Friday, January 29, 2016

Kari Daging Sedap di Kafe Ikhwan Putrajaya

hari selasa lepas Fahim asyik muntah-muntah 
lepas balik dari sekolah terus aku bawa Fahim ke Klinik di Presint Diplomatik untuk dapatkan rawatan 
dan aku terserempak dengan seorang blogger ni ... glemer .... anyway tahniah la kat dia bakal menimang cahaya mata baharu 
aku tak tegur pun sebab dia bukan baca blog aku pun ...boleh gitu ??
hahahaha 

aku bukan nak cerita pasal anak aku muntah-muntah dan aku bukan nak cerita pasal blogger yang glemer tu 

aku nak cerita pasal Kari Daging di Kafe & Bakeri Ikhwan di Presint Diplomatik Putrajaya
Fahim kan tak sihat masa tu .. bawa fahim pi makan dulu sementara menunggu doktor habis rehat 

aku ambil nasi lauk kari daging dan Fahim dia cakap nak makan sup-sup
so order nasi ayam kat dia 
akhirnya nasi aku yang dia makan 
Fahim kan sekarang ni dah penggemar kari 
nampak pulak kari daging ...
memang dia reject la nasi ayam dia 


serius memang sedap 
Fahim hari-hari suruh aku beli 
tapi nak ke situ tu sukar sikit ... parking tak ada
nak parking jauh sikit nak pi ke Ikhwan Kafe pastu kecewa tak ada lauknya 
berpeluh aku ...aku call je confirm kan ada ke tak diorang masak kari daging hari ni
nasib baik la pekerjanya pun baik-baik dan bersopan mau layan karenah aku ni 
kalau korang tengah berfikir tengah hari nak makan di mana 
boleh la cuba makan di Kafe Ikhwan Presint Diplomatik Putrajaya
ada pelbagai jenis lauk yang menarik ...ayam goreng berempahnya pun sedap


semalam repeat lagi lauk kegemaran Fahim 

kot-kot korang nak lunch makan nasi lauk kari daging ... ini la kedainya 
deretan Mydin Putrajaya 


13 comments:

Mila Hilas said...

sy pn suka jugak lauk2 kat cni.

AnneRaini said...

tak pernah lagi makan kat situ.. mcm terlupa kedai ni wujud.. hehehe.

idzwa kamaruddin said...

AMBOIII saje je nak bnuat kiter terliur la nie >_< hehehe..

aizamia3 said...

Bila nak makan kat kedai yang kite suka, part parking susah nak dapat tu yang buat spoil mood..

nuyui a.k.a miss YUI said...

tgk gmbr pun rasa sdp tu..huhuhu

Qhaifa Nur said...

Ramai kata sedap ya.nnti bole try klau ke sana eima..

Si Matatajam said...

Sedap nampak.... Kat langkawi ni pum ada kafe nama ikhwan gak...
P/s: haah M baru nk blogging semula.. Tq sudi singgah blog M... Nnt singgah la selalu.. Hi hi hi

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui sggh isnn ya kak.

adarnadzmie said...

kari daging klu sedap memang repeat order punya...hehee

Diana Rashid said...

nampak sedap..makan dengan pulut kuning best nih..

hainom OKje said...

Rasanya pernah lalu kat situ dan mak tau tempatnya. Tp mcm biasalah, tak mungkin makan kat situ sebab selalunya tengahari terstuck kat dlm mall hihi...

hainom OKje said...

Rasanya pernah lalu kat situ dan mak tau tempatnya. Tp mcm biasalah, tak mungkin makan kat situ sebab selalunya tengahari terstuck kat dlm mall hihi...

Kira Sakura said...

jadi regular customer la lepas ni ihihihi. Fahim anak mama ni heee