Tuesday, March 22, 2016

Penginapan di Kota Kinabalu | Review Marina Court Condo Resort, Kota Kinabalu

ni saja nak review penginapan kami semasa percutian ke Sabah cuti sekolah yang lepas 
mudahan boleh dijadikan rujukan atau panduan kepada korang yang plan nak bercuti ke Kota Kinabalu nanti

Hari pertama kami menginap di Marina Court Condo Resort, Kota Kinabalu 
tempahan melalui Agoda dengan kadar sewa 1 malam RM308.00

Marina Court Condo Resort ada 3 bilik tidur, ruang tamu, 2 bilik air, 1 dapur dan 1 ruang makan 
sangat selesa dan puas hati dengan tahap:
1. kebersihan
2. susun atur 
3. perabot terutamanya bilik tidur ada extra bantal 
4. lokasi - yang dekat dengan pusat bandar, pasaraya, pasar filipina dan kedai makan 


Marina Court Condo Resort ini adalah separuh pengurusan hotel dan persendirian 
unit yang aku menginap ini adalah pengurusan hotel so memang puas hati 
nanti dihujung entry ni nanti aku akan kongsikan mengenai pengurusan persendirian 
jom tengok dulu dalaman Marina Court Condo Resort ni 
berbaloi dengan harga sebab ahli rombongan kami kan ramai semua dapat tidur dengan selesa 
tilam pun empuk lagi 

bilik pertama 

bilik kedua 

bilik ketiga

ruang makan 
abaikan kasut berselerak dan beg-beg 

dapur

disediakan oleh pihak hotel

lengkap dengan alatan memasak 
semua ada periuk, kuali, sudip, pinggan, mangkuk dll
tapi kami tak guna pun 
plan nak makan seafood kan 
kami kalau jalan-jalan memang malas nak memasak bagai 


peti ais

stove

bilik air yang bersih 

yang paling disukai oleh MIL sebab dia boleh basuh baju cucu-cucu dia yang 3 orang tu
kalau macam aku memang tak perlu berbasuh baju sebab aku memang bawa beg besar  dan kira siap-siap sehari pakai berapa helai siap ada extra 
aku tak suka nak rimaskan  minda aku dengan nak memikirkan baju tak cukup so bawa je banyak-banyak 
bawa beg paling besar sumbat dalam tu semuanya dan  pastikan ada extra ruang untuk sumbat barang yang korang beli nanti  ... that's my way korang pula macam mana 

so aku memang suggest kalau korang bercuti ke Kota Kinabalu untuk menginap di Marina Court Condo Resort yang mana boleh booking terus di dalam website Agoda atau booking di website http://www.marinacourtresort.com/ atau https://www.promenadeapartment.com/  


banyak pengurusan di  Marina Court Condo Resort korang boleh buat perbandingan harga dan pilih yang berbaloi 

di hari ketiga juga kami menginap di sini dan kami booking melalui Agoda dan hrga lebih murah iaitu RM280.00 
tapi aku tak nak review yang ketiga ini sebab kurang berpuas hati sedikit 
kami memilih KK-Suites Residence @ Marina Court Resort Condominium 
KK-Suites Residence ni pengurusan persendirian harga memang lebih murah tapi aku lebih suka yang pengurusan hotel. 


lokasi Marina Court Condo Resort ni memang dekat dengan pusat bandar so tak boring 
dan mudah la nak keluar makan nak shopping 

lagi pun setiap blok ada swimming pool so tak perlu pun jalan jauh-jauh 
turun je terus terjun kolam, kolam terjaga dan bersih 







9 comments:

Qhaifa Nur said...

Sgt selesa eima..dkt dgn bandar
Swimming pool..itu yg best

Aty_Fared said...

ko ni merata jalan kan..syiok betul..sampai aku ni refer blog ko gak lah nak tgk review hotel kat tempat2 ko pernah pergi..

idzwa kamaruddin said...

aku duk sini haritu rm50 je smalam..hehee..office punyer.

wahida said...

wah...selesa sangatttt...harga pun aku rasa berpatutan...

Kira Sakura said...

Syoknyaaa pegi ramai2 best la. Ada pool lagi tp tula kena check betol2 under pengurusan mana kan

Kira Sakura said...

Syoknyaaa pegi ramai2 best la. Ada pool lagi tp tula kena check betol2 under pengurusan mana kan

hainom OKje said...

Bolehlah masuk link ni kalau nak gi Sabah nanti. Kalau pengurusan individu mmg gitulah Eima mesti kurang best ek...Rasanya elok bayar lebih janji kita selesa gitu

LYAfrina said...

luas & selesa

adianiez AIDA said...

tq for sharing.
boleh jadi rujukan aida later.