Monday, February 22, 2016

Tenangnya Suasana Kampung di Desa Balqis Beach Resort Kuala Linggi | Review

9/2/2016

Destinasi ketiga jalan-jalan CNY 
kami sepatutnya singgah Melaka tetapi disebabkan jem yang teruk di tengah bandar Melaka kami tukar plan untuk terus balik rumah time ni kami dah berpecah dengan ahli-ahli yang lain

disebabkan dah termasuk bandar hilir kami terus tuju ke jalan lama Kuala Linggi - PD 
tapi sepanjang jalan klebang tu jem teruk ..jalan baru tepi laut pun sama 
jadinya kami berhenti pekena Ayam Kicap Meletop KFC 
rehat sekejap dan teruskan perjalanan balik 
tetiba MIL call dia dah sampai kat Restoren Nelayan Kg. Sg. Baru Kuala Linggi 
memandangkan satu jalan kami singgah walaupun memasing dah kenyang 
jangan katakan makan ...nak ambil gambar pun aku tak mampu hahaha


Siakap Stim
aku mampu ratah je 

Ketam Goreng Telur Masin 
yang ni aku fobia... takut la terbelah lagi jari aku 


Lala goreng pedas

ni je aku aku mampu makan perut penuh kot 
dah pulun makan kfc sebelum tu sebab dah lapar dari JPO pastu tersangkut dalam jem 

ada macam-macam lagi diorang order tapi aku malas ambil gambar dah
mood kenyang .... 
antara lauk yang ada hari tu sotong goreng tepung, udang butter, kailan ikan masin, tomyam, sotong bakar

lepas makan malam memasing lagi malas dan penat perut kenyang kan 
in the end cari tempat tidur 
call banyak apartment dan hotel area PD semua  fully booked

google jumpa Desa Balqis

Desa Balqis Beach Resort, Kuala Linggi



Desa Balqis Beach Resort ni memang kita akan kembali ke suasana kampung 
semua rumah di sini adalah rumah kayu 
resort yang cukup unik, indah dan so kampung 
di sini memang kita akan rasa seperti di kampung sebab cukup nyaman dan tenang 
di sini ada banyak pilihan RUMAH yang korang boleh pilih dan harga bermula dari RM 200 hingga RM1000 bergantung pada peak hour
kami memilih Rumah Kak Ngah iaitu Single Storey Wooden Chalet 
mempunyai 1 bilik tidur, 1 bilik air, ruang tamu + sofabed dan pondok belakang rumah 
pemandangan belakang rumah yang betul-betul tepi laut 

memang boleh dengar deruan ombak
malam yang sejuk dan nyaman 



TV Kotak so kampung 
astro pun tak ada mungkin sebab nak kita betul-betul rasa seperti kampung kot


bilik pun ala-ala kampung

bilik air 

complimentary 


pemandangan dari belakang rumah 

dari sisi kiri

dari sisi kanan

deretan Single Storey Wooden Chalet 
Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang dan Kak Chik

ada meja untuk ambil angin sambil lepak-lepak 
bapak dan budak-budak ttak tunggu mama 

di sini juga ada swimming pool 
lokasi swimming pool di sebelah wooden chalet kami 
tapi kami tak mandi pun kolam bagi chance kat orang pulak budak-budak dah puas terjun kolam 2 hari berturut-turut

pagi tu kami jalan-jalan tepi pantai 
ambil angin pagi ... segar sangat 

layan buaian pokok ni 
feel kat sini tu lain macam sikit la 
rasa macam syok  dan tenang 


sambil dok tengok budak-budak terjun dalam laut dari atas pokok 


jumpa pasangan romantik ni 
melekat je tak nak pisah 

tak bawa balik pun .... lepas bawa naik atas .... kami lepaskan ke laut semula

oh ye di sini disediakan sarapan pagi dan dihantar terus ke rumah-rumah


satu jug air teh o panas dan 5 bungkus nasi lemak dan sebungkus kuih muih 



suasana di Desa Balqis dari lensa HP aku 
penuh semua rumah penuh 
di sini sangat sesuai diadakan aktiviti keluarga seperti family day, BBQ sukaneka sebab tanah yang luas macam aktiviti boleh buat 


korang nak tau lebih lanjut mengenai Desa Balqis Beach Resort Kuala Linggi ni boleh usha-usha website mereka ni

kalau korang nak lari hiruk pikuk kota dan nak cari ketenangan memang boleh mai sini 
ambil plak yang dekat dengan laut ....memang syok 

rate kami pada hari tu 
adalah RM500.00 sebab aku check in dah  malam pukul 10.00 pm kot 
dapat diskaun sikit dan free 3 extra bed


lokasi Desa Balqis Beach Resort ni betul-betul di tepi jalan besar dari Jalan Pengkalan Balak ke Port Dickson jalan lama/kampung

KM 50, KAMPUNG BUKIT DARAT, KUALA LINGGI, 
KUALA SUNGAI BARU, 
78200 MASJID TANAH, MELAKA
+603 - 4022 7728

N: 2 22 39.245
E: 102 0 52.972



Note : dulu  aku ingat Desa Balqis ni rumah orang kaya mana ... rupanya resort ......

16 comments:

Kak Nieyl said...

Pernah jugak terbaca pasal desa balqis nie..
boleh tahan jugak rate dia semalam yea..:)
nieyl nasib baik laa..xpernah lagi bermalam kat melaka nie..
insyaÁllah bulan 3 nie akan ke melaka lagi...adik nieyl baru dapat kunci umah kat melaka...:)

Kakcik Nur said...

Boleh tahan juga kadar sewanya...

Tapi mungkin berbaloi dengan perkhidmatan dan prasarana yang disediakan. :)

idzwa kamaruddin said...

ramai cakap tempat ni best tapi nak lagi best kene pegi ramai-ramai. kan..

syawalsimpsons said...

ko buat aku terliuq pulok dengan seafood tu

Norhayati Mohd Isa said...

Cantiknya ..
memang suasana kampung ditepi pantai tu ..
Macam nak terjah juga ni :)

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

amboi.. kua masuk hotel ja hang ni? TNB bonus masyuukkk ka? :p

nuyui a.k.a miss YUI said...

boleh tahan sewanya ea.. hihi..tp tgk mknn tu..perghh.

Diana Rashid said...

cantik nya suasana belakang rumah..ambik gambar pengantin lawa ni..

lieyalatif said...

ADUH rugi dah kenyan gkan....feel lain makan kalo dah kenyang ni...tak makan rugi, so paksa laa jugak haahahahaha...

ehh best laaa tempat nie...tenang ajek...dpt plak jumpe belangkas gitu.... yg penting suasana tu ...mmg win laa kalo nak bercuti rileks2....

cik mah said...

Okeylah kan g ramai2 best juga..t nk usha2 gaklah..

Puan Kutu said...

bestnya suasana desa balqis ni..en suami sukalah suasana kmpg camni..org dibesarkan kat bandaq..klu daku memang anak kampung..haha tp yg bestnya dekat pantai..memang feel la boleh dengar deruan ombak..

Nad MamaZN said...

bestnya!!! nak try stay sini gak la..

Mummydearie said...

Tak boleh tahan tengok gambar makanan!

Cantik dan tenang tempat ni. Kena take notelah. Manalah tahu lain kali boleh ke sini pulak ramai-ramai!

adianiez AIDA said...

aida x pernah dok sini.
sebab kampung kat situ hi hi....
pernah la tgk tempat nyer.
penuh aje :)

Najib said...

ada contact lain x selain no opis.. call x dpt2..

Muhammad Abdullah said...

mahal giler..dgn harga camni baik tidor Chalet atas laut di avanza Sepang gold coast.swiming pool tgh laut lagi la Best.