Tuesday, May 17, 2016

Desa Cattle Diary Farm | Feeling kat NZ kononnya

aku nak sambung balik entry percutian ke Sabah bulan Mac yang lepas 
lama sungguh aku tinggal .... mood ke laut sungguh 
sayang pulak kalau tak up entry 


14/3/2016

kami terus gerak ke Kundasang selepas singgah sekejap di Rumah Terbalik Tamparuli
tak sabar rasanya nak sampai Kundasang ... rindu sungguh rasanya time tu 
sepanjang perjalanan Sinalau Bakas aka Khinzir Bakar tergolek-golek di panggang
dulu kali pertama datang ke Sabah aku memang jakun ...kelakar sangat masa tu 



tempat kami tuju di Kundasang adalah 

Desa Cattle Diary Farm

nak datang tengok lembu orang orang dok cakap macam kat New Zealand tu 
ada la rupanya bila tengok dalam gambar 
lembu tak banyak pun yang di lepas kat padang 
mungkin banyak dalam kandang kot

Tahun 2014 dulu kami tak ke sini walaupun dah separuh jalan dah 
tinggal dalam 1-2 km je lagi sebab jalan agak teruk tak bertar ... so bila berpeluang lagi ke Sabah 
ini jadi destinasi pertama harus terjah di Kundasang



jem hoi hari tu .... banyak kereta ...
jem nak bayar tiket dan susah nak parking 
dah la infrastruktur jalan di sini tak elok 
biasa la ladang kan ... 

nak tengok lembu di padang ragut tak berapa nak nampak moh la pi tengok apa yang di jual 

ais krim susu lembu vanilla
rasa of coz la macam susu lembu fresh 
so not my taste ... fahim cakap sedap tapi dia tak makan habis pun 

aiskrim susu lembu coklat ni not bad 
cuma tak boleh nak makan banyak muak 
ke sebab aku tak suka ais skrim ?? hehehe 

harga agak pricey dalam RM6-RM7 kot sebekas 
lupa pulak ... sebab aku dah terdelete gambar harga 

demi nak mendapatkan ais krim tadi .... bersesak kami queue up

enPanjang belikan juga fresh & chocolate  milk desa cattle
rasa not bad .... sedap la ....

separuh dari rombongan keluarga kami 


lepas habiskan masa lebih kurang hampir 2 jam di sini tanpa melawat kawasan ladang dan lembu-lembu di dalam kandang dan tempat pemerahan susu 
kami terus gerak ke Poring Hot Spring untuk rendam-rendam kaki dan jungle tracking ke Canopy Bridge...aku suka Poring Hot Spring ni  antara tempat kegemaran aku kalau ke sini 




13 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Bila hari cuti macam tu lah..
Jem selalu yg dijumpa..
Ralat ye iema tak dapat tengok lembu tu..
Tapi diubati di Hot Spring pulak ye :)

Encik Suami said...

Assalamualaikum.

sejujurnya,x penah jejak kaki ke sabah.teringin nak pegi.byk tempat menarik kat sana.In Shaa Allah 1 hari nanti.

Qhaifa Nur said...

Bestnya ke tmpt perahan susu eima...
beratur org nak rasa eskerim tu..rugi tak rasa kan

i Love Bunga said...

Asal cuti memang sesak dan ramai orang ^_^...happy holiday eima

i Love Bunga said...

Asal cuti memang sesak dan ramai orang ^_^...happy holiday eima

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

jom pi NZ weh.. tiket AA return 1500k. joms hahahaha

Yana MIB said...

ni yg lg kuat nafsu nk ke kundasang ni..haha tgh usha² harga tiket lg ni...kak nnt share bajet trip pi sabah boleh?? details bajet...heee

hainom OKje said...

Hihi....lambat pun lambatlah Eima janji ko cerita sampai ke sudah hihi...
Dah katanya tempat pelancongan ek, jemlah kerja dia. Kiranya sahlah perjalanan ko ke tempat lembu ni Eima sebab dah makan eskrim dia...hihi

NzA said...

wah best3x.......teringin nk ke sana......biasa kalau p sabah akk smpai kt KK jer....

Chekgu Azrine said...

Teringin sgt nk pegi sini..plnning for nx vacay nk bwk ank2 jalan sabah plak...inshaAllah..

veesakura said...

teringin nak p sini. aritu pergi, tak sempat nk bawak family jalan2 kundasang

SalbiahM said...

orang ramai..tak dapat la ye bergambar macam kat new zealand..huhu

Cik Puan Eka said...

Bila la nk dpt pi Kundasang ni hehe.

Adoi kita suka betul la asikrim ke apa2 jela yg berasaskan susu ni. Kalau dpt kt kite eskrem tu rasanya habis licin hehehe