Thursday, March 24, 2016

Perubahan Terbaru di Rumah Terbalik Tamparuli, Sabah

Hari kedua di sabah kami bergerak awal pagi ke Kundasang 
dalam perjalanan ke Kundasang kami singgah di Rumah Terbalik Tamparuli
untuk maklumat mengenai Rumah Terbalik Tamparuli ni boleh rujuk entry aku tahun 2014 tak banyak yang berubah tapi perubahan yang ada aku akan selitkan dalam entry ini 

ini adalah harga terbaru tiket dan sudah ada penambahan baru iaitu 3D Wonders Museum
harga yang baru ni masih sama seperti 2 tahun lepas cuma ada tambahan GST

kami tak masuk pun 3D Wonders Museum tu 
sebab malas nak bergambar dan nak kejar masa untuk naik ke Kundasang 
tak sabar nak tengok Mt. Kinabalu 


Perubahan yang aku nampak di sini ialah pintu masuk ke rumah terbalik telah diubah ke belakang 
so maknanya kita masuk ke dalam rumah terbalik melalui pintu belakang 
dan banyak lokasi attarction diubah lokasi seperti lokasi kereta terbalik berubah kedudukan dari tepi rumah di letak di hadapan rumah, tandas terbalik yang berada di belakang rumah diubah  ke hadapan dan yang ulunya kafe di diubah menjadi 3D Wonder Museum dan dibina kafe baru di hadapan rumah terbalik 
so kalau korangd ah pernah ke sini sebelum ni korang patut datang lagi sebab dah ada perubahan baru
aku rasa perubahan yang baru ini menjadikan Rumah Terbalik Tamparuli lebih teratur 


jom masuk 



cubaan abah nak terbalikkan anak dia 
gelak icha tengok gelagat dua beranak tu 

kami kat sini tak lama pun dalam 30-45 minit je 
jom gerak ke Kundasang pula


14 comments:

Chekgu Azrine said...

belum pernah sampai sini...inshaAllah 1 day

idzwa kamaruddin said...

haritu pegi tak singgah sebab rase membazir.hehehehe..tapi layan gak la masuk nie ;)

hainom OKje said...

Alahai bilalah mak dapat ambik gambo kat sini Eima...Kalau first time dtg mesti bestkan Ma....Mcm ko mesti tak best sebab dah pernah dtg....

hainom OKje said...

Alahai bilalah mak dapat ambik gambo kat sini Eima...Kalau first time dtg mesti bestkan Ma....Mcm ko mesti tak best sebab dah pernah dtg....

Yana MIB said...

teringin betul nk bercuti kt sabah...dak ujang tu xpnh lg smpi sabah...haha kena planning kewangan bebetul ni...hikss

Diana Rashid said...

sabah dalam senarai kami nak pergi nanti..tapi bukan dalam masa terdekat la..heheh.adik saya ada kat sana sebab tu memang nak pi sangat..

aizamia3 said...

Tak pernah lagi sampai ke Sabah.. InsyaAllah satu hari nanti.. ;)

Puan Kutu said...

perubahan yg bagus dan lebih sistematik baguslah kan at least ada improvement..kundasang bestnya..nedt entry ke.hehe

Qhaifa Nur said...

Agaknya klau dtg sini..wajib singgah kan

~aSHa~ said...

bila la akk nak bawak anak2 pulak..ihihi kena kumpul pitih dulu ni

LYAfrina said...

ramai tu org beratur..hrp sampai jgk sini satu hri nnti

lynndAmya said...

Salam, haha kat melaka pun ade 2 tempat jugak yg buat camni, tp ta pergi pun sbb kemalasan yg melanda..haha..gigih lah si abahnye nak terbalikkan fahim...hahaha

adianiez AIDA said...

sgt nak gi sini.
lom berkesempatan, eima :)

Kira Sakura said...

Wahhh ada perubahan ye. Pernah smpi sana ritu. Memang terbalik gak la rasa kepala ni hahahahaha