Friday, May 20, 2016

Homestay Muslim di Kundasang | Review Greenhill Homestay

semasa di Kundasang kami menginap di Greenhill Homestay, Kg Kinasaraban
lebih kurang 1.2 km dari Pekan Kundasang 
pada masa kami pergi semua hotel dan homestay penuh 
dapat yang jauh sikit dari pekan pun dah ok sangat dah 

Pemilik homestay ini Muslim. so tak perlu risau mengenai haram. InshaaAllah terjamin kebersihannya.

pemilik homestay juga sangat peramah dan lebih kurang sahaja .... siap tolong MIL basuhkan baju tau  
Green Hill Homestay betul-betul terletak di tepi jalan ..sangat mudah di cari 
akan jumpa homestay ini dulu kalau dari arah  KK ke Kundasang

kadar satu malam adalah RM350.00





Luas dan bersih
ada 3 bilik dan 3 bilik air
1 dapur dan meja makan
 1 ruang tamu

dapur lengkap dengan set memasak seperti kuali, sudip, senduk, periuk nasi dan set pinggan mangkuk serta peti ais






pemandangan dari bilik 

pemilik membela seekor beruk yang diberi nama peeweet 
sangat aktif.... asyik berpusing-pusing dalam sangkar 
begini la peeweet bila ada pengunjung baru tuannya cakap ...excited





waktu kami pergi bulan mac 2016 yang lepas tu musim panas 
kesejukan di Kundasang lebih kurang kat Cameroon Highland je 
tak sejuk mana 
pemilik maklumkan dah lama Kundasang tak hujan 
so cuaca agak panas 

aku teringat lagi 2 tahun lepas waktu kali pertama ke Kundasang bulan Mac 2014
Ya Allah sejuk sungguh .... kalau bercakap sampai keluar wap ....
malam tak boleh tidur, waterheater tak boleh menampung kesejukan air , pukul 6petang dah macam tengah malam dan memang tak boleh keluar sebab kabus tebal sangat-sangat sampai basah cermin depan 
kebetulan time tu memang musim hujan so cauca sangat sejuk 
boleh baca di sini pengalaman di Kundasang Mac 2014

tapi aku suka yang tahun 2014 sebab sejuk 

tips ke Kundasang jangan lupa bawa baju tebal


untuk maklumat lanjut mengenai Greenhill Homestay Kundasang 


Lokasi :



image google street 




4 comments:

Kakcik Nur said...

Kesian Peeweet dikurung begitu. Kecil sangat sangkar tu buatnya. Walaupun hanya dikurung sementara pun, sangat tidak sesuai... :(

nuyui a.k.a miss YUI said...

trtrik tgk beruk tu..hihiih

p/s: psl yg list entry baru tak kuar tu, mmg mslh biasa. tkpe, buat je mcm yui buat tu. hehe

Nad MamaZN said...

rindunya nk g kk lg.. dulu pegi nayli masih dlm perut, hehe

hainom OKje said...

Tulah, sama je ngan CH. CH pun tak sejuk dah sekarang ni kan...
Ok noted tang bawak baju sejuk tu.Homestay pun nampak luas dan kemas. Dah terasa rasa keselesaan nak tido tu...pulak tu dingin gitu hihi