Wednesday, January 13, 2016

SUPAHIRO BEAR | Gigihnya aku

SUPAHIRO BEAR

gigih tahu tak aku ni menyopping kat 7E hampir setiap hari untuk dapatkan 24 stiker X 2
memenuhi permintaan budak berdua tu 
pembelian RM5 dapat 1 stiker 
kira sendiri la berapa aku kena membeli kat 7E untuk dapatkan 48 stiker 
sabar je la anak oi 




jom kita redeem

satu untuk adik 

satu untuk abang 

hadiah surprise ye tak boleh nk pilih 
nasib-nasib la ape yang dapat 
icha nak Wonder Women 
Fahim nak Cyborg atau Batman 

tapi dapat green latern dan batman 
kan best kalau dapat satu girl satu boy 

waktu nak redeem ni banyak dah 7E aku pi out of stock 
stok tak sampai lagi 
habis
lori rosak

nasib baik aku try pi kat Shell bandar Baru Bangi ada .... lega!!


tengok la puas-puas beg duit dah kosong tu nak dapatkan korang

"kacau je, adik nak main la"
hahaha ye la ....satu je pun nak ambil gambar
sampai ke Laut dia bawa 


kalau korang berminat nak kumpul supahiro ni ...sempat lagi kumpul stiker dari 8 Desimber 2015 hingga 1 Februari 2016
untuk redeem pula 8 Disember 2015 hingga 8 Februari 2016

mana tau korang dapat supahiro misteri kan 


korang boleh gambar korang kat IG dan  #CWSMalaysia #Supahiro #7ElevenMY
RM1 akan didermakan kepada Children’s Wish Society of Malaysia oleh 7E
sambil kumpul sambil menderma 

selain itu korang juga dapat masuk contest supahiro seperti syarat di bawah:

LET US BE YOUR SUPAHIRO! Hasrat anda juga boleh menjadi kenyataan seperti 7-Eleven Malaysia juga akan memilih pemenang mingguan apabila anda ikuti tiga (3) langkah mudah: 

Langkah 1: Pose dengan Supahiro Bear anda dengan cara yang paling kreatif 

Langkah 2: tulis caption tidak lebih dari 20 patah perkataan 

Langkah 3: share di FB  7-Eleven Malaysia  dengan hashtags #Supahiro dan #7ElevenMY 

* Terma dan syarat memohon

9 comments:

syawalsimpsons said...

seronok dorang dapat yee

Kira Sakura said...

mesti berbunga hati dorang. tapi jenuh jugak tu nak kumpul tu hihihihi

hainom OKje said...

Anak anak tgh suka benda gini, mmg elok sangatlah hang kumpul Eima....tak pelah berhabis, demi anak anak katanya.

Eleh...kat purse je nampak kosong, kat banyak lagi tuuuu hihi...

ch@ said...

rajin ko mek, aku mmg tak gagah la nak berhabis. hahaaa.
suka tgk anak2 ko mek, bdn smngt2. emak menten je. anak aku kurus2 la hai.

Diana Rashid said...

haha..sampai habis duit ye..
supahiro punya pasal..

nik ros said...

rajinnya kumpul sticker tu.excited dapat redeem yea.

Qhaifa Nur said...

Jarang eima msk 7E ni..klau bab kumpul sticker ni bdk2 suka..rajin tul eima ni

azizah green line said...

kemain seronok budak2 ni

Aty_Fared said...

demi anak kate nya...:p