Tuesday, August 16, 2016

Tempat Menarik di Melaka | Planetarium Melaka

7/8/2016

waktu ke Melaka hari tu kami secara tak sengaja terjumpa satu tempat yang sangat best di Melaka bagi Fahim 
Planetarium Melaka 

Fahim memnag sukakan semua cerita dan info berbentuk sains 
komik pun memang beli komik yang ada info sains 
bila nampak Planetarium ni memang excited la dia nak masuk 

Planetarium Melaka ini terletak di kawasan MITC, Ayer Keroh 

Planetarium Melaka
Hang Tuah Jaya 
Kompleks Mitc
75450 Ayer Keroh, Melaka



kalau dari Tol Ayer Keroh ... terus je lepas dari Zoo Melaka akan jumpa simpang 3 traffic light MITC masuk simpang tu .... terus je akan jumpa bulatan ambil 1st exit




dibuka setiap hari termasuk cuti umum dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang 
dengan bayaran :

Harga Tiket : 
Dewasa RM10.00
Kanak-kanak 7 Tahun ke atas RM 8.00

harga tiket termasuk dengan tayangan 3D


kapal angkasa 

ada games permainan pendaratan dan pelepasan kapal angkasa dari ISS ke bumi

pulun main ni berkali-kali

kapsul soyuz 
kapsul yang Angkasawan Negara turun ke bumi dari ISS


kat Planetarium ni banyak sangat info mengenai planet, kejadian galaksi, kejadian bintang dan angkasa lepas 
so bagi sangat minat mengenai sains memang menyeronokkan 
aku memang suka info-info macam ni 
so aku ngan fahim memnag enjoys membaca dan mencuba alatan kat situ hari tu 

bilik tayangan 3D kerusinya separuh berbaring 
tayangan pada siling kubah planetarium ni 
cerita mengenai kejadian dan kematian bintang time kami masuk hari tu 
video ni lebih kurang dengan video yang fahim selalu buka kat youtube 
jadi paham apa ceritanya 
aku pejam mata ....sebab pening ...silau dan sedap sangat berbaring kat kerusi ...hahaha


bagi yang anak sedang membesar anak-anak aku ni 
memang sesuai sangat bawa diorang ke sini 

banyak ilmu baru yang diorang dapat dan ibu bapa juga 

oh ye Planetarium Melaka tidak sebesar Planetrium Negara, KL 
tetapi banyak info yang menarik dan berlainan sedikit dari Planetarium Negara 
cerita kami di Planetarium Negara, KL
so bagi yang bercuti ke Melaka boleh la singgah sini menambah ilmu 

part paling aku suka kat sini ialah info mengenai sejarah angkasawan pertama dan roket pertama 




11 comments:

Nad MamaZN said...

wow! feveret zakwan gak ni!

Nieyl said...

Anak² buah nieyl suka la nie...

Qhaifa Nur said...

Nnti bole singgah sini klau gi melaka..bdk2 mmg suka ni..byk ilmu bole belajar

nuyui a.k.a miss YUI said...

best gak melaka ada gini.

ZULHILMI TEMPOYAK said...

RM10 ajo. bleh bawak keturunan pi ni

Norhayati Mohd Isa said...

Anak2 memang seronok pergi tempat yg macam ni eima..
Meneroka alam sains ni ..

LYAfrina said...

tq for sharing eima...
maybe wishlist lps2 ni bercuti ke Melaka.. blh msk sini dlm list lawatan

hainom OKje said...

Pernah jugak masuk .....masa budak budak kecik hihi....
Kalau balik kg selalulah mak lalu tempat ni sebabnya kami singgah kat Mydin Ayer Keroh

SalbiahM said...

lebih kurang macam yang kat KL jugak.

dear anies said...

hmpr sm dgn planetarium kt kl ni

adianiez AIDA said...

Seriusly, aida x pernah masuk sini ha ha ha :-)
Selalu jer round roundabout tu ke mydin.
tak pernah lak teringin nak masuk hu hu...
mcm best.
mcm menarik...