Thursday, January 21, 2016

Mama Mulut Adik Busuk ke ?

Alisha memang manja sangat dengan Fahim 
walaupun kadang tu diorang suka juga bergaduh macam adik beradik yang lain 

Alisha kalau pi kedai mesti ingat abang dia 
sama juga dengan Fahim 

kalau pergi taman mesti dia nk reserve buaian untuk abang dia sedangkan abang sebuk dok main basikal dengan abah 
selamba je cakap "mama pi duduk kat buai lagi satu tu, untuk ayim"
suka hati dia je 

kalau dia dah bangun pun nak main mende lain tetap suruh simpan untuk abang 
selalunya memang kena nasihat la 
kena cerita betul-betul 
pasal perkongsian ni ... kalau kita tak terang kat anak-anak diorang tak paham 
sifat kedekut dan sifat pentingkan diri tu aku tak nak anak aku terbawa dalam kehidupan dia nanti 
saat menggembirakan Alisha bila abang melayan dia 
main buai bersama-sama 

paling tak tahan merajuk pagi-pagi sebab abang tak nak bagi cium
malu la si abang tu depan di pintu pagar sekolah Alisha minta cium
jangan harap abang nak bagi
mencebik-cebik sampai salam kereta sebab abang bagi salam tangan je


pagi-pagi memang drama depan pintu pagar betul
siap pesan ... "balik karang mama pegang ayim...adik ank cium ..."
pagi tadi alisha tanya mama "mama mulut adik busuk ke ayim tak bagi cium, adik dah gosok gigi la "

adoi la ...adik-adik ...manja sangat kamu ni




Note: aku dah 2 hari tatau nak tulis ape .... layan je la cerita 2 beradik ni 

8 comments:

Kakcik Nur said...

Semoga kasih antara mereka berkekalan selamanya... :)

lieyalatif said...

alahaiiii sweet sgt tu...kemain lagi siap kiss2...eh bagus mcm nieh...kene amalkan sampai besar.... adik beradik kamcing rapat susah nak jumpe skrang...mmg tak sah kalo tak bergaduh....

Diana Rashid said...

hahaha..adik manja namanya ni..tapi kan benda ni sebenarnya dari abang dia jugak..abang nya layan baik, dia pun ikut la..Bukan macam anak saya..kakak nya tunjuk perangai kedekut , malas nak main sama, sorok mainan, adik pun buat macam tu la kat dia..mana la tak bergaduh sesaja..tapi angin kakak tu kalau nak main sama2, elok je sehari tu..amaan dunia..kalau tak memang nak halau keluaq dua2 tu.

Yana MIB said...

x rock la abg kiss² adik dpn sekolah..nnt kena gelak...hihi
sy kena tggu dak zafran besar baru boleh tau camne 2 beradik tu main sama² or byk gaduh je..huhu

hainom OKje said...

Baguslah rapat cenggitu Eima. Namanya pun adik beradik.
Abang dah tau malu, risau kawan kawan tengoklah tu hihi...

Qhaifa Nur said...

Mmg rapat..
Mcm anak kak nur tiada rahsia antara mrk...nk korek rahsia tnya si adik konpom tahu..

ch@ said...

alahai comeynya dorg. smg ikatan kekal selamanya.
dorg bertiga ni, perang je la. perang2 syg. tapi kalau part beli apa2 mmg sentiasa ingat yg sorg lagi dan yg sorg lagi. mesti 3, mana mak tak pening?

Nad MamaZN said...

comel! moga trus rapat sampai besar