Tuesday, January 12, 2016

We Bare Bears & Quantico memang best

siapa kat sini suka tengok kartun??
rasanya aku angkat tangan sorang-sorang ni 

saja je nak share kartun kegemaran aku dan anak-anak sekarang ni 
We Bare Bears 


aku memang suka sangat 
anak berdua aku tu sama 
time kartun ni memang aku mengadap tv 
cuma yang tak best kat astro ...asyik la dok ulang 
walaupun ulang 4-6 kali dah episod yang sama dalam masa 2 minggu 
kami tetap tengok juga 

kartun ni ada 3 watak utama iaitu Grizz, Panda dan Ice-Bear 
diorang 3 adik beradik angkat yang diselamatkan dan tinggal dalam komuniti manusia di San Francisco Bay Area, America 

Grizz abang sulung iaitu Grizzly Bear berwarna coklat sangat bersifat abang-abang 
Panda adik bongsu iaitu Panda Gergasi macam kat Zoo Negara tu. sangat terer pasal gadget dan pemalu ...kurang keyakinan diri ...dan paling comel
Ice-Bear angah iaitu Polar Bear. sangat cool dan sesuai dengan konsep beruang ice, boleh bercakap dalam bahasa french dan korea ... 

aku memang enjoys layan kartun dari layan drama melayu 

ni kartun yang memang aku suggest korang yang suku abad macam aku ni dah 
boleh layan kat Channel 616  CN 

tapi kalau nak layan cerita orang dewasa meh layan QUANTICO lakonan Priyanka Chopra sebagai Alex Parrish
sekarang baru episod 2 sempat lagi nak layan dari awal sampai episod 22 
Quantico ni mengisahkan Alex Parrish yang dilatih untuk menjadi agen FBI 
cerita banyak flashback tapi memang terbaik
lagipun aku memang suka priyanka chopra ni ...sebab dia cun dan seksi
aku suka dengar loghta india english die tu super cute ....
kalau dah suka semua suka je kan kan

quantico-title-abc


9 comments:

idzwa kamaruddin said...

akak dah tak boleh follow cerita quantico nie..dah terlepas beberapa episod pastu lose citer..huwaa

Asha Lya said...

Lya pun suka lyn kartun..yg best2 la hihi

Asha Lya said...

Sy follow cne sekali

Diana Rashid said...

kat rumah saya ni buka je mata sampai tutup mata memang tengok kartun je..canel 611 saya dah pangkah tak bagi buka.jadi siaran 612 dan ketas saja boleh layan.We Bare Bears antara kartun yang memang kena tengok la bagi anak2 saya.satu lagi gumball dengan finn and jake ..heheh..kalau tengok kartun 3 ni saya pun gelak walau ulang 3,4 kali.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

Tak pernh lago tgk kartun tu..tp quantico pernah tgk first episod..mmg best..2nd episod tercicir sbb tido awal..kekeke

JR said...

Walaupun kita hidup di negara yg banyak berlaku peristiwa kartun tapi entah mengapa saya tak suka cerita kartun. Anak2 saya pula semuanya suka cerita kartun mungkin ikut genetik ibu mereka walaupun dah dekat separuh abad masih minat cerita kartun, hahahaha...

Kira Sakura said...

takde astro sobsssss

hainom OKje said...

Mak mmg tak suka tgk kartun Eima kecualilah Frozen dgn Hotel Translyvinia tu.....tu pun layankan kehendak anak anak huhu

hainom OKje said...

Mak mmg tak suka tgk kartun Eima kecualilah Frozen dgn Hotel Translyvinia tu.....tu pun layankan kehendak anak anak huhu