Tuesday, February 2, 2016

Fesyen Baju Terkini Yang Popular di Malaysia


Salam ... Hai Uoll!
Aku rasa ramai yang ingin mengikuti fesyen baju terkini  yang cantik, bergaya, trendy, selesa dan tampak manis untuk ke pejabat, majlis-majlis formal serta bergaya semasa menghadiri Majlis Perkahwinan sahabat-handai? Bagi mereka yang sedang mencari Fesyen Baju Terkini, plus suka beli secara online, jom aku tunjukkan beberapa design baju terkini yang dijual di ZALORA Malaysia kali ini.








Setiap tahun kita akan dapat lihat trend fesyen baju terkini dalam pasaran. Ini adalah satu perkara yang biasa kerana industri fesyen sentiasa mengetengahkan koleksi baju wanita terbaru pada setiap tahun mengikut musim. Oleh kerana sifat fesyen itu sendiri yang sangat dinamik dan sentiasa berubah, tidak hairanlah trend pakaian yang sedang popular dalam pasaran sentiasa menjadi pilihan untuk diketengahkan. Malah semua orang tahu apa yang popular pada hari ini, tidak semestinya akan menjadi pilihan pada hari esok. Kebiasaannya sesuatu trend itu tidak akan kekal lama menjadi pilihan melainkan ianya diberikan sentuhan baru yang lebih segar dan terkini untuk terus kekal relevan dalam pasaran.






Baju kurung moden masih menjadi antara pilihan yang paling popular dalam kalangan wanita di Malaysia. Antara faktornya adalah kerana baju kurung sangat selesa untuk digayakan dalam apa jua keadaan dan ke mana jua anda mahu pergi lagi-lagi jika anda pakai baju kurung cotton yang diperbuat daripada kapas. Selain mencerminkan budaya Melayu yang penuh adab sopan, memakai baju ini akan membuatkan anda kelihatan lebih ayu dan manis. Bukan sahaja boleh dipakai ke majlis-majlis formal dan istimewa malah ianya begitu sempurna untuk dipakai walau ke pejabat sekalipun.




Baju gaun labuh ataupun turut dikenali sebagai maxi dress juga masih mengungguli carta dan menerima penerimaan yang cukup tinggi dalam pasaran sehingga kini. Gayanya yang menarik membolehkan anda memakainya ke majlis-majlis istimewa untuk tampil dengan penuh bergaya. Disebabkan itulah kita dapat lihat saban tahun banyak koleksi dress labuh dihasilkan dan digayakan di pentas-pentas peragaan fesyen oleh pelbagai jenama fesyen yang hebat. Jika anda mahu kelihatan anggun dan menjadi perhatian maka ini adalah fesyen baju terkini yang anda pasti mahu dapatkan!


Nampak bergaya, manis, sopan dan fashionista dengan menggayakan koleksi baju terkini dari ZALORA Malaysia.



10 comments:

idzwa kamaruddin said...

berkenan yg hijau tu!

Cik Puan Eka said...

yg ijau zamrud tu cantek kak.. lelaju scrool hahaha

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

fuhh rambang mata iols.. =)

lieyalatif said...

semua lawoooo...tapi semua stok badan sekeping hah .... pakai jubah jek laa senang ekekekeekek

Mar Mansor said...

cantik-cantik semua

hainom OKje said...

Ok....mak tak cukup keyakinan lagi nak pakai weyh!

hainom OKje said...

Ok....mak tak cukup keyakinan lagi nak pakai weyh!

Kira Sakura said...

kami tak berapa berkenan kurung moden. masih lagi setia dengan kurung pesak ihihihi

LYAfrina said...

cantik n simple

Lynn Damya said...

Salam, hahahaha adui kak.semalam aku saje2 lah nak ushar baju raye lah knon kat zalora, sekali mak aihhhh cantiknyeee sume~~~` aje kang terbeli 10 helai...waduh....aku suka baju marron dlm pic 1st tu,paling kanan..so nice~ hehe