Wednesday, December 30, 2015

Percutian Keluarga Besar Kami ke Pulau Helang Merah aka Lang Kawi

Part 1

20/12/2012

cuti hujung tahun kali ini kami satu keluarga besar bercuti di kampung halaman aku 
nama je bercuti ke kampung aku tapi aku macam tak balik kampung pun 
2 kali je aku dapat balik rumah tok aku 
malam tidur di kondo
yang selebihnya berjalan-jalan sekitar pulau 
aku dan enPanjang sebagai pengurus perjalanan/organiser
pening juga kepala nak uruskan 32 orang 
dari bab penginapan hingga ke perjalanan 
dari awal aku uruskan, tempah penginapan, kereta sewa dan Langkawi Auto 

perjalanan dimulakan dengan gembira 
ada sedikit masalah di lebuhraya salah sebuah kereta ada masalah 
bengkel tak pasang betul skru apa tah kereta bapak mentua aku tu tapi tak teruk pun 
perjalanan diteruskan tanpa masalah

7 buah kereta semua 
29 orang termasuk kanak-kanak berenti rehat di Hentian Sebelah Ladang Bikam makan bekalan  di pondok ...memang meriah 
3 orang lagi naik flight
lagi seronok naik kereta ramai-ramai meriah 

memang tak aku mengambil gambar semua orang sebab aku nak makan 
banyak lauk tapi aku ambil 4 je gambar sebab aku teruja nak makan sampai lupa pastu orang dah kemas masuk beg balik dah baru aku sibuk nak ambil gambar

baki ayam goreng berempah 

daging masak merah

sambal tempe ikan bilis sedap

mee lidi goreng 

lauk-lauk lain : sambal ikan bilis, telur rebus, ikan goreng, nasi putih

TQ mak sebab bangun pukul 3 pagi sebab nak sediakan bekalan untuk kami 
kami meneruskan perjalanan dan berhenti hampir setiap rnr dan hentian kot 
almaklumlah kami bawa kanak-kanak dan seorang moyang berusia hampir 90 tahun kot
7 biji kereta lain-lain tangki kan .... bila2 je boleh bocor 
perjalanan yang selalunya 4 jam jadi 6 jam tapi enjoy 

kami sampai di Kuala Perlis terus cari DView1 Hotel & Quest House 
penuhnya jeti Kuala Perlis parking kereta tak yah cerita la memang luar biasa sampai ke luar-luar jeti 2-3km boleh penuh 
satu Malaya ke pulau ke ?? 

jalan pantai tutup ada contruction, berpusing kami 7 biji kereta ni mencari jalan nak ke DView1 Hotel & Quest House, GPS bawak jalan yang tutup.... hahahahha 

orang perlis memang baik-baik belaka 
ada pakcik ni pun sama tolong kami cari jalan lain ke situ 
TQ pakcik .... semoga Allah merahmati kehidupan pakcik dan makcik 

D'View Hotel and Guest Houses

aku akan review penginapan kami di perlis nanti ... recommended!!

Kasut Sedondon Anak

aku dan anak-anak memang crocs lover 
entah la kenapa aku suka sangat crocs 
mungkin bagi orang lain sekadar kasut getah yang mahal
mahal ke .. bagi aku agak mahal la ....
harga tak jadi masalah sebab bagi aku berbaloi 
aku tak perlu risau pasal kotoran, lopak air, pasal melecet, kaki busuk dan senang nak cuci 
budak-budak ikut suka ke nak lenjen mana-mana 
terjun lopak la ... terpijak tah apa-apa 

aku suka crocs ni sebab memang tahan lasak 
beli sekali boleh pakai setahun 
tapi selalunya setahun aku beli 2 kali la 
sebab kaki budak berdua ni cepat panjang 
lagi pun boleh keturun ke generasi seterusnya, alisha memang pakai crocs abang dia yang lama-lama dulu
jibbits budak berdua ni banyak, kadang-kadang terlalu depan kedai pun terbeli tapi mudah betul tercabut .... kaki si Fahim la ...aku pun taktau macam mana ganas kaki budak tu 
memang kena leter, tahan telinga je la 

aku suka design ni ...sempoi 
walaupun kasut abang elok lagi beli sepasang untuk fahim 
aku suka anak aku pakai baju sama, kasut sama..kalau boleh semua nak sama 

masing-masing ada sesuatu yang disukai
macam aku ....aku tak rasa ralat membeli emas dan crocs je 
cuba kalau beli yang lain mesti stress lepas tu, dasar kedekut 



Monday, December 28, 2015

Dah 8 Tahun Dah Kami Kahwin!


SELAMAT ULANG TAHUN KE-8!!

28/12/2007 adalah tarikh keramat aku bergelar seorang isteri
Isteri kepada enPanjang
Detik yang aku impikan dari saat perkenalan kami
Impian aku tercapai dan semoga Allah panjangkan impian aku berkasih sayang hingga ke jannah YA ALLAH




Kami yang masih macam dulu-dulu 
Masih seperti dulu
Semoga hingga akhir hayat pun macam ni


Wednesday, December 23, 2015

OFF Blogging | sedang bergembira

Kami sedang bercuti panjang sekarang ni memang tak sempat nak tengok blog langsung...
Malam-malam aktiviti mengenyangkan perut di rumah mak-mak menakan aku 
balik ke bilik kalau dah tidur memang tak sedar diri


Si pencinta haiwan....yang gembira
Tak dapat pegang ular sawa arnab pun boleh lah katanya....
Si kecik berjiwa besar 
Kagum budak jaga haiwan kat sini semua haiwan icha usap-usap

Friday, December 18, 2015

11 Tips Ajar Anak 'Free Diapers' dalam masa seminggu

Alhamdulillah 
anak-anak aku menjelang usia 3 tahun kedua-duanya tidak lagi memakai lampin pakai buang 
berkat usaha cikgu-cikgu taska mereka 
bukan aku tak pernah mencuba ajar mereka berdua tapi sifat mama yang kurang sabar, kurang ilmu dan kurang rajin ni faktor aku tidak berjaya 
mungkin anak ketiga nanti aku juga boleh cuba dan 'apply' tips ini 












kredit to FB yang share tips ni dari blog www.fitmummyforlife.com
semoga memberi manfaat kepada semua

Thursday, December 17, 2015

Pakej Home Phototherapy untuk Bayi Jaundis

Home Phototherapy 

Kebanyakan bayi baru dilahirkan akan menghadapi masalah jaundis atau lebih dikenali sebagai demam kuning 
hal ini berlaku kerana kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah dan hati bayi belum matang untuk menyingkirkannya sendiri

untuk  menurunkan kandungan bilirubin dan kuning bayi digalakkan meneruskan penyusuan susu ibu secara kerap dan galakkan bayi anda untuk terus aktif dan tidur 
tetapi  jika kandung bilirubin semakin tinggi dan tidak menunjukkan perkembangan untuk beransur kurang dengan nasihat doktor perkhidmatan Home Phototherapy akan disyorkan untuk membantu menurunkan kuning 

ini adalah pengalaman anak buah saya di usia 6 hari 
atas nasihat doktor dan perkhidmatan ini disyorkan 


Pakej Home Phototherapy ini adalah RM485 untuk 3 hari
pakej  ini didatangkan lengkap termasuk katil, lampu, tilam bayi dan penutup mata 
penutup mata akan disediakan 2 keping tetapi jika yg ke2 digunakan akan kenakan bayaran sebanyak RM25. Mengikut pengalaman satu sahaja penutup mata cukup dan tidak rosak pun 
penutup disediakan 2 sebagai persediaan jika hilang atau rosak 



En Shafiq Saad dari Home PhotoTherapy Services ini akan membuat pemasangan dan penerangan mengenai peralatan 
En. Shafiq akan membuat demo cara untuk memakaikan bayi penutup mata dan cara untuk meletakkan bayi di dalam katil  






Katil Phototherapy
katil portable boleh alih ke mana-mana 
cara pemasangan yang mudah dan  peralatan tidak banyak 


en. Shafiq akan menerangkan risiko dan mengambil detail bacaan bilirubin anak 
dan menerangkan tempoh mininum dan maksimum bayi akan diletakkan di dalam katil phototherapy

tempoh minimum untuk pakej 3 hari ini adalah 30 jam 
sehari perlu dapatkan 10-12 jam tempoh bayi diletakkan di dalam katil ini
setiap sesi adalah 2 jam secara terus menerus dan rehat 1 jam untuk penyusuan/tukar lampin dan lain-lain 
untuk dapatkan kesan yang cepat dan kadar penurunan kuning kena la ikut tempoh minimum phototherapy ini







untuk maklumat lanjut boleh la hubungi en Shafiq Saad 

Perkhidmatan Pakej Home Phototherapy ini sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, PJ , Sungai Buluh, Selnagor, Seremban

Daptkan nasihat Doktor Bayi anda dahulu sebelum cuba menghubungi perkhidmatan ini



Wednesday, December 16, 2015

Alhamdulillah jumpa balik Subang Emas yang hilang

ni cerita bulan lepas kot 
tak sampai seminggu Alisha pakai subang baru dia 
tiba-tiba hilang 
balik rumah tinggal sebelah je 
baru seminggu  enPanjang beli Subang Baharu Alisha 
memang ralat dan sedih 
beli 26/10/2015 hilang 5/11/2015

Alhamdulillah rezeki masih panjang 
esoknya 6/11/2015 ada parent pulangkan balik sebab dah termasuk dalam beg anak dia
terima kasih banyak-banyak 


malam 5/11/2015 tu juga enPanjang pi beli subang yang baharu untuk anak dara 
tapi beli yang kecik sikit dan tak ada bebola 
supaya tak tersangkut dan Alisha tak boleh masukkan jari 
nasib baik yang subang sebelah lagi yang hilang tu tak trade in kalau tak pasal je


nasib baik la murah je yang baru ni 
yang hilang simpan pakai basahan yang baru 

Tips dapatkan balik barang hilang adalah kita yakin dengan Allah.  InshaAllah Allah akan bantu jika ia masih menjadi rezeki kita 
baca doa barang hilang dan yakin Allah akan bantu dengan niat jika masih rezekiku jumpakanlah balik "barang hilang" jika bukan lagi rezekiku aku redha.
inshaaAllah kalau kita beli dengan sumber yang halal yang betul 



Terima Kasih Ya Allah ...syukur Alhamdulillah....
semoga murah rezeki kepada hamba Allah yang pulangkan balik subang Alisha



Tuesday, December 15, 2015

Buah Tangan Hasil Laut Langkawi

Alhamdulillah 
Allah turunkan rezeki dalam pelbagai cara 
Paksu Tiri aku kena mention ke tiri tu hahaha
datang meeting kat area pejabat aku 
rezeki orang jauh hulur buah tangan dari Pulau 
hasil laut Langkawi 

aku tak tahu berapa kilo tapi stok berbulan juga ni
tapi memang banyak aku berbedak(bahagi/share dalam bahasa kedah)
dengan jiran sebelah bilik dan MIL 

TQ paksu 
lain kali mai lagi hulur lagi naaa....





Percutian Hujung Minggu | Nilai Springs Resort Hotel, Nilai

12/12/2015


Nilai Springs Resort Hotel, Nilai, 
Negeri sembilan

percutian hujung minggu yang lepas kami menginap di Nilai Spring Resort Hotel 
penginapan percuma 
totally sponsor by BIL 
2 buah bilik deluxe dan Studio Suite untuk kami 
gambar bilik maaf la tak sempat ambil pun 
ada sikit-sikit sebab kami tersangkut dalam jem di Putrajaya 
jalan tutup beri laluan kepada perlumbaan basikal TSG
so lambat sikit sampai

walaupun jarak Putrajaya - Nilai dekat berejam juga nak sampai 

yang best Nilai Springs Resort Hotel ni adalah pool nya 
besar dan memanjang kolam untuk kanak-kanak 
air cetek je tapi besar dan panjang 
banyak kolam
0.5m
1.0m
1.0 - 1.8m
jakuzzi 
kolam kanak-kanak


anak-anak kami 
pakcik yang tolong jaga semuanya 


syok betul diorang dok ulang menggelungsur 


untung la korang ada pakcik yang rajin melayan 
cik eima tukang ambil gambar dok tepi-tepi je sambil jerit-jerit jangan minum air kolam .... 
harharhar

pool kanak-kanak luasnya dari sini 

slide sambung 


hingga ke sini 

ada playground





kalau yang suka mandi kolam kat sini memang puas hati la 
tak perlu risau keselamatan anak-anak lemas cuma kena pantau takut terjatuh la 
sebab diorang tak nak pun masuk kolam yang dalam sebab kolam kanak-kanak dah besar dan menarik 

kiranya budak-budak memang puas hati dapat main kolam 
3 jam kot diorang berendam 
dari pukul 3.30 pm cuaca redup sebab mendung 
hingga jam 6.30 pm 


Hotel ini pun selesa 
sarapan pagi pun banyak pilihan 
menu lunch pun banyak pilihan dan sedap 
memang berbaloi la kalau korang nak bercuti, hilangkan stress tapi nak dekat-dekat je 




Monday, December 14, 2015

Sakeenah Misran Marah Kedah tak dapat Cuti free Hari Isnin

Tahniah Selangor kerana menjulang Piala Malaysia 

macam aku orang kedah ....aku tak kisah pun ...
aku ok je Selangor menang sebab laki aku dapat cuti free 
bola tu bulat 
kalah menang adat bertanding 
memang nampak Kedah tak boleh main dalam padang yang basah 
perbaiki skill tu cuba lagi musim depan 
anggap la kemenangan kali ini adalah Hadiah Keputeraan YAM Sultan Selangor

tapi tak payah la mencaci sampai macam ni sekali kot 
berdosa ni fitnah ... bercakap perkara yang tidak benar ...
bawa-bawa bersabar dik oi 
bola je pun 




kui kui kui
lawak betul 
marah la tu x dapat cuti free tu

awak yang suruh jadi viral kan ... meh kami viral kan .... 
jangan marah-marah naaa


jangan pulak mai serang blog ai ni nanti ye 
ai tolong viralkan je ni 
har har har 


Friday, December 11, 2015

Indahnya KL dari atas Menara Kuala Lumpur

ini cerita tengah tahun hari tu 
semasa cuti sekolah penggal kedua yang lepas


07/06/2015

Menara Kuala Lumpur

lepas turun dari Genting Highlands petang sikit kami ke Menara Kuala Lumpur
ini kali pertama kami naik Menara Kuala Lumpur
sedikit excited 
dan kagum dengan liftnya 
laju hoi tak sampai 2 minit dah sampai di ketinggian 276 meter dari tingkat aras bawah ke Pelantar Pemandangan 

Harga tiket ke Pelantar Pemandangan adalah :
Dewasa RM 32.00
Kanak-kanak RM21.00

tapi harga tiket kami pada hari itu adalah :
Dewasa RM15.00
Kanak-kanak RM10.50 
kerana menggunakan kelebihan sebagai warga TM, siapa-siapa pekerja TM wajib guna kelebihan anda untuk naik Menara Kuala Lumpur ini, separuh harga tu

untuk naik ke atas kawasan lobi menara coaster ada disediakan secara percuma


dan harga-harga lain attaraction lain adalah seperti bawah




laju oi lift ni .... bayangkan ketinggian 276m tak sampai 3 minit 
kejap je dalam lift dah sampai 

pertama kali tengok keseluruhan Kuala Lumpur



anak-anak kami 
fahim, icha dan sepupunya

ketinggian Menara Kuala Lumpur adalah 421m



lepas turun dari menara kami jalan-jalan sekitar menara dan terus balik 
tak lama pun atas menara dalam 1 jam je kot ke kurang 
tak ada aktiviti nak dibuat atas tu ...sekadar tengok bangunan tinggi dan KUALA LUMPUR je 

lagi pun pada masa tu ada konsert apa tah buat kat situ 
anak-anak muda remaja dah ramai membanjiri kawasan dengan pakaian menjolok mata 
memang perkara agak tidak sesuai lama-lama kat situ dah 
terpengaruh karang anak-anak dara aku yg meningkat remaja tu 

memandang belah petang tu orang dah beratur panjang untuk turun 
kami decided untuk turun berjalan kaki sahaja malas nak tunggu coaster dah 
boleh tahan juga la jauhnya ...ada kot 1km 
turun tak terasa sangat cuba korang jalan kaki mendaki bukit ke menara ... maunye pancit ....

mungkin nanti boleh datang lagi untuk masuk ke attraction lain di Menara Kuala Lumpur