Thursday, May 19, 2016

Tempat Best di Sabah | Poring Hot Spring

kami terus gerak dari Desa Cattle Diary Farm ke Poring Hot Spring, Ranau 

aku suka di sini 
sebab aku dah plan nak jungle tracking ke Canopy Walkaway dan ke air terjun 

di sini siapa nak ikut mama dipersilakan siapa nak ikut abah dipersilakan 
kami berpecah di sini 
yang nak buat aktiviti santai rendam-rendam kaki ikut abah 
yang nak ikut mama pergi buat aktiviti keluarkan peluh jom 

ini je yang nak ikut mama 
haha sabar je la 
anak buah lagi 2 nak mandi air panas
yang si kakak ni jenis suka aktiviti adventure

kami mendaki lebih kurang tak sampai 15 minit kot 
aku pelik sungguh kenapa sekejapan je sampai sedangkan 2 tahun lepas 
sampai hilang nafas aku mendaki nak sampai ke canopy walkaway ni  
rupanya di sini ada 3 jenis canopy walk yang berbeza jarak dan ketinggian 
yang aku pergi kali ni ada yang paling rendah lebih kurang 350m sahaja 
yang lepas adalah 550m dan yang paling tinggi 850m
 canopy walkaway ni akan dibuka dan  ditutup untuk penyelenggaraan setiap 3 bulan dan pihak pengurusan akan membuka salah satu yang telah diselenggara

2 tahun lepas aku merasa naik yang peringkat kedua sebab tu meluap-luap adrelin aku time tu 


fahim yang steady sejak dah semakin besar ni dia semakin berani 
dah tak gayat macam dulu



masa yang diambil untuk naik dan turun lebih kurang 3 minit je 
ada banyak lagi masa untuk kami teruskan meredah laluan hutan 
jom kita jungle tracking ke Air Terjun Kipungit 
jarak lebih kurang 700m 



kami sampai dan tak dok lama pun 
kalau bawa baju renang Fahim memang aku dah bagi dia merasa kesejukan air terjun kat sini dah 
Fahim tak pernah ada pengalaman ke air terjun sebab mak dia takut sangat dengan Virus Leptospirosis
so bila dapat ke sini aku pula tak bawa beg baju ...ada dengan abah .... 
next time ye Fahim ...

pengalaman pertama Fahim turun ke air terjun .... 


lepas dok rileks lepas penat kami gerak balik ke kolam air panas .... nak juga merasa rendam kaki 
sambil kami jungle tracking  enPanjang melayan Alisha mandi kolam

ni la jadinya bila mama not around 
alisha terjun kolam pakai tshirt je ....swimming suit tah ke mana
lepas keringkan alisha abah bagi pakai baju abang pulak ... hahaha 


oh ye kali ini Kebun Rama-rama dah tutup 
not sure kenapa mungkin musim panas kot banyak rama-rama mati 

untuk maklumat mengenai Posing Hot Spring ni korang boleh baca entry aku yang lepas 
kat situ banyak info mengenai harga dan masa 




10 comments:

Atie Yusof said...

Memang seronok dapt pegi Poring ni..kami last pegi masa bulan 4 juga baru2 ni.. hehe

lieyalatif said...

lieya pun pi tempat ni mase pi sabah tak silap...tapi yg tempat lembu2 tu tak pi..sebab mase tu takde lagi desa dairy farm tuh...kalo tak dah daku leh feeling2 posing2 ala2 mcm kat new zealand..sape sangka kan bergambar dgn lembu jek dah boleh feeling2 new zealand kakakaakakaka

idzwa kamaruddin said...

pegi hot spring tuh tapi manusia nyerrr ramaiii..hehehe..

SalbiahM said...

best gak sini..last time pergi celup-celup kaki je.takdela trekking

Qhaifa Nur said...

seronok campur takut gak naik canopy walkaway ni eima...
pernah gi FRIM KL naik canopy mcm ni la tak sanggup nk pandang bawah...tapi seronokkan

byk juga tmpt menarik kat sabah ni..

Diana Rashid said...

tengok kalau abah jaga mudah je..hahahah

Aty_Fared said...

besh nya oooii merata jalan.. :)

iema... mekaseh bagitau ritu dalam kacang pon ada kacang parang yang anak aku tak boleh makan tu.. series..aku baru tau..kalau ko tak cakap ritu.. aku tak tau..!! thanks again beb..:)

Chekgu Azrine said...

Cop penah pegi rombongan sek tahun 5 ms dok sabah dulu...teringin nk bwk ank2 plak..

Puan Kutu said...

Seronoknya eima oii..sy pun suka aktiviti adventure camni..tp mainya dengan anak kecik2 jadi terbatas la pergerakan..fahim dh besar dh boleh ikut mama jadi bodygourd mama dh boleh dah..

Haha alisha besarnya baju..org laki ni memang la kan.asal ada je..tak diherannya swimming suit ke apa.sama la dengan yg kt rumah ni.klu tinggalkan Afia soh hantar ke pengasuh pun kena sediakan baju seluar siap2..klu tak memang baju yg ntah apa2 dipakaikan abah depa.huhu

hainom OKje said...

Amboi anak beranak pink karer nampak hihi....
Best jugak dapat ambik gambo kat jambatan gantung tu ye Eima.....lainlah sikit backgroundnya...
Nenek tak nak keluar peluh ke? hihi