Friday, August 12, 2016

Percutian Singkat Ke Melaka

6 - 8 Ogos 2016


hujung minggu lepas kami ke Melaka 
last minute plan 
tetiba je pagi-pagi sebelum keluar nak pi sarapan 
enPanjang ajak pi Melaka 
malam tu ada game PFC vs PDRM kat Stadium Hang Jebat 
kelam kabut juga kemas beg nasib baik cuma 2D 1N je 
kalau yang jauh-jauh mau aku membebel.... suka buat keputusan mengejut macam tu haha

kami menginap di Sri Costa Hotel, Banda Hilir Melaka 
malas nak review sebab tak best, bilik tak best, sarapan pun tak best 
taraf hotel bajet tapi rate mahal juga RM160 pernight untuk bilik jenis standard
dah la Bayou Lagoon Resort RM196.43 je studio apartment  kat agoda ada pool best...nyesal 

benda tak best tak yah cerita 
nak ambil gambar bilik pun aku malas hahaha 
dah la jalanraya Melaka ni memanjang jem ...letih hoi mengadap jem tetiba dapat bilik ...hmmm 
tahu dok hotel lain tambah sikit lagi duit dapat hat bintang-bintang sikit parking pun free 

hotel bajet lain kat situ-situ ada free parking tau .... eh kata tak nak cerita ni dok membebel lagi buat apa ^ _ ^ sorry 


lepas rehat kejap kami jalan sekitar Banda Hilir 
cari Asam Pedas sedap 
tapi Asam Pedas Selera Kampung yang masuk JJCM TV3 tu penuh 
kami makan kedai depan dia tu .. hmm boleh la tak yah review la kot ape tah nama restoren tu ruhana ke apa tah


bawa anak-anak jalan naik replika kapal masuk muzium TLDM 
ajak naik Taming Sari memasing tak nak sebab baru je kot lagi naik hari tu 




lepas maghrib terus gerak ke Stadium Hang Jebat



PFC Kalah 0-1

Alisha mendemam dari hari jumaat sebenarnya kat stadium dia memang manja 
nak beriba je sampai tertidur 
balik hotel aku teman dia tidur 
Fahim dan Enpanjang keluar jalan-jalan uptown Melaka 
aku tak sedar pun diorang balik ... yang aku ingat aku buka mata pastu sambung tidur balik 

oh ye kat Melaka pun dah ada Upside Down House dah macam kat Rumah Terbalik Tamparuli Sabah tu betui-betui belakang hotel Sri Costa Melaka ni 
satu lagi tempat yang ada upside down house ni kat PD kot 
aku tak pi pun upside down house melaka tu .... 

kami jalan-jalan Dataran Pahlawan 
saja pi awal sikit sebab nak parking depan bangunan hahaha

tiga orang kaki panjang ni memang tak reti jalan slow-slow kot letih aku nak kejar

enPanjang ada misi mencari ape benda tah kat Mr. DIY tapi dah cari banyak negeri still tak de stok 
niat hati nak cari kat last tempat melaka yang ada cawangan Mr. DIY ....kat aeon Ayer Keroh
tapi GPS bawa pi Aeon Bandaraya pulak 
pastu Wave asek bawa jalan dalam nak elak jem ....
pastu jumpa Melaka Planetarium ...wow 
tak pernah tau pun ada kat Melaka
yg familiar kat melaka ni 
zoo melaka
taman buaya 
taman rama-rama
taming sari
replika kapal 
afarmosa

Fahim memang suka sains terutamanya angkasa lepas 
semua nama planet dan kedudukan planet dia dah hafal 
tu belum lagi dia search kat youtube cerita pasal kejadian bintang la ,, black hole la ... kematian bintang la ... the birth of earth la ...


so tempat ni memang wajib la kami masuk 





6 comments:

Nieyl said...

Nieyl kalau pegi melaka...
tak pernah x singgah Asam Pedas Selera Kampung ni..
Alhamdulillah,setakat nie tak pernah tak dapat makan kat situ..hihi...

Chekgu Azrine said...

bagus fahim suka sains...
samala dengan cikgu...heheheheee
gi melaka hari tu tak pegi smeua tempat2 ni sebab stuck dengan jam..huwaaa

nuyui a.k.a miss YUI said...

kdg kputusan mengejut ni best gak kak..ekeke

dilazfamily said...

Melaka sekarang hujung minggu je mesti jammed

hainom OKje said...

Mak ai.....suka betul tengok bola sampai sanggup musafir ye Eima....Ko jugaklah yg untung sebab tak yah masak, dapat jalan jalan cuci mata....Pergh....

Siannya Alisya.... penat berjalan tu kot

adianiez AIDA said...

Wah eima d melaka.
melaka memang jem teruk Ma. Aida yg local ni kalu weekend memang x masuk town pun.
sei costa tu aida x pernah stay la.
sebab kat situ jem.
byk lg hotel murah kat melaka ni eima.
bayou lagoon best. Dekat beno dgn umah aida :-)
Lenkali roger la. Bleh singgah...