Tuesday, February 16, 2016

Lotus Desaru Beach Resort | Water Park yang best | Review

6/2/2016

Cuti CNY yang lepas kami ke Zon Selatan, JDT 
kami tak plan pun ... semuanya last minute 
tetiba MIL call enPanjang ...jom katanya
gelabah dan kelam kabut aku pagi sabtu tu 
mana nak basuh baju ...mana nak iron baju ...mana nak kemas beg tapi berbaloi 
percutian keluarga yang best 
mana yang lebih baik selain dari bercuti dengan keluarga kan .... harta dunia akhirat kita 


Destinasi pertama kami adalah ke LOTUS DESARU BEACH RESORT, Johor

perjalanan yang mengambil masa agak lama 
jalan jem musim cuti sekolah kan, tambahan pula kami keluar dari rumah agak lewat pukul 11.00 am gitu ... biasanya kalau terancang kami akan keluar seawal 6 am

kawasan Lotus Desaru Beach Resort ni sangat besar 
mempunyai blok A - S
belum termasuk reception dan restoran
di sini disediakan perkhidmatan shuttle 




kami memilih aprtment 3 bilik harga pada hari tersebut hampir mencecah RM1K 
aku taktau exactly price sebab myBIL yang bayarkan TQ pakcu!!

apartment yang selesa dan luas  mempunyai lift dan tangga 



bilik 1 - 1 Queen Bed 

bilik 2 - Master Bed Room - 1 king bed with bathtub




bilik 3 - single bed

 dry kitchen 

complimentary - mineral water only 

complimentary 

ruang tamu yang besar 
seronok la budak-budak melasak dengan sepupu-sepupu diorang 

dan harga bilik termasuk dengan 6 tiket water park, 6 pool tower dan 6 breakfast voucher

 

pandangan dari apartment kami 
oh! ye blok ABC antara yeng terdekat dengan water park dan blok c adalah yang paling dekat dengan Lazy River

Lazy River ni  gelongsor air yang panjang dari tengah laman antara apartment terus ke water park 
korang yang malas nak berjalan dari apartment ke water park 
korang gelongsor je dari lazy river ni 
terus sampai 
tapi make sure korang sewa dulu pelampung RM8 



sewa pelampung dan ambil pool towel di sini 










besar dan luas waterpark ini 
tapi tidak la extreme macam di sunway lagoon 
tapi ok la budak-budak happy 
fahim dan icha suka main di Lazy River 
penat sikit la nak naik balik ke situ 
3 kali kot dok ulang alik ... letih mama berkejar
kejar ambil gambar je la ... mandi a big NO la hehehee
dasar takut air 



pagi tu sebelum terjun water park 


MIL awal2 lagi dah keluar belikan sarapan di luar 
sebab masing-masing malas nak pi makan sarapan hotel 
pagi hujan renyai-renyai dan nak ke mana-mana dalam hotel ni sangat jauh dan luas
kena naik shuttle 
kalau nak berjalan kaki boleh juga ......kalau larat dan rajin tiada masalah 




        sarapan aku pagi tu .... tidak menyelerakan balik bilik makan lagi nasi lemak MIL beli


ramainye manusia ... tak selesa... makanan berebut 
terlalu padat walaupun tempat makan ni luas
pilihan makanan aku tak sure banyak ke tak 
sebab aku hilang selera nak pi ambil makanan dah 
sekali tengok macam kat  Gold Coast Morib

bab breakfast je tak puas hati sikit ..yang lain ok 

tengok la macam mana aku tak hilang selera .... bising orang dok lalu lalang belakang ..tepi kiri kanan ...hmmmm




mungkin akan datang lagi ??
rasanya ye ...sebab anak-anak aku suka sangat dengan Lazy River tu 
ada pantai yang cantik tapi hari tu tak dapat nak ke laut sebab cuaca yang hujan 


kalau nak datang sini nak cari time yang bukan cuti sekolah dan cuti umum serentak 






13 comments:

idzwa kamaruddin said...

HUHUUU ramai komplen tempat ni kalau time cuti sekolah penuh ya hamat

Kakcik Nur said...

Luasnya kawasan. Tempat makan dah macam kat kenduri kahwin pulak... :)

Chekgu Azrine said...

Wow...apartment mewah ni smpi 1k..kerlass!!!
Asyik bercuti sana sini je tau emma ni..jeles kita

Qhaifa Nur said...

Mahal harganya eima tp puas hati..mungkin cuti CNY
Nmpk best gak sini...

nuyui a.k.a miss YUI said...

musim cuti mana mana tmpt mmg gitu..huuu.. tu yui xsuka jalan time cuti mcm tu.. tp yela, dah family ajak, harus ikut.. family first!

Diana Rashid said...

memang ada apartment je ke kat situ?hotel ada?1k tu dia kira sekali dengan bayran masuk semua nye la ye??maknanya tak mahal la sebab pi satu keluarga..kan?/

Suria Lekatlekit said...

kalau bawa anak2 best la tempat2 macam ni. budak2 kan suka main air. Nak2 ada waterpark macam ni

Daddy Ziyyad said...

Almost 1K per night?

Saya pernah lalu depan Lotus ni...tapi masa tu saja je jalan2 balik hari ke Desaru.

Lazy River tu agak2nya berapa jauh? ada 200m ke? Best tu.

hainom OKje said...

Ko ni kan Eima memanjang berjalan tau. Jeles mak weyh! Oit mahal jugak ek..tp kalau pikir balik kira oklah tu. Pernah gak gi Desaru sekali dulu. Round gak ke Lotus ni, mcm mahal, tak tau yg ada Water Park sekali ....tp hotel hotel lain mcm kurang penjagaanlah....

Asha Lya said...

Mcm best ni..tu la klau bukan time cuti mungkin lbh murah n selesa kn

Lynn Damya said...

Salam, hahahaha sini mmg best, sy penah pegi dulu tp mase skolh menengah, masa tu nama resort ni Desaru Impian...skang dh tukar nama..hehe bilik best, pastu paling best sbb ade taman menan mcm funfair...ade kuda pusing2, teko pusing2 dan merry go round~ tp sy tak mandi2 jugak...bestnyeee tgk...

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

Waaa....besttttt.saya org johor pon lom pernah smpai cni..tp ada plan gak nk cuti2 ngan family..mesti seronok kalau anak2 gi ci main ngan kazen2 kan..^_^

Cik Puan Eka said...

waa menarik rupanya lotus desaru ni.

Kak, memang terpancar ke stressan akak kat gambo tgh makan tu hhihihi