Wednesday, February 24, 2016

Tiada Lagi Tanda Tanya!


hari ni agak sedih bila dapat berita kehilangan atuk kepada kawan Fahim 

kawan Fahim ni atuk dan neneknya bela dari kecil ...mak dah ayah dia kerja kat shah alam 
so atuk dan nenek yang ambil dan hantar cucu ke sekolah setiap hari

atuk dan nenek kawan fahim ni baik sangat dengan aku 
kiranya kami rapat 
boleh berborak, bergelak dan bergurau 
kami kenal sejak hari pertama pendaftaran Prasekolah
2 tahun juga la kami kenal
hari-hari jumpa 
pagi sekali, tengah hari sekali selama 2 tahun 

orangnya baik, peramah, tak lokek senyuman baik atuk mahupun nenek kawan Fahim ni 
kalau jumpa kami akan sapa mesra 
mesti tanya khabar 
berborak dan bercerita

tahun 2016 ni aku jarang sangat dapat bersua dengan mereka berdua  
tertanya-tanya jugak  
lama tak nampak pakcik dan makcik 
ye la bayangkan sepanjang 2 tahun kami sering berjumpakan 
bila tak jumpa tu aku rasa macam janggal ... tertanya-tanya 

tadi waktu tengah tunggu Fahim 
aku nampak makcik mukanya merah, mata nya merah dan berair 
kuatkan hati untuk bertanya "kenapa chik?"

berjurai air mata makcik bila bagitahu yang pakcik dah tak ada 
Ya Allah ...Innalillah Wa Innalillah Hiroji'un

Pakcik dah tak ada pada 15 Januari 2016 yang lepas 
bergetar jantung aku time tu 
Semoga Arwah ditempatkan di kalangan para solihin 

aku terkesan dari berita ini 
walaupun nama mereka aku pun tidak pasti 
walaupun mereka bukan oarang dekat dengan aku 
walaupun mereka tiada hubungan persaudaraan dengan aku 
tapi mereka ialah orang yang hari-hari aku jumpa dan tegur 

semoga arwah tenang di sana dan dicucuri rahmatNya 





9 comments:

muhammad syahmi said...

Assalamualaikum Cik, Maaf saya tak tahu cara lain untuk menghubungi Cik. Saya ingin bertanya sekiranya Cik sudi review laman web kami, sebuah laman web bagi pencarian bilik sewa dan housemates/roommates yang baru dilancarkan awal Oktober 2015. Selain dari itu, adakah pihak tuan menyediakan ruang sekiranya kami menyediakan sebuah artikel untuk dikongsikan diruangan blog Cik? Terima kasih saya dahulukan.
Syahmi
http://hidup.my/
+6011-15359165

Nad MamaZN said...

moga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman.. al fatihah

Puan Kutu said...

memang la org yg kita kenal n pe4nah neramah mesra ni terkesan dihati bila kehilangan..semoga aruah pakcik tenang disana

Yana MIB said...

innalillah...semoga arwah ditempatkan bersama golongan yg beriman

aizamia3 said...

Takziah buat nenek kawan Fahim tu.
Moga arwah tenang dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.

Chekgu Azrine said...

al fatihah

Nora Karim said...

innalillahiwa innailaihirojiun... sedihnya... walaupun jumpa gitu2 je, still dah ada kenangan dan cerita yg dikongsikan... moga rohnya dicucuri rahmat... amin...

Ibu Lala said...

Sedih jugak. Moga atuknya bersama org org yg beriman.

Kira Sakura said...

moga arwah ditempatkan bersama para solehin. tula kan bila dah jumpa hari2 walau bukan kawan kita pun mesti terkesan sama. moga keluarga dorang tabah