Tuesday, February 23, 2016

Pau sedap di Tg. Malim | Restoren Yik Mun

Restoren dan Kedai Menjual Pau YIK MUN, Tg. Malim 

restoren ini memang terkenal dan hot list dalam SEO keyword "pau sedap Tg. Malim"

dalam perjalanan balik dari kampung aku minggu lepas 
perut dah berkeroncong enPanjang suruh google kedai Pau sedap kat area tg. malim 
ramai review pau di sini sedap dan halal 
halal tu penting .... aku yakin bila baca laporan polis dari  Yik Mun mengenai penyebaran maklumat palsu 

lokasi mudah je 
korang on waze pasti jumpa 
kedainya tepi jalan di simpang 4 pekan Tg.Malim 




sampai terus belek menu
yang pasti harus la orger pau dah ramai review pau sedap kan 
aku ambil 2 pau kacang merah dan 2 pau ayam 

RM2.20 satu biji 

Pau Ayam

Pau Kacang Merah 

for me rasanya macam pau biasa 
tak ada kelainan pun macam pau bandar la ... pau kampung kan lain sikit kan 
tekstur yang gebu ...inti yang sedap 
so aku makan 2 ½ pau 
memang kenyang 

kat sini bukan hanya ada jual pau je tapi ada juga menu-menu lain 
so order nasi ayam untuk Fahim 

Nasi Ayam RM8.50
nasi ayam ni sedap ..sup pun sedap 
so recommended 
habis fahim makan 


order Mee Hainan untuk abah dan Alisha

Mee Hainan RM8.50

mungkin tekak aku .... memang tak kena dengan selera aku 
rasa kicap yang cukup ketara 
bagi yang tak suka pedas dan suka kicap korang boleh order yang ni 
enPanjang tak nak makan .... in the end aku la tukang perabih 
sayang kot 



Hainan White Coffe Ais RM4.30
aku kongsi dengan enPanjang sebab aku kan jenis minum air masak je 
so order soya untuk fahim
ais kosong mama dan icha

ni senarai menu dan harga




kalau korang ke Tg. Malim nak makan yang ringan-ringan dan minum petang boleh la pekena pau Yik Mun ni 



19 comments:

Nad MamaZN said...

penah gak try. tu la cari gak kelainannya.. mcm xde. lain org lain citarasa kan..

SYANI said...

Dulu kalau balik dari PErak, sure singgah makan kat Yik Mun tu. Tapi skrg punya dah tak sesedap dulu.
** Dah lama dah tak singgah situ

Sheila Adziz said...

pernah masuk majalah 3 kan pau ni...

Yana MIB said...

haa sedapnya pau..zafirah dh lama ngidam pau tp ssh pulak nk jumpa org jual pau kt bangi ni..hikss

lieyalatif said...

lieya pun penah try ni...ye laa dah org kate pemes kan ...so pi le try...not bad...ok la jugak.... siap beli kat rnr mane ntah ade pau yikmun nieh ari tu.....anak2 suke pau so mmg laju jek laa bedal....lagi pun pi tempat org ni wajib jjcm mknan depa kan....

mama tisya said...

pernh mkn pau sini..sedap

Kakcik Nur said...

Tak minat pau YM ni sebab kulit dia tebal sangat... :)

AnneRaini said...

femes pau ni. dah masuk tv bagai. bolehlah cuba kalo kebetulan ke area sana nanti.

nuyui a.k.a miss YUI said...

pnh mkn pau ni tp bg yui biasa je..huhu

idzwa kamaruddin said...

ramai dah ckp pasal pau yik mun nie..biler la daku nak sampai sini nie

Chekgu Azrine said...

spnjg hampir 4 tahun dok tg malim tak pernah singgah makan..sebab was2...huhu

LiYa HaNiF :: said...

Jarang sangat singgah tg malim nie... sbb selalu kalau balik kg tak lalu sana pun.. tapi rasanya adik liya pernah cerita pasal pau ni... dia cakap biasa je... Wallahualam...

Mummydearie said...

Saya ni kurang sikit kalau chinese food. Dengar nama kedai ala-ala macam ni pun, saya tak berapa juga :) Saya memang penggemar pau tapi yang ini dengar ajelah, cubanya tak pernah.

Qhaifa Nur said...

Dpt mkn pau yg panas2 sedapnya..
Klau terlalu kat sini boleh gak singgah..nak rasa ia ke sedappp

wahida said...

teringin nak try...

azizah green line said...

sedapnyaa pau nihh!

Khamsi Abdullah said...

Kawan saya ada mengajar dekat area tanjung malim. Pau Yik Mun memang juadah wajib.

Scdha Sein (SS) said...

Boleh cuba ni... Menarik...

adianiez AIDA said...

kakak sulung aida selalu makan pau ni.
sebab ikut asben dia keje ke perak.
hmmmm dia share aje la kat grup wassap famili.
aida tak pernah merasa.