Monday, May 30, 2016

Buat DIY Art di ArtoPanda, IOI City Mall

aku ada jumpa satu kedai DIY art best kat IOI City Mall, Putrajaya 
kedainya kecil je tapi best tak ada caj GST sebab kat resit tak daftar ... hehehe


macam-macam aktiviti seni boleh dilakukan kat sini 
Fahim dan Alisha baru je try 3 jenis art di sini 
so banyak lagi DIY art yang akan anak-anak berdua tu akan try nanti 

aku suka aktiviti di sini sebab :
1. aktiviti seni begini dapat meransang aktiviti otak kanan yang berfungsi mengawal daya kreativiti, persepsi dan emosi 

2. dapat meransang daya pemikiran kanak-kanak berkeupayaan menyelesaikan masalah dan membuat penilaian bijak dalam menyelesaikan masalah.

3. dapat melatih dan mengkoordinasi otot tangan semasa membuat aktiviti seni.

4. boleh melatih pancaindera dalam penghasilan art mengikut kreativiti mereka.

5. dapat belajar pengetahuan mengenai warna-warna..contoh jika biru dicampur kuning warna apa yang terhasil.

6.meningkatkan keyakinan diri .... mereka berani mencuba dalam penggunaan warna ..contohnya dalam penghasilan window art. dari situ  kita akan nampak dan boleh build up rasa keyakinan diri mereka... jangan ingat dengan penggunaan warna ia tidak dapat untuk membantu meninggikan keyakinan diri.

ini adalah pendapat peribadi aku ..... sebab bagi aku otak kiri dan kanan yang aktif akan dapat mencapai sepenuhnya potensi minda.....

di Artopanda kami sempat try 3 jenis DIY art iaitu window art, magic beads dan colour your dinosaur( totally forgot what is it)


aktiviti pertama Window Art RM12.00 per pcs

sedang menghasilkan window art

sedang aktif menggunakan otak kanan 


hasilnya art hasil kreativiti Alisha 

lepas siapkan window art .... abah bagi satu lagi peluang untuk diorang pilih 
so diorang berdua pilih colour your dinosaur(totally forgot what is it)

dalam telur dinosaur tu ada 3 jenis bekas warna iaitu merah, biru dan kuning sebatang, berus serta seekor dinosaur kecil.

colour your dinosaur(totally forgot what is it) RM 9.90 per egg





dengan aktiviti mewarna dinosaur ini dapat merangsang pengetahuan mengenai warna 
like if blue + yellow = ?
red + yellow =?
blue + red = ?

so diorang sangat ... waaaaaaaahhh seriously ???
baru tahu 3 warna je dapat hasilkan banyak warna ...


kali kedua ke sini kami bagi peluang pada Alisha dan Fahim untuk mencuba sesuatu yang lain 
iaitu Magic Beads RM18.00

magic beads ni ada banyak saiz dan pilihan tahap kesukaran 
yang Alisha pilih ni tahap mudah tapi besar sedikit
harga bermula dari RM6.00 hingga bergantung pada jenis saiznya

apa yang aku suka mengenai aktiviti magic beads ni 
♥pertama merangsang dan melatih otot tangan dan koordinasi tangan 
♥kedua meransang daya fokus kanak-kanak dan kekuatan pancaindera iaitu mata dalam menentukan warna pada papan magic beads 
♥ketiga mencetus daya kreativiti untuk bermain dengan warna dan cuba untuk derhaka dengan warna di papan magic beads tu

dan terhasillah satu keychain magic beads hasil kreativiti mereka berdua




Fahim dan Alisha sama-sama membantu

akhirnya Alisha selesaikan sebab abah offer Fahim beli lego(local bkn ori tau)
lego satu lagi mainan yang aku suka fahim main
lebih kurang macam art ni juga fungsinya


so aku suggest ibu bapa yang tak tahu nak buat aktiviti apa dengan anak di hari minggu boleh ke sini 
untuk mengaktifkan otak kanan korang 

ruang di Artopanda ini agak terhad tetapi selesa dan ceria 
aku suka decoration di sini 
dan pekerja Artopanda amat peramah, bersopan dan membantu 
senyum je mereka ... sesuai dengan tema kedai ini 

di Artopanda ada byak jenis DIY art yang boleh dibuat 
seperti sand art, magic beads, window art, button art, scratch art dan banyak lagi kalau nak list ...
korang boleh datang sini dan aktifkan otak kanan





Lokasi di Tingkat 1 bersebelahan dengan Kedai Jual Lego dan japan comic miniature 
dan satu level dengan Kidzoona 



Note : on vacation mood sempena cuti sekolah




17 comments:

idzwa kamaruddin said...

wahhh best nyerrrr...diy jimat skit kannn..

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgs aktiviti cmni..mrgsg otak deme..

Puan Kutu said...

Wah serius menarik tempat ni..bagus utk anak2 merangsang otak depa.bg parents yg sibuk tak berapa ada masa bhat aktiviti DIY kt rumah sinilah tempat pilihan paling sesuai rasanya

Puan Kutu said...

Wah serius menarik tempat ni..bagus utk anak2 merangsang otak depa.bg parents yg sibuk tak berapa ada masa bhat aktiviti DIY kt rumah sinilah tempat pilihan paling sesuai rasanya

Qhaifa Nur said...

Baguslah utk minda ank2...
seronok tgk ank2 main dgn warna..
lg lebih kreatif eima..

Lynn Hamzah said...

bagus nie...brp kos masuk sorang...

Cik Puan Eka said...

menariknya. Nanti Adra dah beso skit, boleh bawak pi sini

wahida said...

wah bestnya...cantik sangat hasil kreativiti alisha...

Eintan Nurfuzie said...

dulu pakai pasir.. skrg dh lebih keatif

Chekgu Azrine said...

pandai alisya buat..kreatif!!
DIY jimat...tu yg syok!

lynndAmya said...

Salam, wahh seronoknya...selalu jugak nampak tempat kanak2 belajar camni, cuma sy tak tau lah ape jenis aktiviti dan berapa harga nya...thanx for sharing kak :D

btw,apa khabar? Hehehe

hainom OKje said...

Rasanya mak tau kat mana kedai ni. Tp mak tak de anak kecikkan so mak lalu jerlah hihi....kang kalau mak yg ber DIY takut anak anak pulak yg risau hihi...

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Shahida Dzulkafli said...

Wow.. menariknya.. Nanti boleh bawa bebudak nie..

ch@ said...

wah bestnya, cerdik kretif Fahim and Alisha,
aku rasa, aku and trio yg kat sini, aku la yg paling taknak keluar drpd tmpt tu. hehe.

Nabila Syifa said...

menarik

LYAfrina said...

seronok ni..bdk2 mmg suka buat2 mde camni ni..