Friday, April 1, 2016

Masakan Simple Seisi Rumah Suka | Resepi Daging Masak Kicap


Fahim sangat gemarkan lauk daging 
nak tengok dia makan banyak masak la lauk daging kegemaran dia 
pasti bertambah 


Daging Masak Kicap kegemaran seisi rumah 
lauk ni memang selalu akan aku masak 
walaupun nak menyediakan agak lambat aku suka juga masak bila semua orang suka 
yang lambat bukan nak masaknya tapi nak merebus daging sampai empuk tu 
jom tengok resepi sempoi aku 
aku rasa semua orang tau resepi sempoi ni 

Daging Masak Kicap Sempoi

Daging yang dihiris nipis dan direbus empuk
2 ulas bawang putih didadu halus
1 inci halia diracik memanjang
sedikit serbuk kunyit
kicap secukup rasa
garam secukup rasa
gula secukup rasa 
msg jika nak 
sedikit air asam jawa
air rebusan daging
1 ulas bawang besar yang dipotong bulat
setengah biji capsicum 
cili api jika suka pedas lebih dan potong 


Cara penyediaan:

1. Tumis bawang putih dan halia masukkan hujung sudu serbuk kunyit sehingga naik bau.
2.masukkan daging rebus dan goreng sekejap 
3.masukkan kicap, air rebusan daging dan air asam jawa
4. masukkan garam, gula, msg dan kacau sehingga agak kering
5. masukkan bawang besar, cili dan capsicum 
6. hidangkan, mudahkan ...

ada juga aku tengok resepi daging masak kicap yg letak rempah ratus...dah pernah try tp anak-anak aku tak suka sebab rasa dan bau rempah tu 


aku suka masak yang simple tapi semua orang suka makan
kalau masak yang rumit tapi orang tak suka .... aku sakit hati .... hahaha

korang masak daging masak kicap macam mana, share la sikit cara resepi korang kot-kot aku boleh try pulak lepas ni 


20 comments:

mama tisya said...

fav juga menu ni

Norhayati Mohd Isa said...

Kesukaan anak2 akak jugak ni Eima..
Bab merebus yg lama tu lah menyebab akak beli periuk noxxa tu eima..
Senangkan kerja akak..

Suriaamanda said...

Fav anak dara SA jugak ni...

nuyui a.k.a miss YUI said...

dpt dgn ns pns, best !

wahida said...

lauk feveret kami anak beranak jugak...especially laki aku...dia kalau dpt mkn lauk ni, mmg bertambah...

aku pulak kalau buat, akan tumbuk bwg putih, bwg merah, halia dan lada hitam...lada hitam tak yah banyak..cuma setengah peket kecik tu je...cubalah..

pastu aku tak letak air asam jawa pun..aku ganti dengan tomato potong 4...

anyway, lauk kicap ko ni tempting nok...dah la aku belum makan nasik lagi ni...huwaaaaaa...

Yana MIB said...

suka gak mkn lauk daging...tp xreti aa masak daging..manjang fail..daging jadi liat..huwaaa T__T

aizamia3 said...

Itu bahan asas yang paling senang. Janji satu family makan dan kata sedap.. hehehe..

lynndAmya said...

Salam, haaaa sy suke gak makan daging tp selama ni mak je yg masak..masak sendiri belum penah lagi...neves plak..thanx kak bg resepi,boleh try jugak nanti..hahaha sy pun jenis suka simple2 je..asal jadi dan tak yah letak banyak bahan sangat..semak~ hahaha :p

hainom OKje said...
This comment has been removed by the author.
hainom OKje said...

Lenih kurang jer Eima dgn ko....tp akak tak masuk kunyit....Tapi akak buh kayu manis, biji pelaga ngan black paper.... Bawang merah ngan bawah putih tu sebab dah ada yg blend, campak jerlah hihi...

Qhaifa Nur said...

lama dah tak buat eima...terlupa pulak lauk fev ni
slalu masak daging serah kat hubby...main campak2 pun sedapp

.:Yana:. said...

suke makan daging tp tu ler lambat nak masaknye..

Puan Kutu said...

lebih kurang gak la resepi yg sy don msk selalu pun.dh namanya masak kicap cmna lg kan.hehe cuma kadang2 sy goreng dulu dagingnya so tak payah rebus dah

adianiez AIDA said...

sama la anak kita eima, rempah terlebih diorang x nak sgt.

Kira Sakura said...

Lebih kurang je masak kicap kita. Tp tula nk tunggu daging empuk tu alahaiiii. Bercinta!!!

LYAfrina said...

sedap ni..mmg feberet jugak ni

hainom OKje said...

Eh.....awat tak de entri ni Ma?

ros_reeza said...

sedap tu daging kicap

Cik Puan Eka said...

fav kita gak ni kak.

Ingat lagi masa sebelum bersalin, malam tu masuk ward. Mak masak daging maska kicap taruk kentang, daun bawnag, bawang hiris. Perghh terlagi2 kita makan kak. Teringat2 ni hahaha

azizah green line said...

sedapnyaa!!