Friday, May 27, 2016

Mainan Kegemaran Alisha

aku ada baca satu komen ibu ni di FB mengenai anaknya usia 4 tahun tak tahu baca ABC sampai dia stress... bila baca tu rasa kelakar sangat ...ada juga ibu yang sebegini rupanya 



Alisha sejak 2 menjak ni suka sangat dengan puzzle 
as long as puzzle bercirikan princess disney
ulang main main berkali-kali 
dulu waktu dia tak minat dan tak reti buat 
memang terabur hilang sana sini .. in the end memang aku buang dalam tong sampah je 

semua orang excited untuk pertama kali bila Alisha dapat buat puzzle tanpa bantuan 
kami jadi pemerhati sahaja 

buat masa 1 bulan ni ini la mainan kegemaran Alisha 
aku perasan dalam 4 bulan kebelakangan ni Alisha semakin suka membaca 
membuat latihan menulis dan perkara-perkara yang berkaitan pdp
setiap 1 bulan Alisha akan tukar buku Mari Membaca Anakku
berbanding tahun lepas buku Mari Membaca Anakku no.1 tak bergerak
ajak membaca di rumah pun dia buat-buat menguap
aku memang jenis tak memaksa sebab bagi aku usia Alisha masih kecil dan dia perlu bermain dari mengadap buku 
tetapi menjadi satu kelebihan jika Alisha sendiri yang menunjukkan minat untuk belajar dan dia boleh membaca 2 suku kata dengan lancar di usia 5 tahun 
mungkin bagi setengah orang di usia ini dikira lambat 
tapi aku dah rasa berbangga Alisha semakin minat dan matang untuk memahami maksud belajar itu sendiri 

aku tidak memaksa Alisha untuk belajar tetapi memberi semangat dan dorongan untuk terus berusaha 

kalau mama sibuk abang ada sedia untuk membantu 
selalunya peel Alisha suka minta perhatian waktu mama tengah sibuk di dapur ... ☼__☼
so aku akan cakap pi tanya abang ...suruh abang ajar 

aku tak pasti perubahan Alisha kerana aku amalkan Caliph atau memang minat belajar tu datang dengan sendiri ...Alisha dan fahim amalkan Caliph sejak tahun lepas .... 
sebagai ibu bapa kami hanya mampu berikhtiar untuk kebaikan Anugerah Allah ni 



Note: mood malas nak taip pasal Sabah 


8 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

yg pntg dia ada minat.. ok sgt tu kak.

Kakcik Nur said...

Qaid dah dua tahun usianya, tapi belum pandai bercakap dalam bentuk ayat. Sepatah-sepatah tu dia pandailah sebut dan dia sangat memahami apa yang kita cakap...

Lain anak, lain graf perkembangannya...

Atie Yusof said...

ada gak terbaca kt FB yang risau anaknya 4 tahun tak kenal huruf lg.. hihi..lawak gak jawapan2 yg di beri..
bagi sy ikut kemampuan anak lah..tak perlu rushing sgt..fitrah anak2 yg suka bermain...
good Alisha..moga minatnya berterusan..:)

Dkna Abza said...

tak sabar tunggu mikhail besar... sekarang ni bagi apa pun mainan kat mikhai, semua dia baling, rosak..huhuu

Puan Kutu said...

Baguslah baru 5 tahun dh pandai baca.rajin tanoa disuruh pulak.pada sy kira cepat la.Akman 6 tahun br pandai baca..tubpun sbb ibu pulin paksa ajar..klu harap dia memang naik risau la tgok naik dajah 1 pun tak reti naca lg..tp girl memang lain..depa ni rajin sikit.macam afia pun nmpk dia rajin la sikit bab nak belajar ni.boy kena ketuk..tak ketuk tak jalan.huhu

hainom OKje said...

Baguslah kalau cenggitu Ma.....tak yah risau anak tak baca buku.
Budak lelaki mmg gitulah Ma...depa lagi suka main dpd belajar

Shahida Dzulkafli said...

Alhamdulillah.. seronok bila tengok anak2 mahu mebaca.. tapi memang x berape best kalau kita memaksa..

ch@ said...

Bagus Alisha, perangai Alisha ni sikit sebanyak mcm perangai Auni. pandai membaca pun 5 tahun. keep it up Alisha.
Adli sebaya Alisha, aduh-aduh-aduh... menulis pun dia punya cekadak lbh byk drpd huruf yg dia bentuk. but, i'm like u too Manja, tak memaksa, fitrah budak lelaki suka main but dlm pd yg sama dia main, aku selit2la minta dia mengeja, minta dia menulis. so far, adli ni tak tunjuk sgt rajin dia, tiba2 je dia da tahu. dia belajar secara senyap.