Tuesday, July 26, 2016

Beraya Sambil Melancong | Pengalaman Naik Langkawi SkyGlide

5 Syawal 1437H

semalam kami datang orang ramai Q panjang 
esoknya pukul 8.30 am kami dah beratur beli tiket 





tujuan nak juga naik Langkawi SkyCab ni sebab nak try naik Langkawi SkyGlide
salah satu tarikan baru di Langkawi Cable Car 


lama juga dulu Sky Bridge ni ditutup untuk menyelenggaraan dan upgrade 
bila Skyglide dah dibuka memang tak nak lepas peluang try la
lagipun nak bawa budak berdua ni ke SkyBridge ni 
mama ngan abah je pernah ke sini dulu naik turun tangga nak sampai ke sini 
memang berpeluh-peluh 
time tu inai penuh jari lagi terang benderang lagi baru 3-4 hari angkat nikah kot 



Harga untuk 
SkyGlide + SkyBridge RM15 dewasa dan RM10 Kanak-kanak
dan 
SkyBridge (Nature Walk) RM5 Dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak

dulu percuma je kalau nak ke SkyBridge ni dalam 8 tahun lepas
sekarang ni semua kena bayar
dah la harga tiket tetiap tahun berubah ...pheeewww




tengah tunggu turn nak naik SkyGlide


curam tak ??

pengalaman kali pertama naik SkyGlide 
macam naik lift je ... hahaha

siapa yang pilih Nature Walk to SkyBride 
naik turun tangga ni la 
fuh berpeluh-peluh kot tapi yang suka adventure boleh try la
tapi make sure pakai kasut yang bsersesuaian

Fahim yang sedang cuak dah 
sebab waktu lalu SkyBridge tadi tu angin kencang sikit 
SkyBridge bergoyang-goyang 
tepi kiri kanan terbuka pula memang buat kecut perut 
aku yang tak gayat ni pun rasa macam berdebar-debar juga 


seram juga dok atas cermin ni 



dalam setengah jam kot melepak kat SkyBridge jom naik atas balik 
pelancong makin ramai, rimas la plak

rupa SkyGlide dari bawah ni 




jom tengok sempadan siam 

beria salam abang 
tengah pujuk abang belanja henna


lepas turun dari SkyCab kami terus ke SkyRex
lupa nak bagitau sekarang ni dah tak ada  tiket untuk naik SkyCab je 
semua berpakej 
contoh ni kami pakej paling murah iaitu Basic Pakej
 SkyCab + SkyDome + SkyRex 
RM 30 Dewasa dan RM22 Kanak-kanak

SkyRex ni sebelah dengan 3D Art Museum 
apa yang best dengan SkyRex ni 
yang bestnya pengembaraan ke Dino Island dengan menaiki tram dengan effects 4D
tapi sayangnya cuma 5 minit 
hehe tak puas 



jom kita lari ke SkyRex tengah hujan ni 



sebelum balik rumah kita lukis henna sebelah tangan lagi untuk adik 


tak sabar Alisha nak tunggu balik Putrajaya 
sebab nak tunjuk tangan kat ticer 

sebelah petang maindi laut lagi kat Pantai Cenang 

seronok kan balik kampung mama kan 
berjalan sakan


10 comments:

idzwa kamaruddin said...

aku sampai ke sudah tak naikkkk sebab gayat nak mati..hahaha..

hainom OKje said...

Amboiiii diam tak diam Raya Raya dah sampai Langkawi noh ....
Ohhh barulah tu ek...Masa mak gi dulu cuma cable car ajelah yg ada, nampak sangat lama tak pergi Langkawi. Tapi mmg cuaklah naik Cable Car pun. Patutlah Fahim pun nampak pucat tu.

Syok noh honeymoon kat Langkawi...tersentuh je karen hihih

wahida said...

weh lainnya langkawi skrg ye...
dulu aku pi ada cable car tu je lah...wah sekarang mcm2 pakej dah ye...pastu telain air liur jugak aku tgk rega pakej tu...

Qhaifa Nur said...

Last pergi langkawi pun 7 thn lepas eima..
Skrg dah byk pembaharuan...makin mencabar...sedia aja duit huhu
Mmg nak ke sana lagi...
Jiwa kena kental nak naik eima...

Diana Rashid said...

patutnya awal tahun cuti raya cina tu kami pi langkawi disebabkan hal2 yang tak dapt dielak kan terus tak jadi..harap2 cuti akan datang dapat ke langkawi..

Cho Zila said...

memang kean awal sangat perginya... kot idak beratur... oh dah menarik kat atastu yer... kena pergi lagini.. kat bawahpun dah macam2 derkena sediakan duitjerkan...

ch@ said...

huahahaha aku mmg tak naik la skybridge tu, gayat sgt.
kira kau kentalla.

Lynn Damya said...

Salam, wahhh ni yang rase nak berhoneymoon ke sana nih...nampak cam best je, nak try dua2, nak naik skybridge tu pastu nak try naik turun tangga...hahaha...tu pun kalau tak semput lah, haha

adianiez AIDA said...

aida nak naik skycab ni.
aduhai.... takoott !!!!
ari tu kursus, member semua naik.
aida lepak bawah.
malas nak layan kegayatan diri sendiri.

Aty_Fared said...

6 tahun lepas aku gi langkawi.. hahaha..lama giler tak kes ini.. tu pon sekali jer.. teringin nak pergi lagi..shoppng barang dapur.. eeehh..?? heheh