Monday, May 9, 2016

Percutian Hari Buruh | Pulau Pangkor

1/5/2016

Cuti Hari Buruh yang lepas kami bercuti ke Pulau Pangkor 
macam biasa plan last minit ..main terjah je 
plan asal nak ke CH tapi sebab semua hotel fully booked dan malas nak bersesak 
orang bercuti nak release tension kan ... malas nak hadap jem 


30/4/2016  kami gerak ke Lumut dan parked kereta di Bangunan Tempat Letak Kereta Lumut
dengan kadar 1 jam RM0.60
untuk satu hari hari tu RM15.60


feri  kami jam 12.45 pm 

harga tiket  feri ke Pulau Pangkor
RM 10(return) untuk dewasa
RM5 (return) untuk kanak-kanak
tapi kami cuma bayar RM25.00 sahaja diskaun kot entah la 
masa perjalanan lebih kurang 30 minit dar jeti Lumut 
dan 10 minit dari Jeti Marina, nasib baik tak naik kat marina 
Q dari jeti pulau pangkor untuk balik sangat panjang 
walaupun 10 minit je jarak perjalanan tapi kalau Q lama ...letih hoi 


masa pergi kami dapat naik feri open air 
syok juga keluar masuk ambil angin 

sampai di Pulau Pangkor kami ambil teksi ke hotel di Pasir Bogak RM10.00


list harga teksi untuk Pulau Pangkor

kami menginap di Puteri Bayu Beach Resort 
aku suka lokasi hotel ni, wlaupun main terjah je nasib baik pilihan tepat

lepas check in kami keluar jalan kaki sekejap cari motorsikal untuk disewa
sewa Motor Honda EX5 RM40.00 sehari 

muat je tau Family kecik kami ni 
kat Pulau Pangkor ni memang susah nak nampak kereta kecuali teksi 
kira macam tak banyak sangat la 
pengangkutan di sini lebih banyak menggunakan motor 
helmet suka hati la nak pakai ke tak .... kalau ada roadblock baru pakai kot 

kami pusing satu pulau dari 
Pasir Bogak →Teluk Ketapang → Teluk Nipah →Teluk Dalam →Jetty Pasir Bogak
naik turun bukit jalan berlingkang-lengkok 
fuh seronok jugak naik motor 

lepas round satu pulau dan makan 
kami terus turun ke laut 
aktiviti paling digemari oleh anak-anak 
main pasir dan mandi laut 
memang ke sini nak bagi anak-anak gembira je 



patutlah banyak ikan bilis di Pulau Pangkor 
sepanjang sisir pantai memang nampak anak-anak ikan berenang-berenang dalam kumpulan besar





kami ke sini hanya untuk 2D1N sahaja tapi rasa gembira 
sebab ini kali pertama pergi ke Pulau lain selain Pulau Langkawi .. keh keh 
mungkin akan datang lagi ke sini dan akan buat aktiviti snorkeling dan island hopping 

next entry aku akan review Hotel Puteri Bayu Beach Resort 


14 comments:

Qhaifa Nur said...

balik kg kak nur tu...tak jauh dahh
seronoknya cuti2 eima...

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

ramai yg ambik pluang jalan jalan smpena cuti 1/5 =) Aina x sampai lg pangkor ni.. hehe

wahida said...

mahal betul sewa moto rm40 sehari...
kat krabi atau koh samui sewa moto baru rm20 sehari...
sabo je la...

tapi paling penting anak2 hepi kan...anak hepi ibu riang gitu...haha...

cepat update hotel, tak sabar nak baca review...

mama tisya said...

pulau pangkor pernah pegi ms sek menengah dlu je..bila ntah nk pegi lg

Nad MamaZN said...

hepi tgk famili eima.. berjalan sokmo :)
moga sentiasa dimurahkan rezki ya :)

syawalsimpsons said...

aku last g tahun lepas dengan arwah cikgu aku tu

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

rajin hoii pegi berjalan. aku dah tak larat dah huhu

Chekgu Azrine said...

Akk dh pegi pangkor 2x..
Tapi xpnh rasa mandi laut dia..
Jalan2 pun xsmpt..2x dtg sbb kursus..huwaaa

Chekgu Azrine said...

Akk dh pegi pangkor 2x..
Tapi xpnh rasa mandi laut dia..
Jalan2 pun xsmpt..2x dtg sbb kursus..huwaaa

Cik Puan Eka said...

puteri bayu mmg best ksk hehe opis ika sllu buat kt sana. Kite pon konon2 nk g pngkor tp x jd hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui yg dok perak, xpernh smpai sni..hahaha

Puan Kutu said...

Lama juga tak ke pangkor ni..pangkor ni best sbb air pantainya tu je..kira masih lg bersih la bg sy..yg aktiviti snorkeling tu je tak pernah buat lg

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

hainom OKje said...

Bila ko cerita nsk pergi lagi, mak jadi teringin pulak nak pergi walau katanya dah boring hihi....