Tuesday, August 2, 2016

Review LKPP De Rhu Beach Resort, Kuantan

semasa bercuti ke Kuantan hujung minggu lepas kami menginap di LKPP De Rhu Beach Resort
kami booking melalui Agoda 
booking saat-saat akhir 
nak pergi pagi tu... pagi tu baru booking 

dapat harga RM221.00 termasuk tax dan service charge untuk bilik superior twin
kalau book melaui hotel RM233.00
jimat la RM11.00
harga bilik termasuk dengan sarapan 
sarapan pagi yang pelbagai dan sedap 
tetapi seperti menu hotel yang biasa la tetapi rasa sedap
itu yang penting

hotel ini mempunyai 3 tingkat termasuk ground floor 
deretan bangunan bilik yang sangat panjang 
mungkin lebih dari 3 blok panjangnya 
jika menginap di sini korang request la bilik dekat dengan lobi ^ - ^

macam kami hari tu dapat bilik no 260 lebih 
boleh tahan juga la jauhnya berjalan dari lobi ke bilik ...pheeww
nak ke kolam pun jauh 

oh ye di sini disediakan lift tetapi cuma ada satu je di lobi 
kalau nak cepat naik turun tangga je la 
harap hotel dapat upgrade/tambah lift memudahkan pelanggan naik turun 
untuk ke parking/pool...penat sikit menapak ... hehe

lobi besar dan cantik 

bilik yang luas boleh muat 2 extra bed
tapi design dan perabot agak lama 
tilam kurang empuk.... rasa spring  hehehe

seperti biasa mana-mana hotel ada


bilik air agak luas dan selesa 
cuma air shower sangat slow dan tak ada air panas
rosak kot
memang tak puas mandi 
(aku malas nak complain time ni)

selain dari swimming pool yang besar kat sini ada playground dan tempat senaman serta reban arnab 
eh eh reban ke panggil... hentam saja la 




kolam terbesar diantara hotel-hotel di kuantan 
seperti yang dimaklumkan oleh reception

gambar di atas ni untuk kolam kanak-kanak dan bersambung terus ke kolam dewasa 



Kolam De Rhu ni juga terbuka kepada orang luar dikenakan charge RM7.00 untuk kanak-kanak dan RM10.00 untuk dewasa 


kami tak sempat nak terjah pantai 
tapi pantai kat Balok ni memang cantik ..pasir halus dan landai 




11 comments:

mama tisya said...

aritu bli matta fair rm 150 smlm...mmg pool tu diorang br renovate ms tgk video kt matta fair tu yg beso...bdk2 suka la kn bila dpt pool tu kn

nuyui a.k.a miss YUI said...

ala.. tak syiok bila air xckup puas ni..huhu

Nad MamaZN said...

alaaa kolam dah best, bilik plak camtu.. baru nak masuk list cuti2 malaysia

lieyalatif said...

not bad gak biliknyer...tapi tgk dari deco n perabot mmg jenis lama nie beb...tapi takpe laa asalkan selesa...tapi bab rase spring tu naya gak..mau bangun tdo sakit pinggang oi...

tapi bab swimming pool tu mmg menarik...view dari atas tu mmg nampak besarnyer...puas haaa...dah mcm waterpark laaa...

idzwa kamaruddin said...

Best nyerrrr tempat nie!

dear anies said...

tampak selesa... mesti syok spend ms kat sini kan ;-)

wahida said...

aku dah nak booking hotel ni wei, nasib baik ko review cepat...
aku mmg tak boleh blah kalau hotel air dia slow...ermmm, takpe, aku cari hotel lain...
anyway, tq for the honest review

Diana Rashid said...

wah..bestnya..ni kalau pi memang tak jalan mana dah la..dok hotel je ..

hainom OKje said...

Lama tak ke Kuantan Ma....last, 6-7 tahun sudah kot. Entah bilalah nak pergi lagi agaknya...

Air kalau kecik mmg sakit hati betul...betul kata ko tu Ma tak puas mandi weyh!!

Qhaifa Nur said...

Last dtg sini masa mula2 kawen..lamanya tak jejak sini
Cantik view dr atas hotel...

LYAfrina said...

lya suka kt sini..dia punya organize fmily day mmg terbaik lah..