Thursday, January 14, 2016

Percutian Terakhir Sebelum Buka Sekolah | Port Dickson

02/01/2015

Percutian terakhir sebelum Cuti Sekolah berakhir 
kami pi yang dekat-dekat je 

Port Dickson 

gerak dari rumah pukul 10.00 pagi sarapan dulu 
baru gerak ke PD lalu Putrajaya - Lukut 
dekat sikit 

macam biasa walk in je 
malas nak booking ...weekend kan memang penuh PD tu 
alhamdulillah Hotel Seri Malaysia ada bilik 
walaupun Seri Malaysia tahu-tahu je la kan .... semut pun ada kan 
ok la dekat dengan pantai dan tempat makan 
harga pun mampu lagi .... nak stay kat hotel yang ada private beach, ni kan percutian bajet 
kami ni suka percutian bajet janji boleh bercuti 
tak kisah la duduk hotel murah-murah pun 
setengah orang tak suka hotel murah kalau sesekali bercuti nak yang mewah-mewah 
kami pulak janji anak happy
itu yang paling penting, nak tunggu kumpul duit banyak nak pi hotel mewah jawabnya anak duduk rumah je la

kami sampai awal
pergi Muzium Tentera Darat, PD dulu
tempat yang budak-budak ni cukup suka




dulu-dulu aku tak pernah perasan pulak ada terowong komunis  dan titi gantung ni 
aku rasa macam banyak kali dah pergi sini 
hahahaha

adik icha yang seriau ..comey betul aku tengok dia menjerit-jerit

Fahim memang rasa selamat kalau dengan mama
waktu atas titi gantung ni terus teringat pengalaman kami semasa percutian ke Sabah dulu 
mendaki bukit dan naik canopy bridge di Poring Hot Spring, Ranau Sabah
yang kat Poring tu memang tinggi gila... atas pokok 
nampak sayup-sayup je bawah, seram oi
kiranya titi gantung di Muzium Tentera Darat ni mengubat kerinduan kami kat sana la 
kalau korang ke Sabah memang wajib pergi tau Poring Hot Spring tu ....

muka tak ikhlas mama nak ambil gambar satu
kawan tu dok main sibuk je kita dok panggil-panggil 

awal bulan tu ...air surut memanjang ....
pergi petang surut 
pergi pagi pun surut 
dah pukul 11.00 pagi lebih baru air pasang 
time tu pun dah kemas barang dah nak bersiap nak balik dah 

jadinya 2 hari berturut-turut main pasir saja




yang aku tak suka mengenai PD inilah 
sampah sarap belambak 
aku tatau nak cakap manusia yang datang ke Pantai ni tak ada sivik 
makan main buang merata 
yang majlis penbandaran pun .... tak leh buat sesuatu ke 

aku harap sangat SUPAHIRO can do something about this 
tahu tak aku malu gila bila ada pelancong omputeh datang nak bermain laut time tu .... rasa tak mampu nak angkat muka bila dia berlari-lari anak dengan anak dia time tu sebelah aku
agaknya apa la dalam hati dia ...hmmmm 

selepas check out singgah lagi sekali ke Muzium Tentera Darat 
permintaan Fahim 


Fahim nak ajak naik titi gantung ni lagi 
nak masuk terowong berkali-kali 
semalam kan icha takut .... tup tup hari ni kemain kau dia yang laju 
gembira betul, sampai ada  chinese dok tala camera muncung kat dia ja kat atas titi tu 
yang nyonya dengan apek tu pulak .... asyik tepuk tangan je 
suka sangat tengok icha yang steady ..... dia tatau yang semalam tu macam mana


dah jom balik awal, banyak lagi kerja mama nak siapkan esoknya sekolah dah buka  


11 comments:

lieyalatif said...

cantik pic kat pantai tu...suke tgk...

pd, melaka tu lee tempat tumpuan kalo cuti sekolah kan..... kompom sesak kat sane.... tapi situ le syok ade pantai...tempat jjcm pun best2 kan...

syawalsimpsons said...

seronok budak2 jalan yee

Kak Nieyl said...

dah lama x jejakkan kaki kat pantai...

ch@ said...

Auni suka betul dgn pantai, hero aku tkt ombak.
best anak2 ko da besar kan mek? sng nak bawa berjalan.

Raihanah Ahmad said...

bestnya pi pd, dah lama kami tak pi

miss eimanhikmah said...

seronok la budak2 pg berjalan je..

Suria lekatlekit said...

saya kalau PD mesti pergi balik hari jer.. Ostrich farm tu tak pergi ke? best jugak kalau bawak anak anak.. lebih kurang macam farm in the city cuma tempat dia tak besar sangat. Saya kalau ke PD semata mata nak bawa anak mandi laut je. Sebab tu je paling dekat dengan KL hehehe

Diana Rashid said...

supahiro datang menyelamatkan keadaan..heheh..

Betul la..kalau dah namanya pantai mesti ada sekor dua manusia yang tak reti nak jaga apa yang ada depan mata..masa awal2 datang pandai cari tempat tak de sampah, nak balik dia tinggal je sampah dia kat situ..

azizah green line said...

hai.. jijah yg duk PD ni pun malas nak g pantai..dah la jemm!

Aty_Fared said...

aku cukup tak pekenan hotel seri meysia kat pd tu..pernah gi sekali.. tapi malas nak cerite..heheh

Mummydearie said...

Baru tahu ada terowong komunis dan titi gantung kat sini. Masa masuk hari tu, tak tahu pun. Doklah posing kat depan tu tengah panas terik sampai anak-anak pun bengang aje muka ^_^

Saya pernah sekali tidur hotel di PD and then turunlah ke pantainya. Baru teruja anak nak main air tetiba aje nampak pampers dihanyutkan air. Bukan hanyutlah kot, memangnya ada kat pasir tu! Terus cancel plan nak mandi laut. Lebih baiklah mandi kolam renang jerk! Serius tak faham gelagat sesetengah manusia. Tak akanlah sampai pampers anak pun main campak baling aje kat pantai!