Monday, February 29, 2016

Pengaruh TV Betul budak-budak sekarang ni

kuat betul pengaruh TV kepada minda kanak-kanak kan 
sebab itu ibu bapa kena mainkan peranan kawal apa yang mereka tonton 


sebagai contoh yang ini 
ini buku budak darjah 1
aku tahu sebab tahun lepas anak aku pun darjah 1 


asal pakai mahkota dah dikatanya QuPuteh 
adoi la 

kuat betul pengaruh QuPuteh ni kan 
jangan kata orang dewasa boleh terpengaruh budak-budak pun dia jerat sama 

kadang-kadang ni drama melayu pun sama naik ngan drama omputeh 
contoh pagi semalam aku buka TV awal pagi 
anak-anak pun dah bersdiap nak keluar sarapan 
sambil tunggu abah panaskan enjin kereta 
aku buka TV3 Drama Naziha 
adegan baru lepas kahwin (farouk terkam naziha)
lepas tu naziha menangis tak pakai baju dalam kain selimut
budak sebesar Alisha asyik tanya 
"mama kenapa ngan pompuan tu, kenapa dia menangis"

aku nak jawab pun tak tahu nak jawab apa 
yang aku jawab "menangis sebab kena marah"
pastua ku tutup TV ajak budak-budak masuk kereta sebelum berlarutan pulak pertanyaannya 

sepatutnta drama berunsur macam tu tak sesuai di tayang pada waktu pagi
elok tayang di waktu malam lepas budak-budak dah tidur 
waktu tayang taks esuai
pagi-pagi macam tu tayang cerita kartun ke cerita berunsur pdp ke 
hari minggu hari anak-anak mengadap TV 
hari cuti mereka 

semakin hari semakin mengarut TV3 ni 
paling aku rasa mengarut bila siaran langsung perlawanan bola sepak 
media prima asyik dok tayang JDT/Selangor/Kelantan
negeri lain tak main bola ke 

orang selangor/Johor/Kelantan jangan nak kecam saya pulak 
ini kenyataan

kan dah melalut sampai bola dah ... hehehe 


14 comments:

Kakcik Nur said...

Hmmmm....siaran tv bagai sudah tidak bertapis lagi...

Tak guna letak simbol 18+ ke U ke... sebab bukan makbapak sentiasa ada depan tv hendak memantau... :(

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg pgruh kuat bdak bdak ni.. tu sbb skg tayangan kat tb tu kena berlapik. samada kt tgk, atau tutup tb sblm bdak bdak tgk..huhu

idzwa kamaruddin said...

serous cakap memang tak tengok citer melayu sebab geli dan emluat! huahuahua...lagi satu sebab anak jugak!

mama tisya said...

qu puteh bdk2 pn tahu

Yana MIB said...

tp bila pk logik bebudak mana ada pendedahan psl queen...even cerita kartun pn xde info pasal ratu/queen/permaisuri...kan kan
hr tu tjk gbr tu kt zafirah..saja nk test dia jwb apa..kitorg expect dia nk jwb qu puteh gak...tp dia jawab princesssss...haha ok la tu kan? :)

JR said...

Sebab tu ada orang panggil TV3 sebagai TV3 Suku, terutama siaran berita yang berat sebelah dan drama yang banyak sangat mengarutnya...

Norhayati Mohd Isa said...

Hihihi budak sekarang eima..
Tapi tu sudah salah jawapan exam tu kan..
Banyak pengaruh yg tak elok sangat sekarang ni..

Aty_Fared said...

aku tak suka iklan yang makan pil estacy tu..lepas tu dah khayal..dengar lagu kuat2..pukul kepala kawan ngan gitar..dak qaleef tengok..lepas tu..die cakap akan hal tu.. mungkin niat tv tu baik..nak mendidik..tapi tuk anak kecik macam anak aku contoh nya..bende tu tak sampai..!! anak aku hanya nampak keganasan...setiap kali iklan tu..aku rasa nak marah ngan orang yang buat tu..
jadi..tu pasal..sudah nya.. aku kawal apa yang anak aku nak tengok..sikit masa lagi die dah panadi control remote.. aku patut lebih risau..

masa awal2 dulu.. anak aku tengok aku makan panadol sebab migrain..qaleef tegur...mama jangan makan ubat.. nanti mati....

eeerrrr............

Ibu Lala said...

Kalau ada qu puteh ni cek tukaq channel lain

Qhaifa Nur said...

klau mula citer dh lain mcm eima...mmg x tgk laa
ank2 nk membesar, mcm2 d tanya itu ini...

Kira Sakura said...

upin ipin tu pun sama kak. kan dorg dok bahasa aku. ritu uwais ber aku aku. terus lempang mulut dia. mujur dia pun dengar cakap terus tukar saya. lepas pada tu bila tengok upin ipin dgn kawan2 sebut aku. ckap kat uwais. tak baik kan dorang tu sebut aku2. Allah marah.

hainom OKje said...

Tak tengok tv pun pagi pagi tu Eima....kekadang pagi pagi mak mls nak bising bising, satu lagi kalau dah layan Tv takut keja lain tak siap....

Diana Rashid said...

Drama melayu memang macam tu..
kita jadi tak tau nak jawab apa sebab yang berlakon tu sah2 melayu..Kadang babak peluk2 tu dok tayang kat tv , saya risau betul kalau anak tengok.sebab dia pernah tanya.."ibu ..pelakon dia islam la.kenapa dia peluk2"..kalau omputih ke, tamil ke, korea ke, senang je nak jawab..depa bukan islam..kita islam tak boleh macam tu..

adianiez AIDA said...

ha ha quputeh tu memang la kelakar.
nak salah kan anak, pun rasa tak sampai ati hi hi....
drama melayu, aida tgk gak drama gaya camne.
if ada romantik part, aida tukar channel.
maklum ler, anak dara da besar-besar.