Wednesday, May 4, 2016

Tempat Makan Sedap di Nilai, Negeri Sembilan | Gulai Omak Den

2-3 minggu lepas lepas enPanjang bawa aku makan kat satu kedai masakan ala kampung Nogori Sombilan
fuh memang sedap la ... berapi .... harga pun murah  ....satu lagi air sirap percuma 


kami makan tengah hari di GULAI OMAK DEN Resepi Masakan Kampung



ihsan google 


Ada pelbagai jenis pilihan set 
1. Gulai Daging Salai
2. Gulai Keli Salai
3. Gulai Lomak Ayam dan lain-lain 

harga set bermula RM9.00

dalam set ada 1 pinggan nasi, set sambal belacan dan lauk 

ihsan google

dan pilihan add-on 
seperti ikan kembung goreng pedas,  daging masak kicap, dll maaf aku lupa



pinggan ala-ala kampung 
zaman dulu-dulu memang feeling betul la 
ini lauk aku ... ikan kembung goreng panas-panas berasap lagi time sampai 
sambal ikan kembung tu sedap sungguh 
tapi kepedasan dia berapi hoi 
tambahan pula cuaca hari tu panas tengah hari pula 
memang berpeluh-peluh
sambal belacan superb, aku ni penggemar tegar sambal belacan 
sambal belacan ni memang penuhi kriteria sambal belacan yang sedap, cukup belacan, cukup asam cukup garam 
tapi pedas dia fuh ....... kalah aku hoi

enPanjang ambil set Gulai Daging Salai dan untuk Fahim dan alisha add on lauk daging masak kicap dan nasi 

air sirap percuma, ulang alik 10 kali sampai kering tong air pun tak pe
memang bagus bagi air percuma sebab masakan pedas tapi sedap 
bagi penggemar pedas lidah tahap kebas ...kedai ni sesuai untuk korang 

oh ye total kami makan hari tu RM22.00 ++ rasanya 
ok la tak mahal sangat 


Lokasi :

Gulai Omak Den 1915, 3265,, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Latitude: 2.796166 | Longitude: 101.7677

inshaaAllah kalau on wave atau google map mesti jumpa punya kedai ni 


10 comments:

Qhaifa Nur said...

Lama x makan daging salai eima...sedapnya

mama tisya said...

lpr plak tgk gulai daging salai tu

lieyalatif said...

menarik tu ...dgn pinggan klasik .... mmg menimbulkan aura sedap gituuuu...susah nak cari tempat yg masakan nogori yg sedap .... tapi nilai tuuuu...kalo den sesat2 kat sane wajib singgah nieh....

Lynn Hamzah said...

tak pernah tahu pasal restoran nie...

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

kat nilai mmg banyak kedai makan sodap2...

Nad MamaZN said...

sedapnya..!

hainom OKje said...

Ramai tak org Eima....kedai pun mcm tak besar ek.Dah namanya Kedai Omak Den wajiblah lemak cili padi ek....

Yg penting puas hati, air sirap pun free....berapa kali ko ulang alik ambik air Ma hihi

hainom OKje said...

Ramai tak org Eima....kedai pun mcm tak besar ek.Dah namanya Kedai Omak Den wajiblah lemak cili padi ek....

Yg penting puas hati, air sirap pun free....berapa kali ko ulang alik ambik air Ma hihi

LYAfrina said...

yumm..mmg msakan camni feberet lya ni

anne said...

Dah pindah kedai nye