfort Balm 3ml</li>

<li>Mustela Cold Cream 5ml</li>

</ul>

( Baca<a href="http://www.mamalink.com.my/" target="_blank"><b><span style="color: #9fc5e8;"> </span><span style="color: blue;">disini</span><span style="color: #9fc5e8;"> </span></b></a>maklumat mengenai produk Mustela)<br />

<br />

*Wang tunai Rm30 x 1 pemenang<br />

<br />

*wang tunai Rm20 x 1pemenang<br />

<br />

*sehelai instant shawl + broach x 1 pemenang<br />

<br />

*1 set produk kecantikan x 2pemenang<br />

<br />

<b><span style="color: #cc0000;">SYARAT-SYARAT PENYERTAAN</span></b><br />

<br />

<b>-Like facebook penaja.</b><br />

<a href="https://www.facebook.com/Tempahan-Jahitan-Sue-Ezalya-1041196959237511/timeline/?ref=bookmarks" target="_blank">Asyalya</a><br />

<a href="https://www.facebook.com/mamalinkfans" target="_blank">Mamalink</a><br />

<b><br /></b>

<b><br /></b>

<br />

<div class="fb-like" data-action="like" data-href="https://www.facebook.com/Tempahan-Jahitan-Sue-Ezalya-1041196959237511/timeline/" data-layout="box_count" data-share="false" data-show-faces="false">

</div>

<div class="fb-like" data-action="like" data-href="https://www.facebook.com/mamalinkfans" data-layout="box_count" data-share="false" data-show-faces="false">

</div>

<b>-Follow instagram penaja</b>.<br />

<b><a href="https://instagram.com/mnizamyusof/" target="_blank"><span style="color: #990000;">@mnizamyusof</span></a></b><br />

<b><a href="https://instagram.com/dianarashid80" target="_blank"><span style="color: #990000;">@dianarashid80</span></a></b><br />

<b><a href="http://www.instagram.com/safurara" target="_blank"><span style="color: #990000;">@safurara</span></a></b>

<br />

<br />

<b>-Follow blog penaja</b><br />

<a href="http://www.bahejabella.com/" target="_blank">Bahejabella</a><br />

<a href="http://www.safurara.com/" target="_blank">Safurara.com</a><br />

<span style="color: #e06666;"><a href="http://www.dianarashid.com/" target="_blank">Dianarashid.com</a></span><br />

<a href="http://blogashalya.blogspot.my/" target="_blank">Asyalya</a><br />

<br />

-Buat satu entry khas dengan tajuk GIVEAWAY DIANA RASHID BERSAMA MAMALINK DOT COM.<br />

<br />

-copy codding di bawah dan paste kan di html blog post anda.<br />

<br />

<center>

<div style="background-image: url(&quot;https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQcjHmqNSEXYkQZumugT_hamp1tcppTY0kt6-47HHnyg5VPWGWC&quot;); border: 2px dotted #FF3399; height: 150px; overflow: auto; width: 400px;">

<div dir="ltr" style="text-align: left;" trbidi="on">

&lt;div dir="ltr" style="text-align: left;" trbidi="on"&gt;<br />

Assalamualaikum..&lt;br /&gt;<br />

&lt;div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"&gt;<br />

&lt;a href="http://1.bp.blogspot.com/-MQlQxpHKJfY/VgySnCkWP4I/AAAAAAAAkGY/46Q7ypxaeuU/s1600/20151001071835.png" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"&gt;&lt;img border="0" height="320" src="http://1.bp.blogspot.com/-MQlQxpHKJfY/VgySnCkWP4I/AAAAAAAAkGY/46Q7ypxaeuU/s320/20151001071835.png" width="320" /&gt;&lt;/a&gt;&lt;/div&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

&lt;span id="goog_554192491"&gt;&lt;/span&gt;&lt;span id="goog_554192492"&gt;&lt;/span&gt;&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

Hari ini saya nak jemput semua blogger untuk sama-sama meriahkan Giveaway saya pada kali ni.Hadiah berupa &amp;nbsp; beberapa produk Mustela yang bakal di berikan kepada 10 pemenang.Saya dan Mamalink dot com selaku penaja utama give away ni &amp;nbsp; ada juga menjemput beberapa penaja lain untuk sama2 memeriahkan Giveaway kali ini.&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

Untuk melayak kan kawan2 semua menyertai Giveaway ini ada beberapa syarat mudah yang perlu kawan-kawan patuhi..Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

&lt;b&gt;&lt;span style="color: #cc0000;"&gt;SENARAI HADIAH&lt;/span&gt;&lt;/b&gt;&lt;br /&gt;<br />

&lt;b&gt;&lt;br /&gt;&lt;/b&gt;*Mustela travel pack x 10 pemenang&lt;br /&gt;<br />

setiap pek mengandungi :-&lt;br /&gt;<br />

&lt;ul style="text-align: left;"&gt;<br />

&lt;li&gt;Mustela Dermo Cleansing 50ml&lt;/li&gt;<br />

&lt;li&gt;Mustela Cleansing Milk 50ml&lt;/li&gt;<br />

&lt;li&gt;Mustela PhysioBebe 50ml&lt;/li&gt;<br />

&lt;li&gt;Mustela 1-2-3 Vitamin Barrier Cream 10ml&lt;/li&gt;<br />

&lt;li&gt;Mustela Soothing Comfort Balm 3ml&lt;/li&gt;<br />

&lt;li&gt;Mustela Cold Cream 5ml&lt;/li&gt;<br />

&lt;/ul&gt;<br />

( Baca&lt;a href="http://www.mamalink.com.my/" target="_blank"&gt;&lt;b&gt;&lt;span style="color: #9fc5e8;"&gt; &lt;/span&gt;&lt;span style="color: blue;"&gt;disini&lt;/span&gt;&lt;span style="color: #9fc5e8;"&gt; &lt;/span&gt;&lt;/b&gt;&lt;/a&gt;maklumat mengenai produk Mustela)&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

*Wang tunai Rm30 x 1 pemenang&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

*wang tunai Rm20 x 1pemenang&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

*sehelai instant shawl + broach x 1 pemenang&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

*1 set produk kecantikan x 2pemenang&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

&lt;b&gt;&lt;span style="color: #cc0000;"&gt;SYARAT-SYARAT PENYERTAAN&lt;/span&gt;&lt;/b&gt;&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

&lt;b&gt;-Like facebook penaja.&lt;/b&gt;&lt;br /&gt;<br />

&lt;a href="https://www.facebook.com/Tempahan-Jahitan-Sue-Ezalya-1041196959237511/timeline/?ref=bookmarks" target="_blank"&gt;Asyalya&lt;/a&gt;&lt;br /&gt;<br />

&lt;a href="https://www.facebook.com/mamalinkfans" target="_blank"&gt;Mamalink&lt;/a&gt;&lt;br /&gt;<br />

&lt;b&gt;&lt;br /&gt;&lt;/b&gt;<br />

&lt;b&gt;&lt;br /&gt;&lt;/b&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

&lt;div class="fb-like" data-action="like" data-href="https://www.facebook.com/Tempahan-Jahitan-Sue-Ezalya-1041196959237511/timeline/" data-layout="box_count" data-share="false" data-show-faces="false"&gt;<br />

&lt;/div&gt;<br />

&lt;div class="fb-like" data-action="like" data-href="https://www.facebook.com/mamalinkfans" data-layout="box_count" data-share="false" data-show-faces="false"&gt;<br />

&lt;/div&gt;<br />

&lt;b&gt;-Follow instagram penaja&lt;/b&gt;.&lt;br /&gt;<br />

&lt;b&gt;&lt;a href="https://instagram.com/mnizamyusof/" target="_blank"&gt;&lt;span style="color: #990000;"&gt;@mnizamyusof&lt;/span&gt;&lt;/a&gt;&lt;/b&gt;&lt;br /&gt;<br />

&lt;b&gt;&lt;a href="https://instagram.com/dianarashid80" target="_blank"&gt;&lt;span style="color: #990000;"&gt;@dianarashid80&lt;/span&gt;&lt;/a&gt;&lt;/b&gt;&lt;br /&gt;<br />

&lt;b&gt;&lt;a href="http://www.instagram.com/safurara" target="_blank"&gt;&lt;span style="color: #990000;"&gt;@safurara&lt;/span&gt;&lt;/a&gt;&lt;/b&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

&lt;b&gt;-Follow blog penaja&lt;/b&gt;&lt;br /&gt;<br />

&lt;a href="http://www.bahejabella.com/" target="_blank"&gt;Bahejabella&lt;/a&gt;&lt;br /&gt;<br />

&lt;a href="http://www.safurara.com/" target="_blank"&gt;Safurara.com&lt;/a&gt;&lt;br /&gt;<br />

&lt;span style="color: #e06666;"&gt;&lt;a href="http://www.dianarashid.com/" target="_blank"&gt;Dianarashid.com&lt;/a&gt;&lt;/span&gt;&lt;br /&gt;<br />

&lt;a href="http://blogashalya.blogspot.my/" target="_blank"&gt;Asyalya&lt;/a&gt;&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

-Buat satu entry khas dengan tajuk GIVEAWAY DIANA RASHID BERSAMA MAMALINK DOT COM.&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

-copy codding di bawah dan paste kan di html blog post anda.&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

-tinggalkan link entry di kotak komen &lt;b&gt;&lt;span style="color: #cc0000;"&gt;&lt;a href="http://www.dianarashid.com/2015/10/giveaway-dianarashid-bersama-mamalink.html" target="_blank"&gt;di entry ini&lt;/a&gt;.&lt;/span&gt;&lt;/b&gt;&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

- tarikh tutup pada 18 oktober 2015 jam 12 malam.&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

Semoga berjaya semua..&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

&lt;br /&gt;<br />

sekian..&lt;/div&gt;<br />

<div>

<br /></div>

</div>

</div>

<center>

<br /></center>

<div style="text-align: left;">

<span style="text-align: left;">-tinggalkan link entry di kotak komen </span><b style="text-align: left;"><span style="color: #cc0000;"><a href="http://www.dianarashid.com/2015/10/giveaway-dianarashid-bersama-mamalink.html" target="_blank">di entry ini</a>.</span></b></div>

<div style="text-align: left;">

<br /></div>

<div style="text-align: left;">

<span style="text-align: left;">- tarikh tutup pada 18 oktober 2015 jam 12 malam.</span></div>

<div style="text-align: left;">

<br /></div>

<div style="text-align: left;">

<span style="text-align: left;">Semoga berjaya semua..</span></div>

<div style="text-align: left;">

<br /></div>

<br />

sekian..</center>

</div>



-tinggalkan link entry di kotak komen di entry ini.

- tarikh tutup pada 18 oktober 2015 jam 12 malam.

Semoga berjaya semua..



sekian..

Fahim kena cucuk kiri dan kanan bahu serentak

hari ni Fahim kena injection imuninasi 
aku pun tak pasti tapi aku rasa DTaP dan MMR Vaksin (lanjutan)
sebab kiri dan kanan bahu Fahim kena cucuk 
kesian anak teruna aku tu 
balik terus mengadu .... tak sempat nak mama nak tegur dia 

tak ada pula cikgu maklumkan apa-apa 
Fahim cakap cikgu kelas dia ada bagitau lama dah yang diorang semua akan kena cucuk tapi tak pasti bila 
Fahim ingat cikgu sengaja nak takutkan diorang sebab nakal ...rupanya betul 
as long as Fahim ok 
aku tak kisah sangat ....
 tapi mungkin kena maklumkan kepada ibu bapa secara bertulis kot 
cuma untuk makluman sahaja 
supaya ibu bapa alert mengenai perkara ini 


Fahim hari ni aku cutikan dia dari KAFA sebab dia mengadu sakit bahu 
ye la kan ....mesti la sakit 
kiri dan kanan kan kena cucuk serentak pada hari yang sama 
fahim cakap jarum kuning tak sakit sangat tapi yang jarum biru tu sakit macam sangat-sangat 



hopefully Fahim tak demam hari ni 
sebab esok dah start dah peperiksaan akhir tahun 
semoga Fahim kuat dan malam ni kita boleh ulangkaji dan buat sedikit latihan tulisan jawi