Wednesday, May 11, 2016

Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor | Review



Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor


semasa bercuti ke Pulau Pangkor kami menginap di Puteri Bayu Beach Resort
bagi aku hotel ini terletak di lokasi yang sangat strategik
berdekatan dengan Pekan dan jeti lebih kurang 5 minit perjalanan menaiki kereta atau motorsikal
terdapat deretan kedai cenderamata, mini market dan kedai makan 
boleh berjalan kaki sahaja untuk keluar makan nak sewa motor ke
pantai pula betul-betul di belakang hotel 
ini yang paling penting ... datang bercuti ke pulau mesti la nak mandi laut kan 









kami memilih bilik jenis standard room RM190 pernight sebab yang tu je yang tinggal
basic amenities tapi selesa
walaupun bilik agak kecil ia selesa untuk keluarga  kecil kami 
paling penting kebersihan, kalau bersih semua ok la
tapi di hotel ini tiada lift 
bangunan hotel ada 3 tingkat, kekuda kaki mesti kuat nak naik tangga 
macam kami hari tu dapat bilik di tingkat 2
sebab memasing steady no hal lah naik tangga takat 2 tingkat tu

pendapat aku mungkin tiada lift kerana hotel ini berdekatan dengan pantai  
pengunjung akan keluar masuk ke pantai
so tangga adalah solution terbaik untuk atasi masalah pasir kot 




kami kan main terjah je esok nak pergi malam ni baru book
nasib-nasib la bilik jenis apa yang ada 
chalet pun penuh, kalau dapat chalet confirm best malam-malam dengar bunyi ombak menderu-deru


di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor ini terdapat 5 jenis bilik iaitu Standard Room, Superior Room, Deluxe Room, Family Villa, Garden & Bayu Villa.



kolam yang agak besar 
dari kolam boleh nampak pesisir pantai 
terjun kolam .... main pasir , mandi laut ... terjun kolam balik 



dibelakang fahim dan Alisha adalah coffee house
harga bilik termasuk dengan sarapan pagi 
untuk kanak-kanak bawah 12 tahun RM8
alisha free

pilihan sarapan pagi banyak juga 
lebih dari 10 jenis makanan main course
tidak termasuk dessert dan cereal
rasa not bad 

gambar tak ada ... full pack ..malas nak keluarkan HP 


kalau ke Pulau Pangkor lagi nak stay lagi di sini sebab kemudahannya dan lokasi yang strategik






10 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Dah lama akak anak beranak tak terjah tido hotel eima..
Tengok eima sekeluarga bercuti ni macam best jer..
Nak pergi cuti lah..
Tapi lepas exam UPSR lah..
Bagi anak2 gembira selepas penat lelah belajar kan eima :)

Qhaifa Nur said...

Last pergi pun x silap 3 thn lps eima..slalu pergi tido kat chalet...x silap pasir bogak rasanya...berdepan dgn laut

Rindunya nk dtg sini lg..

wahida said...

ok tq for review...boleh try hotel ni kalau ke pangkor...

Scha Nazri said...

Puaslahh berendam. Aaaa, lama tak berendamm.

Nad MamaZN said...

best gak ek, sewa moto je...

CikNaa said...

bestnya xpernah sampai pangkor lagi

e.t.t.y said...

teringat ingat masa honeymoon. sini lah tempatnya. duduk kt chalet tu haa....sini mmg best sbb kt pantai pasir bogak tu bersih kan.

Puan Kutu said...

Betul la klu hotel bersih walau kecik kira semuanya oklah..harga pun ok.tu yg penting

LYAfrina said...

menarik eima..
tq for sharing..
kolam pom besar

hainom OKje said...

Lama sgt tak ke Pangkor Island ni Eima. Kenapa ek? Sebab rasa dah pernah pergi dan rasa tak de apa kat sana. Teringin nak pergi kat tempat yg lum sampai tp tulah .....duit pulak huh duk umah jerlah hihi