Friday, March 25, 2016

Best Tak Kungfu Panda 3??

lepas balik dari Sabah aku sambung cuti sehari lagi 
saja nak berehat dan membasuh kain baju satu beg besar 
tengahari tu saja plan dengan ateh diorg bawa budak berdua dan sepupu diorang tengok wayang 
masing-masing nak tengok zootopia
kat GSC alamanda dah tak ada dah cerita tu 
kat IOI City Mall fullhouse cerita dah lama pun Fullhouse lagi 

nak tak nak kena layan Kungfu Panda 3
tu yang cepat dan masih ada kosong seat belakang dan sederet
Fahim awal-awal lagi ...dok ala...ala.... ala... boring ...tak nak tengok cerita ni 

yang tak puas hati 

budak yang excited tapi akhirnya tewas dipertengahan jalan 

lampu dah buka dia masih layan tidur 

mama: kenapa adik tidur ?
Icha : adik bosan la, tak best 

si Fahim pulak asyik dok tanya bila nak best ni mama 
kenapa bosan sangat ... bila nak lawan ....
ni salah mama la .. tak nak tengok boboiboy ....
huk aloh mama pulak disalahkannya
boboiboy fullhouse .... paling cepat pukul 6.00 pm 


Sinopsis Kungfu Panda 3

Jeneral Kai telah mengambil Chi Oogway untuk memboleh Jeneral Kai kembali ke dunia dari dunia roh.
Jeneral mencari Po untuk mengambil Chi Po Panglima Naga selepas diberi amaran oleh Oogway bahawa Panglima Naga akan mengalahkan Jenral Kai.
Po telah berjumpa kembali dengan ayahnya yang telah terpisah sejak kecil. Bermula la pengembaraan Po untuk kembali ke Perkampungan rahsia panda dan mempelajari mengawal Chi.
dan seterusnya Po menjadi master chi dan melawan Jeneral Kai.



bukan aku cakap .... anak-anak yang cakap 
Kungfu Panda 3 bosan 
hahahaha tak leh lawan Animasi Malaysia lagi best dan TERBAIK 
tahniah ANIMONSTA 


14 comments:

~aSHa~ said...

ihihi...

aritu bawak anak2 tgk boboiboy..mereka suka la....


akak????? uwaaaaaaaaa ngantuk..akk taksuka..tp demi anak2...ihihih

Norhayati Mohd Isa said...

Kalau terlena mcm tidonya eima ..
Memang lah boring sangat anak tu..
Wlpn ada adengan lawan berkungfu tu..
Boboboi juga yg terbaik kan...

Aty_Fared said...

kan.. bosan kan.. hahaha.. laki aku dapat donlod dah.. tuk aku ok lah..tapi memang kalau tuk anak2..memang bosan... banyak cakap..bebudak mana lah suka nak layan cerite macam tu.. ;p

Qhaifa Nur said...

Punyalah x sedap smpai tido si adikk..

Diana Rashid said...

yang kat tv keluar hari2 pun anak saya tak pernah tengok..tak best kata depa..dah jadi kan filem pun depa macam tak berminat nak tengok..ehheeh

idzwa kamaruddin said...

memang boring skit..hahahaha...malas nak cakap ar!

hainom OKje said...

Nasiblah mak bukan peminat cite cite animasani Eima....so dua dua cite mmg tak berhajat pun nak tengok hihi...

Kikiki.. Amboi Icha bukan main sedap lagi dia tido...ingat bilik dia je hape tu

Chekgu Azrine said...

Ahkak nk bwk anak2 ni tgl boboboi pun xlulus lg..huhu

JR said...

Hari ini nak layan video Ola Bola kat TV yang dah siap di download...

LYAfrina said...

huhu..smpai tertdo icha..mknanya citer tu mmg betul2 bosan la tu..biasa bdk2, klo citer kartun, cerah bijik mata..pttlah lya tak tgerak hati nk bwk fasya tgk citer ni..sbb tgk preview pon cam gtu-gtu je..

Puan Kutu said...

kungfu panda ni memang bosan kan..tgok hat 1 n 2 cukup la..baik layan zootopia best lg kot..huhu tp tu ka dh takda rezeki bebudak ni..kesian.hehe

lynndAmya said...

Salam, alaaa bosan ke yg 3 punya? Baru nak tengok, dh lah sy peminat kungfu panda..hahaha takpelah download saje lah :p btw,boboiboy mmg sangat terbaik! Lawak gila..hahah

adianiez AIDA said...

memula nak bw anak2 gi panggung tgk.
tetiba mr.asben da donlod.
tgk kat umah ajer la :)
aida x tgk. x dpt nak komen.

Kira Sakura said...

Kann boboiboy jugak yang pling best. Sebab animasi. Tp uwais terbalik. Panda ni dia layan. Boboiboy sebab lawan2 dia takut nk tgk. Hati tisu budak tu hihihi