Thursday, February 25, 2016

Hadir Majlis Perkahwinan Kawan Berbangsa India

14/2/2016

ini pertama kali dalam seumur hidup, aku hadir ke majlis perkahwinan bangsa lain 
satu pengalaman baru untuk aku 
selama ni dok ingat kalau majlis perkahwinan india ke mesti macam dalam drama/filem tamil/hindi 
tersasar jauh juga imaginasi aku tu 

kami dijemput ke Majlis Perkahwinan kawan enPanjang yang berbangsa india
di Gelugor Penang lokasi pun mudah je guna waze je
kami sampai lebih kurang lepas maghrib, majlis pun belum bermula 
ada juga kawan enPanjang dari Sepang yang datang 

langkah pertama masuk ke dewan.... deco lebih kurang macam majlis perkahwinan orang melayu 
cuma hiasannya lebih berwarna-warni like colur of rangoli 
pelamin serupa serupa pelamin kita cuma ada bunga api ada diletakkan di hadapan pelamin ... apabila pengantin bersanding pengendali majlis akan on kan bunga api 
so sangat unik dan meriah la 


konsep pengantin tiba di dewan juga hampir sama dengan konsep perkahwinan orang kita 
cuma yang membezakannya ialah 
Melayu : bila pengantin sampai kita akan bunyikan kompang dan ada silat pengantin 
tetapi 
India: umumkan ketibaan, semua jemputan dipersilakan menepuk tangan dan bersorak untuk meraikan pengantin dan tarian india akan mengiringi pengantin ke pelamin sambil percikan bunga api sepanjang laluan 


not sure tarian jenis apa ni ... bollywood kot

Pengantin Lelaki dan Perempuan 
Pengantin lelaki adalah kawan sekerja enPanjang dan Pengantin Perempuan adalah guru sekolah

kebanyakan jemputan adalah dari pelbagai jenis kaum India, Cina, Melayu, dan Arab/Turkish dan warga asing 
memang banyak juga orang arab/turkish yang hadir dalam 3 meja, mungkin kenalan Pengantin perempuan 


Fahim yang kebosanan dan kelaparan

mama pun tak reti buat love 
budak zaman sekarang macam style diorang tahu 

door gift 


konsep majlis ni agak berbeza dengan majlis kita sebab kalau majlis kita datang boleh terus makan tak kisah la pengantin tengah buat apa, dah sampai belum 
tetamu makan dulu lepas baru salam kaut kan 

tapi majlis perkahwinan india hari tu tunggu MC jemput makan 
baru semua orang beratur di bufet 
disebabkan orang ramai dan Q panjang kami decide makan desert je 
ABC je 
malas beratur sebenarnya 

oh ye! makan di kenduri ini halal InshaaAllah sebab kateringnya adalah orang melayu dan islam 
MC dan kawan enPanjang awal-awal lagi dah maklumkan yang mereka mengupah katering Islam sebab banyak jemputan adalah kawan-kawan Melayu/Islam 


hadir ke majlis ini adalah satu pengalaman baru untuk aku dan excited lebih ... TQ sebab jemput kami


memandangkan kami tak makan  kenduri 
kami singgah makan di Char Kueh Teow Sg. Dua
pekena CKT 
huuuiisshh sedap 







10 comments:

Aty_Fared said...

aku pernah pergi dulu2 masa bujang dalam 10 tahun lepas..tapi aku rasa ko nyer ni ok lagi kot sebab kat dewan..aku pergi kawan aku kat rumah die.. kire kalau melayu punye kite panggil style kampung..ada macam2 adat dan masak sendiri..macam tu lah.. jadi yg aku pergi ni..memang pure indian culture... dan aku sorang jer melayu kat situ..!!

aku harap ko berjaya dapat apa yang aku sampaikan ni.. heheh..

idzwa kamaruddin said...

best kan sekali sekala pegi kenduri bangsa lain! sebab feel dia lain sangat ;)

Daddy Ziyyad said...

Inilah yg sebenarnya, 1Malaysia.
Pelamin mereka tak jauh beza dgn pelamin kita, sebab kita Melayu, banyak tiru budaya India ...inilah faktanya.

eima said...

aah la tuan doktor Dady Ziyyad ... budaya kenduri kita mmg tiru indian .... that y la aku rasa macam pi kenduri org melayu hahahah

Lea Ismail said...

lebih kurang sama jekan dengan melayu punya.melayu pun byk ambik adat depa

Jue said...

Pengalaman baru nie..jue tak pernah pergi pun kenduri selain melayu

Eintan Nurfuzie said...

pernah gi dan meriah2

miss eimanhikmah said...

tak pernah attend wedding indian..tp pernah pg makan kt kedai india yang kita je muslim kt situ..dah tanya, mmg halal..hehehe

Kira Sakura said...

pernah jugak datang kenduri kawen india. cikgu masa sekolah dulu. memang lain sikit tapi still meriah dengan warna warni dorang.

adianiez AIDA said...

wah.... nice experience.
aida x pernah attend indian / chinese wedding.
x pernah dpt jemputan :) hi hi hi...