Monday, January 18, 2016

Hujung Minggu Sepanjang Januari 2016

setiap hujung minggu kami seboleh cuba meluangkan masa sebaiknya dengan anak-anak
jika tak bawa mereka bercuti walaupun percutian bajet kami cuba bawa mereka beriadah sekitar Putrajaya 
supaya anak-anak gembira walaupun kami ibu bapa yang tegas 
memanfaatkan masa berkualiti bersama keluarga 

kami selalu bawa anak-anak ke taman-taman sekitar putrajaya 
banyak yang cantik-cantik pilih je 



kadang-kadang bawa bekal ..kadang pi beli pizza untuk diorang 
Dominos Pizza kan murah sekarang ni 
order online pi berlari-lari anak pickup pizza 


anak aku si fahim ni kalau kat rumah memang tak keluar rumah 
aku kalau tak de masa/malas memang aku tak bagi keluar sendiri 
jangan harap, kalau nak main kat luar memang aku pastikan salah seorang dari kami mesti ada untuk jaga anak 
selain risau dari orang-orang yang berniat jahat risau juga dengan kenderaan laju-laju 

so jangan kecam saya sebab anak saya dah 8 tahun masih naik basikal ada roda kecil.
basikal ni baru je beli minggu lepas sebab nak fahim pandai kayuh basikal
tak pe slow-slow nanti pandai la 

Alisha suka berlari dia tak suka naik basikal 
tak pandai kayuh dan berat katanya
nak tumpang abang carrier lupa nak beli 
jadinya Alisha berlari mengejar basikal abang 
jangan tak tahu anak dara ni kalau berlari memang laju 
abang naik basikal jauh dia tinggal 
tercungap kalau mama nak kejar 
terserempak dengan anak officemate .... alisha main sama-sama lari sama-sama
yang jauh ke depan mestilah alisha walaupun umur mereka sama 
bakal jaguh pecut ke jaguh larian 400 x 400 ke marathon ni 
bukan nak puji tapi alisha boleh berlari 2-3 pusing tanpa henti ..
aku rasa satu pusingan dalam 200m juga la kalau mama alisha yang berlari satu pusing dah mengah 


puas berlari, berbasikal dan bermain bola main playground pulak 
nasib baik ada abang yang rajin melayan 





petang semalam kami keluar juga tapi Allah Maha Mengetahui walaupun diramalkan fenomena El Nino sehingga pertengah Mac 2016 musim panas tetapi manusia hanya mampu meramal 
hujan turun dengan lebat Alhamdulillah 
kami baru je sampai di Taman Botani Putrajaya 
jadinya kami tunggu hujan reda pastu pi lepak mamak  ternak lemak 



kadang memalam kalau rajin bawa diorang keluar lepak jambatan 
bagi diorang main puas-puas berlari-lari 
balik tidur lena 


kita boleh buat macam-macam aktiviti dengan anak-anak 
walaupun tidak mengeluarkan bajet yang besar 
antara nak dengan tak nak je 

aku ada perhatikan satu keluarga ni 
bukan saja nak perhati sebab bz body ke tapi sebab aku terpaksa hadap hari-hari 
memang aku jarang nampak dia keluar beriadah dengan anak dia 
anak-anak terperuk dalam rumah 
bila petang keluar...pancitkan tayar kereta orang 
mungkin anak dia bosan kot 
so buat aktiviti yang boleh bagi dia kepuasan kami nampak sendiri cuma tak sempat ambil gambar je 
aku tidak menuding jari kepada ibu bapa tersebut cara dia jaga keluarga dia 
tapi kadang tu kita perlu buat sesuatu demi kebahagian anak-anak kita 
tak mampu bawa mereka bercuti bawa mereka beriadah pun dah cukup 
mereka tak perlukan yang mahal-mahal pun 
mereka faham, rasa memang malas nak beriadah buatt aktiviti dalam rumah 
main dengan mereka
aku selalu main hide and seek 
lepas tu bila diorang dah semakin dekat, aku keluar secara mengejut dan tangkap 
memang gamat satu rumah dengar budak berdua tu menjerit 

kalau dengan alisha pulak aku selalu bagi dia main mekap aku 
lepas tu dia akan mekap muka mama dia sesuka hati 
takpe sebab barang mekap aku murah, takat jenama silky girl, in2 it  & mebelline je kot 
lagi pun aku tak pakai tak reti pakai pun dari expired buang dalam tong sampai biar la budak tu main mekap-mekap mama ..ikat rambut mama .... 





11 comments:

idzwa kamaruddin said...

best nyer kan..weekend dgn kiddos ;)

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

mek hessa kecik lagi tapi aku slalu pasan dia main make up2 pakai bedak dengan mainan lego abam die..pon boleh...

nuyui a.k.a miss YUI said...

bagus buat kativiti cmni.. anak anak pun suka..

ceehh, macam yui ada anak..hahahah.

Eintan Nurfuzie said...

spend time ngn family its a best thing

SHERWIEYNA MUZZAWER said...

Sekali sekala beriadah dengan anak anak macam ni memang seronok kan. Anak anak pun happy sama..

Chekgu Azrine said...

Yup..sesekali bwk anak2 mcm ni pun akk rasa anak2 akn happy kan sis

wahida said...

mmg at least bawak budak2 beriadah pun dah cukup..tak perlu berbelanja lebih sangat pun..janji anak2 happy...

hainom OKje said...

Dulu masa anak kecik rajinlah jugak gi taman taman ni Eima. Diaorang pun pantang tgk buai, gelongsor bagai, mesti ajak singgah....la ni dah besar panjang, tidajlah lagi.

Ye ke Domino tgh murah sekarang ni? Nak order online jugaklah....

Salina@IbuAqil said...

Sesekali bwk anak2 beriadah camni mmg best..
Jgn kata deme mcm kita pn hilang stress nya.. ;)

Nad MamaZN said...

setuju.. takperlu bajet besar utk gembirakan anak2. spend time ngan dorang secara berkualiti tu yg dorang paling nak sbnrnya kan

Diana Rashid said...

la...nakal nya budak tu..ada budak yang nakal sebab nak perhatian mak ayah dia kan..?
anak2 ni kena juga di bawa keluar sebab kena biasa kan dia dengan suasana kat luar..ni selalu terperuk kat rumah, blila keluar jadi jakun pulak sampai buat benda bukan2.

kat tempat saya ada satu keluarga ni , bukan orang senang tapi anak2 dia memang setiap hari dia suruh main kat taman ni..Tapi saya perhatikan anak2 dia pandai bawak diri.Bila nampak orang2 tua pun tegur sebab mereka dah biasa keluar dan berdepan dengan orang ramai.