Monday, November 30, 2015

my feeble day




i'm not feeling well today ..maybe after have a good rest and have a hot ginger tea
it will be better 

My  Shaklee VitaC Plus stocks a spotless
a hot selling item this month with a great promo
very cheap 
so my own stock that i kept for myself, i 'd to sell to my regular customer 
maybe she need it more than i am.
so now my body helpless ... my antibody had to work very hard then it make me feeble


cepat-cepat la stok sampai 

sape-sape nak dapatkan VitaC Plus Shaklee may pm cepat-cepat hari ni hari terakhir nak dapat harga terlajak promo dari eima 

pm kat 0129220376




Thursday, November 26, 2015

Menanam Cita-cita di Petrosains

13/06/2015

ini cerita cuti sekolah semester kedua dulu 
aku tak sempat nak update 

bawa anak-anak ke Petrosains, KLCC
kami pergi dengan kakak enPanjang sekeluarga
kami pergi awal pagi untuk elakkan Q yang panjang dan orang ramai
masuk percuma sebab kakak ipar ada tiket free
ini harga tiket untuk masuk ke Petrosains, KLCC

untuk diskaun harga tiket boleh semak di sini sponsorship yang terlibat 


ride berkaitan sejarah 
paparan mengenai sejarah dan sains

menguji kelajuan angin 

banyak aktiviti berkonsepkan sains boleh buat di sini 

tengok replika haiwan prasejarah

gajah zaman prasejarah 



untuk masuk ke Pelantar Minyak kena bayar 
rasanya RM2.00 seorang

menunggu giliran untuk masuk ke dalam seksyen Pelantar Minyak

ride kedua yang ada di Petrosains
helikopter ke Pelantar Minyak 
tapi dalam ride ni bukan view nak ke Pelantar Minyak pun 

4D show ... perang-perang ....


di pelantar minyak 
kat sini banyak yang kita boleh belajar mengenai pelantar minyak 
memang pembakar semangat anak-anak ni untuk mengikut kerjaya Pakcu diorang 
pi offshore naik helikopter 

ni di bahagian F1
boleh try main games kereta FI

ni ride ketiga bergoyang-goyang bila kita naik 
RM2.00 sekali naik 


lear to be a goalkeeper


lepas keluar dari Petrosains kami ke Planetarium Kuala Lumpur
musim cuti sekolah kan memang penuh orang 


kebetulan ada pameran di luar Planetarium suka la budak-budak ni join 
dapat macam-macam free gift 



lawatan sambil belajar
macam-macam yang diorang pelajari 

saja je aku share enytry ni ...cuti sekolah dah bermula boleh la rancang aktiviti-aktiviti berfaedah dengan anak-anak 

kos pun tak mahal bagi orang Kuala Lumpur/Selangor/N9
dekat je kan tapi menarik






Tuesday, November 24, 2015

Beriadah di Monumen Alaf Baru, Putrajaya

14/11/2015

dah lama kami tak ke Monumen Alaf Baru, Putrajaya 
Fahim pun dah pandai membaca memang sesuai sangat bawa ke sini untuk Fahim mengenal dan mengetahui mengenai sejarah Malaysia 

sambil berjalan-jalan sambil tu dapat ilmu baru 
hari sabtu hari tu cuaca dah mendung
kami tak lama pun di sini 

ada tarikan baharu di tepi Monumen Alaf Baru ni 
Skyride Park 
yang mana orang ramai berpeluang menaiki Belon Panas, naik perahu, indoor game, dan banyak lagi aktiviti menarik di Skyride Park ni 
kami tak pi try lagi Skyride Park ni mungkin minggu -minggu depan



ni mesti kerja pengunjung yang tak bertanggungjawab merosakkan harta awam




aku perasan banyak juga kerosakan di sini 
seperti berkarat, salir air tersumbat dan pecah/bengkok.

aku rasa sedih bila tengok keadaan ni ...
seperti tak terjaga 
aku rasa pihak berwajib seperti PPJ ambil maklum dan buat penyelanggaraan berperingkat
aku juga berharap pengunjung juga jangan buat vandalisma 


semua ni Tun M punya ideas 
sayang la kalau tak dijaga 
kat sini juga boleh jadi pusat tarikan pelancongan 

aku dah bermastautin di Putrajaya dah lama
so aku memang sangat sayangkan Putrajaya  ni 
bila pula aku rasakan Malaysia semakin bergolak dengan masalah dalaman 

aku sedikit kecewa dengan penjualan 100% EDRA salah satu pegangan 1MDB kepada CGN sebuah syarikat China
dan juga TPPA 

kesannya mungkin kita rakyat marhean tak kan rasa dalam tempoh terdekat 
aku tak dapat jangkakan kesannya akan datang 
macam-macam kemungkinan akan berlaku 

dan agak-agaknya apa akan berlaku pada tahun 2020 
wawasan 2020 yang divisikan oleh Tun M adakah akan berjaya ??



Monday, November 23, 2015

Menyelusuri Tasik Putrajaya dengan Perahu Dondang Sayang

15/11/2015

setiap hari minggu kami akan cari masa untuk luangkan masa berkualiti dengan anak-anak 
walaupun tidak keluar dari Putrajaya macam-macam aktiviti boleh buat
Putrajaya ni pun banyak tempat menarik untuk dilawati dan  beriadah 
dari yang perlu mengeluarkan belanja hingga yang percuma

minggu lepas sarapan kami ke Taman Botani Putrajaya 
beriadah, ambil angin, tengok pemandangan dan berjalan kaki 

dan kami juga mencuba sesuatu yang baharu 
bersiar-siar dengan Perahu Dondang Sayang menyelusuri Tasik Putrajaya
dengan kadar yang murah dan berpatutan 




 cantik dan indahnya Putrajaya dari sisi pandangan dari tengah tasik 
waktu dalam perahu ni aku sangat mengagumi TUN M dan berterima kasih kepada beliau untuk ideas beliau yang hebat ini 

memang tiada galang gantinya TUN M 
pemimpin yang mempunyai visi masa depan yang hebat.


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit 
bermula dari Jeti Taman Botani Putrajaya hingga ke Monumen Alaf Baru Putrajaya
dan membuat U-turn untuk kembali ke Jeti Taman Botani 
cuaca sangat cerah 
pemandangan cukup indah 


Jeti Taman Botani Putrajaya

Kos menyelusuri Tasik Putrajya adalah RM40 untuk keluarga kecil kami 


Harga tiket :
Dewasa RM10
Kanak-kanak RM10
bawah 3 tahun percuma

harga yang berpatutan dan lebih murah berbanding jika menaiki di Jeti Cruise Tasik Putrajaya area Masjid Putra


Cruise Tasik Putrajaya

11 tahun tinggal di Putrajaya 
tahun 2015 ni baru kami aktif bersiar di Putrajaya 




Friday, November 20, 2015

Uji Deria Rasa Dengan Mentos Soda Mix Limited Edition

kali ni aku nak share gula terbaru Mentos

Mentos Soda Mix Limited Edition


memang sedap
perasa buah-buahan dengan sedikit rasa soda 
kominasi yang menarik 
masih mengekalkan rasa mentos sebenar dengan tambahan rasa soda

harga RM1.15 di mydin

rugi tak cuba 

ni pun gula-gula mentos yang baharu juga Mentos Incredible Chew!!




Wednesday, November 18, 2015

Beriadah dan Jumpa Perkampungan SMURF's??

setiap hari sabtu atau ahad setiap minggu jika tak ada apa-apa aktiviti di luar kawasan 
kami akan bawa anak beriadah di taman-taman sekitar Putrajaya 
kat Putrajaya ni banyak tempat riadah 
TQ TUN M sebab bangunkan Putrajaya ini 
dapat kami rakyat marhaen ni beriadah di taman-taman yang cukup cantik dan indah ni 

dulu-dulu aku ni pemalas nak bersukan dan buat aktiviti keluarkan peluh 
aku pakai jeans je datang sini 
sekarang ni berubah la sikit 
aku pakai track suit dan jog shoes tapi bukan bermakna aku suka bersukan sekarang ni TAPI
supaya aku dapat kejar 2 budak kecik yang suka berlari ni 
letih mak tau tak kejar diorang ni memang berpeluh-peluh






"mama tengok ni, Kampung Smurf's!!"


memang macam perkampungan smurf's pun tapi cendawan tu warna putih je la 
kalau warna warni mesti cantik sangat 

ada sapa-sapa boleh terangkan kat aku tak kenapa cendawan tu tumbuh dalam bulatan tu ek.... dia tak tumbuh merata?? kot-kot ada cikgu sains Cikgu Azhrine ke TA ke boleh tolong jawab... hehehe

Betul ke Sebutan Korang ni??

rupanya banyak yang aku salah sebut jenam-jenama terkenal ni 
ejaan lain sebutan lain 
ada tu aku langsung tak reti nk sebut ... keh keh keh

ni pun salah juga 

yang ni memang salah sokmo la selama ni 



ni aku tak reti sebut 



yang ni memang aku tahu 













hahaha selama bertahun pakai aku sebut salah rupanya 

almaklum la aku ni jenis tak mampu beli barang berjenama 
tak ambil tahu pasal barang berjenama dah tak mampu buat apa nak ambil tahu 
jadinya memang aku tak tahu sangat mengenai perkembangan fesyen terkini sekarang 

lagi satu aku ni jenis memang tak mudah terpengaruh dengan sesuatu jenama 
sebab satu aku memang kedekut 
walaupun orang cakap shopping boleh hilangkan stress tapi aku berbeza 
entahlah....aku pun kadang tu rasa pelik juga
korang jangan nak pelik sangat ...hahaha

kadang tu aku tengok setengah orang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk sesuatu jenama ...kalau memang kaya dan tak tahu nak buat apa dengan duit walaupun dah berzakat dan bersedekah ok la 
tapi yang tak ada duit ni sanggup juga menyimpan kerana nak dapatkan sesuatu jenama ...ok la bagus la tindakan dia kan ..jangan sampai berhutang sudah 

ada juga yang sanggup beli yang tiruan dan seludup 
itu aku tak berani komen tapi kalau aku kalau betul-betul nak bergaya biar la yang original

aku ni pakai apa yang aku rasa selesa 
sebab tu aku tak penah nak terpengaruh OOTD 
dah kata tak pandai berfesyen lagi satu tu aku ni jenis pemalu kot 
payah betul aku nk ambil gambar selfie 
memandangkan dah tersebut selfie ni 
aku harap pada kaki selfie dan kaki update FB supaya elakkan update status anda berada di mana, barang-barang berjenama korang, duit ke, apa-apa la yang bakal mengundang orang di luar sana mempunyai niat untuk melakukan jenayah terhadap korang 

seriau pulak aku baca cerita mengenai kes wanita mati dijerut tu
semoga arwah berada dikalangan orang beriman dan rohnya dirahmati. InshaaAllah 



sebutan korang betul ke sebut nama jenama-jenama tu ??