Monday, January 11, 2016

Terkandas di Pulau Langkawi

24/12/2015

Ramai yang terkandas di Pulau Langkawi kerana tiket feri habis dan jumlah pengunjung yang banyak pada Disember 2015 yang lepas
alhamdulillah kami bukan sebahagian dari mereka tersebut 



kami membawa masuk 4 buah kereta menggunakan perkhidmatan Langkawi Auto dan 3 biji lagi parking di jeti K. Perlis 

semua tergerak hati tak nak bersesak-sesak di Jeti Langkawi nak naik feri 
jadinya kesemua kami naik Langkawi Auto untuk balik 
aku memang suka naik kapal besar ni berbanding feri ... sebab memang selesa ..luas.. tak pening walaupun masa perjalanan agak lambat dari feri 

Selepas check in kereta-kereta 
kami berjalan kaki dari pos kastam ke Langkawi Auto 
tak jauh pun dalam 15meter je kot

melalui laluan ini 

jika kereta sudah beratur untuk ke dalam korang boleh lalu tepi-tepi kereta tu 
jangan risau tak bahaya pun 

perjalanan 1 jam 45 minit yang best 
boleh lepak kat luar 
berangin dan tenang 
nak rehat boleh duduk di dalam kapal 
banyak seat dan ber air-cond
lapar ada bar 

ok dah sampai Jeti K. Perlis 

jalan kaki je keluar 
terus ke Parking kereta 
mudah dan cepat 


sambil menunggu kereta kami keluar .... minum Air Kelapa dulu 
sejuk  dan segar 

dalam perjalanan balik kami singgah tidur semalaman di Butterworth, Penang 
kami menginap di Hotel Logde18
nanti aku akan review hotel ini ...memang berbaloi 





10 comments:

wahida said...

mmg kesian betul yg terkandas tu kan...
Alhamdulillah korang bukan dlm grup yg terkandas tu...
aku baru tahu pasal langkawi Auto ni...
nice sharing!!

Eintan Nurfuzie said...

walaupun gawat tapi langkawi ttp penuh kan?

azizah green line said...

bila la nak g langkawi ni... biasalah bila musim2 cuti sekolah..full

Kakcik Nur said...

Boleh cuba bawa kereta sendiri ke Langkawi nanti... :)

Norma NML said...

Hujung tahun kalau pi Langkawai memang sesak ...org habiskan cuti tahunan & cuti sekolah kot

ayunidati said...

menunggu review seterusnya... tak sabar pulak... ahakss

tiga lalat said...

wahh bestnyer gi langkawi tuuuh. hehe2

lieyalatif said...

tu laa beb..bace gak yg terkandas tuh.... tak sangka org beli tiket sehari awal tu yg terkandas beramai2 tu...kesian kan...tapi ye laaa dah name pun langkawi...mmg jadi tumpuan kalo bercuti ...lagi2 cuti sekolah....

Kira Sakura said...

tula ada jugak dengar pasal dorg yang terkandas tu. mujur lah kan korg pun buat keputusan naik kapal besar ni je

hainom OKje said...

Tak pernah pulak bawak keta masuk langkawi, mahal tak charge dia Eima