Tuesday, June 28, 2016

7 Hari lagi nak Raya | Cepatnya Ramadhan berlalu

mood menulis dan berkongsi aku pada bulan Ramadhan ni totally lost 

hari ni 23 Ramadhan 1437H
sekejap je Ramadhan dah nak berlalu 
sedih rasanya 
begitu cepat masa berlalu sekarang ini 

di corong-corong radio sekarang ni semakin aktif dengan lagu-lagu raya 
sedekit sebanyak menaikkan mood 
aku sebenarnya dah lama tak dengar radio DJ syok sendiri
sebab menyampah dengar lawak dari DJ yang syok sendiri 
buat lawak pastu sendiri gelak 
menyanyi melalak-lalak bajet pendengar terhibur 

kadang-kadang dengar IKIM kadang-kadang Hitz FM
tapi 2 hari ni aku terbuka juga radio DJ syok sendiri sebab lagu raya 
setahun sekali je nak dapat dengar lagu raya dengan terasa keindahan kenangan beraya 
kadang-kadang bila dengar lagu raya teringat zaman beraya dengan mak dulu...zaman kanak-kanak ... seronok 



sekarang ni kalau raya seronok sebab anak berdua ni 
seronok tengok diorang seronok 






16 comments:

mama tisya said...

cpt je kn...nextweek dh nk raya

Chekgu Azrine said...

Sygnya nk tggl ramadan

Nieyl said...

Sayangnya nak tinggalkan ramdhan....
semoga tahun depan kita bertemu lagi..

nuyui a.k.a miss YUI said...

tp best lgu lama juga.skg byk lgu bru..huhuuh

idzwa kamaruddin said...

alahaiii kenapa entry ni macam syahdu je >_<

Atie Yusof said...

Dah tinggal seminggu nak raya dah..sy pun tak berapa mood kali ni..semua sederhana.. tunggu masa nak terbang ja...hihi

wahida said...

lagu2 raya dedulu jugak best kan...lagu raya moden ni ntah apa2 je la...huhu...
seronok raya bila anak2 yang seronok kan...

Puan Kutu said...

Dj syok sendiri..siaran radio apakah itu.hahaha..

Dengar lagu raya kt radio tu feelingnya lain kan.almaklum setahun sekali

Puan Kutu said...

Dj syok sendiri..siaran radio apakah itu.hahaha..

Dengar lagu raya kt radio tu feelingnya lain kan.almaklum setahun sekali

Cik Puan Eka said...

memang betul trasa kejapnya. Rasa mcm baru first puasa. Gi bazar pon tak semangat rasanya. Kadang teringat kenangan lama beraya. Bestnyaaaa

Qhaifa Nur said...

Kejapnya rasa nak raya...
Yg pasti ank2 seronok baru kita pun seronok juga..

Tak de mood pula nk dgr lagu raya kat radio..padahal itulah yg kita tunggu2

Gerai Opah said...

zaman kanak2 memang seronok beraye..da besar nie seronok tgk budak2 beraye,,hehe..

hainom OKje said...

DJ syok sendiri tu channel mana Ma....cer cakap sikit...
Dulu dulu masa kerja, bila balik kerja ptg ptg mcm syok je dengar laguRaya tp sekarang ni mcm tak de kesan jer? Apakah tu Eima.... Dah tualah tu kot ek huhu...

malas nak Raya sebab nak kena masak huhu

MizzTina said...

xde mood nk raya...huhuhu..

Nora Karim said...

Memang cepat sangat masa berlalu.. sedih pula rasa...

LYAfrina said...

bahamg raya kian terasa