Tuesday, July 19, 2016

OHo Ho Ho Balik Kampung Aidilfitri 2016

cerita raya pertama tak up lagi dah skip cerita raya seterusnya ...hahaha 

raya pertama kami di kampung enPanjang, 2 hari sebelum raya dah balik 
tapi petang raya terus gerak balik ke Putrajaya 
pagi raya kedua gerak balik kedah 

singgah KFC De Centrum Mall, Bangi 
ramai foreigner je time ni 
kami gerak balik Putrajaya dengan baju raya je
dari pagi tak bertukar 

sampai Putrajaya 
siap-siap masuk barang dalam kereta 
esok pagi gerak je ...plan asal nak bergerak pukul 4.00 pagi tapi kami terlajak tidur pukul 6.00 baru bangun

kami balik Sg. Petani rumah abah aku dulu
plan asal petang tu nak gerak pi beraya rumah sedara mara aku kat Alor Setar tapi sebab ramai pakat mai beraya rumah abah aku .....petang tu kami beraya kat Aman Mall je la 



hari raya ketiga kami balik Langkawi 

suka lepak luar ..... best je kena angin laut ... tak sedar pun masa berlalu 



kami sampai petang tu, rehat sekejap selepas selesaikan shopping barangan mak sedara kirim kat HIG
terus gerak ke rumah mak menakan aku 
yeay ... tang ni yang syok tu dapat pulak makan makanan kegemaran aku 
bertambah-tambah hoi 


Alisha mudah mesra, semua orang dia mudah rapat 
biar pun orang cakap dia tak berapa nak paham 
kalau nak tau Alisha ni tak paham sangat bahasa kedah kalau yang pekat-pekat tu contoh ayaq, tawaq haha sabar je la 
 si Fahim plak menempel je sebelah mama 
tak tahan panas, kulit jenis sensetif sikit, malu pun ye juga
yang si adik dah keliling rumah dia teroka that time ...puas la dia bermain 
 mama sedap dok makan laksa berpinggan-pinggan tak sedar apa minah kecik tu buat 

teringat-ingat laksa Mak Ngah aku

sebelah malam tu enPanjang bawa keluar bunga api bagi budak-budak main 
nak timbulkan kemeriahan hari raya tu  



raya keempat kita pi jalan-jalan Langkawi 

syoknya cuti .... kalau la cuti raya panjang ...syok

13 comments:

Qhaifa Nur said...

Mmg puas berjalan ni eima..
Sampai langkawi lg..

Qhaifa Nur said...

Mmg puas berjalan ni eima..
Sampai langkawi lg..

Nad MamaZN said...

kannn.. x cukup kan cuti smggu raya ritu huhu.. x puas rasa..
eima, slalu balik langkawi sewa kete kan? ngan sape? guna nama eima dpt murah dak? hihihi

nuyui a.k.a miss YUI said...

best time raya blik merata ni..

Cik Puan Eka said...

selamat hari raya kak. Tahun ni raya tak brapa jalan sgt sbb adra tak sihat, rumah pon boleh dikira brapa buah je pegi hihihi

Puan Kutu said...

Seronoknya sambil beraya sambil bercuti..byk pulak port n kmpg nak beraya tu..tu yg bestnya

Afif Rayyan said...

Kemain sakan beraya.. selamat hari raya

Nooriah Abdullah said...

seronoknya Eima gi langkawi ya
kaknoor lama dah tak gi langkawi ni
apa pun selamat hariraya dari kaknoor ya

Khairun Nisaa Khiron Azman said...

Salam puan, boleh saya dapatkan alamat email puan untuk tujuan business review?
Terima Kasih :)

nini said...

Wah meriahnyaa beraya kat kampung...da lama x main bungaa aapi

LYAfrina said...

woww..jelajah smpai langkawi tu

ch@ said...

kalo ko blk Langkawi lg rojer ea, set sudu kaler hijau, muahaha. kejam tak ea?
happy la la anak-anak tu kan. Lagi2 da ngerti sikit erti Raya.

hainom OKje said...

Syok betui dapat beraya sambil berjalan. Tak da pulak sedara mak kat tempat peranginan cenggitu Eima....Mak kalau dah balik kg mmg tak dapat lepaslah keluar rumah....

Mama pulak dah lupa daratan lah ye bila jumpa sedara mara...silap silap bukan Alisha je tak paham En Panjang pun blur hihi