Wednesday, January 13, 2016

Hotel Lodge 18, Butterworth, Penang Murah | Review

24/12/2015

dari jeti Kuala Perlis kami terus menuju ke Penang hentian seterusnya berehat satu malam sebelum teruskan perjalanan ke KL
mulanya nak ingat Taiping boleh bawa anak-anak ke Zoo taiping tapi hotel semuanya fully booked
jadi kami buat keputusan terjah je

sambil tu ada juga call cari homestay 
guna GPS bila sampai hmmm cerok sangat
tak jadi la 

memang niat tak nak tidur pulau, kat sana kan jem, malam Xmas pulak 
malas kami nak tidur je esok baru plan nak cari kandar 

kami terjah Lodge18 Hotel, Butterworth Penang
ada kosong terus check in malas dah nak cari hotel dah 
dah banyak dah hotel aku call penuh 

lagi pun harga memang murah 
Superior Room RM100
Family Room RM140.00

peak season dapat harga tu 
memang murah dah 
kami pun cuma nak tidur je waktu check in dah pukul 8 lebih dah pun 



gambar dari web hotel



bilik yang agak luas cuma perabot lama 
hotel lama kot tapi bagi aku berbaloi la sebab harganya murah tapi selesa
nak keluar makan pun mudah sebab tengah bandar 
guna je apps Wave cari Char Kueh Teow sedap 

tak nampak cerek air panas kan ??
memang hotel ni tak sediakan cerek pun 
kena pi ke lobi ambil air panas dari water dispenser 
kopi/teh tidak sediakan 
sarapan pagi juga tidak disediakan tapi kalau nak order boleh tengok menu di kaunter reception

ada bathtub 

setakat nak berehat hilangkan penat memang berbaloi la dok hotel bajet ni 

untuk maklumat lanjut : http://www.lodge18hotel.com/

Lodge 18 Hotel
1, Lorong Bagan Luar 1,
12000 Butterworth, Penang
Tel : 04 – 333 3399 Fax : 04 – 332 3599



pagi-pagi dalam pukul 7.30 pagi kami dah check out terus masuk Penang 
cari nasi kandar 
mula tu pergi Masjid Kapitan Keling 
pusing 4-5 kali tak de parking 
siap ada yang tersesat salah masuk jalan sebab jalan kan one-way 

lepas tu ingat cari Nasi kandar Line Clear 
tapi sebab drivers dah stress 
terus pi QueensBay sebab senang nak balik lalu jambatan baru
cari je kedai mamak kat situ 
Restoren NS Queensbay
senang banyak parking bayar je RM.50 satu jam 
sedap ke tak belakang kira janji makan 
tapi bagi aku ok la sedap la 
aku kan penggemar kari 


nasi mama dengan icha 

antara keluarga kami yang tak dapat parking merajuk makan kat tempat lain 
hahahahha
lepas makan terus gerak naik jambatan 

di RNR Bukit Gantang Fahim si hantu durian tu pekena durian sepeket 


alhamdulillah dalam pukul 4.30 petang kami sampai kat KL 
rehat sekejap malam tu balik Putrajaya 
tamat sudah percutian keluarga 

13 comments:

mama tisya said...

murah..okla..takat nk tdo je kn

idzwa kamaruddin said...

ok je hotel nyer..nak buat tido tido lena je pun kan :) murah tapi cantik jugak tu.

Chekgu Azrine said...

Nmpk hotel ni selesa la sis even perabut dia nmpk lama sikit..tp still okla kan

TuN TeJa said...

1st time g penang okay lah,tapi bab makan ada susah sikit sbb kita org semua bkn pengemar kari,round satu penang nak cari kedai tomyam hihiiiii..

Kakcik Nur said...

Nampak ok hotel tu. Dapat tidur, mandi dan solat, cukuplah kan? :)

syawalsimpsons said...

simple but nice hotel ni

Kira Sakura said...

berbaloi la hotel tu untuk rate tu kan. katil pun nampak selesa

dear anies said...

jauh dr stesen bas x?

tiga lalat said...

wahh ade yg majuj x dpt parking erk., nasi kandar kuah kari tuu nmpk sedapp., ;p

JR said...

Kadang2 kita terjumpa hotel murah dalam keadaan tak tersangka. Saya juga pernah mengalaminya, tinggal di hotel bawah RM100 tapi fasilitinya sangat memuaskan...

hainom OKje said...

Hotel budget pun ada bathtub, tu dah kira mewah sangat dah tu Eima...
Dah penat berjalan, mmg stress lew, sambar mana yg ada depan mata je le....ye dak!

nik ros said...

sedapnya durian.lama tak makan.

Mummydearie said...

Oh, masa ni saya baru keluar dari Penang! Kami pun ada juga kat sana dari 29hb-31hb.

Murahlah dan okey juga keadaan hotel ni setakat nak tidur malam aje pun. Lainlah kalau nak melepak kat hotel siang malam, haruslah pergi cari kat Batu Ferringhikan ...